Tuesday, July 6, 2010

Chapter 73: angan angan harap harap jadi kenyataan.

Assalamualaikum,

Semalam aku cuba untuk mendapatkan semangat aku dengan membaca buku Kot Putih bagi meneruskan saki baki 4 tahun lebih kurang hidup aku di Jordan ini.

Macam macam cerita. cuma aku baru baca beberapa sahaja. macam macam karenah yang kebanyakannya aku rasa terkena batang hidung sendiri.

tu la pasal. hidup di sesuatu tempat itu selalu nya tak kemana. maksud aku, selalunya setiap orang akan lalui benda yang sama. dan aku percaya apa yang senior senior cerita dalam buku itu sedikit sebanyak akan aku hadapi suatu hari nanti.

aku percaya ini.

................

menjadi pelajar tahun 1 untuk pergigian bagi semester ketiga tahun ini tidak menghalang untuk aku berangan angan dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya.

semalam, malam tadi, dalam pukul 11 12 malam gitu. kawan kawan aku yang pergi bercuti ke United Kingdom sudah pun pulang.

macam biasa. terkejut beruk juga aku dibuatnya. menyebabkan aku menjerit keseronokan menyambut kehadiran mereka. seolah olah tidak percaya. maklumlah, aku bajet depa nak extend lagi seminggu ke apa. seronok bercuti di oversea lah orang kata.

banyak juga barang mereka shopping dalam diam tak diam.

tapi itu bukan pointnya, cuma pointnya ialah mereka cakap United Kingdom serius terbaik!

tanpa segan silunya lagi, aku ingin menyatakan hasrat aku untuk melanjutkan pelajaran aku yang seterusnya kelak di United Kingdom suatu hari nanti.

aku faham. aku masih freshie untuk bab bab begini. Namun, aku hanya ingin menyuntik semangat. supaya aku terus bersemangat untuk menjadi seorang pelajar dentist yang cemerlang, berwibawa, kaliber dan macam macam lagi.

harap harap tak mustahil lah jadinya.

................

Semester Tiga ini memberikan aku peluang untuk berjumpa dengan seluruh pelajar dentistry batch aku khususnya orang arab untuk buat kali pertamanya dalam Kelas Introduction Towards Dentistry.

Maklumlah, sebelum ini kelas semua asik campur aduk dengan bidang lain. Namun kali ini, dapat juga kami berkumpul di satu hall yang besar. tapi aku tak seberapa pasti sama ada betul ke 100 percent yang dalam kelas ITD tu semua budak dentist.

kelas tak mula lagipun. cuma dapat masuk hall. tengok semua orang yang ada dalam tu menunggu lecturer yang kian belum menunjukkan batang hidungnya lagi.

dalam diam tak diam, aku tengok ramai juga perempuan arab yang amik dentistry.

dan aku percaya, hal ini secara tidak langsung memupuk semangat pelajar pelajar lelaki melayu untuk datang ke kelas.

harap harap diri aku masih tahu batasan syara'.

................

berkepala botak selepas pulang daripada Umrah menyebabkan aku rasa begitu cool sekali dikebelakangan ini walaupun pada mulanya ada sedikit kekecewaan serta ketakutan.

Namun, setelah di uji untuk membawa kepala yang kehilangan rambut ini ke jamiah. di dapati respon positif alhamdulillah.

jadi, mungkin tiada masalah dalam hal ini untuk aku terus menghadiri Jamiah tanpa memakai sebarang penutup kepala seperti Topi,snowcap,kopiah, songkok atau apa apa sahaja.

sekiranya aku berani untuk berambut panjang dikhalayak ramai, aku rasa aku sepatutnya berani juga untuk berambut pendek dikhalayak ramai.

dalam erti kata lain, rambut pendek yang seakan akan botak.

harap harap awek arab tak cair tengok gua rambut botak macam ni.

harap harap lah.

sekian.

4 comments:

Anonymous said...

setiap inci bumia ada pengajaran untuk orang2 yang berfikir

:)

mardhiah ismail (: said...

mcm cool jgk kdg rambut botak ni. gangster sikit ;)

faiq zaini said...

dentist bangkit.

Anonymous said...

to cukup
not towards la