Monday, July 19, 2010

Chapter 84: Cerita hari ini.

Assalamualaikum,

aku hari ni perfomance dekat jamiah tak seberapa mantap sedikit. aku tak tahu kenapa. tapi tak seberapa sedap hati mana la sangat.

mungkin banyak dosa kot.

...........

aku hari ini ada lab biochemistry . lab ni lah antara tempat yang paling sesuai nak bersosial dengan orang arab bagi aku. bukan nak usha awek arab. tapi nak kenal pe'el arab.

dalam lab aku ni macam macam orang ada. awek arab free hair begitu lah banyak. ada seorang tu gaya dia dah macam posh spice bini david beckham dah. nasib baik aku tak cair tengok dia. sebab bukan taste aku.

serabut juga bila lab dengan dorang ni. aku tatahu la siapa yang serabut. aku ke. dorang ke. atau lab instructor.

tapi apa kan daya. nak tak nak aku harus juga menempuhi lab itu dengan penuh tabah.

aku tak nak lah kata lebih lebih sebab aku dah mula pasang niat untuk tidak lagi kutuk kutuk orang arab.

kan tak baik kutuk kutuk orang. nak nak bangsa sendiri walhal tak maju mana.

..............
hari ni juga aku ditegur oleh seorang member baru yang aku add dekat facebook. dia lelaki. seronok hati aku bila dia tegur aku. bukan sebab aku gay. sebab aku dah lama terfikir nak tegur dia.

semester lepas dia pernah sama kelas dengan aku. tapi dia duduk depan. mamat ni macam ada darah negro afrika. aku usha facebook dia. dia asal sierra lone. tak silap aku. maaf kalau salah eja.

tapi masa semester lepas aku ingatkan dia kerek. tambahan tak tahu pula dia budak dentist. bila aku ingat dia kerek, aku pun kurang bijak juga untuk lagak lagi kerek.

last last. aku add dia dekat facebook baru ni bila tahu yang dia budak dentist. dan akhirnya dia juga yang tegur aku dengan begitu ramah sekali. sangkaan pertama aku yang mengatakan dia kerek terus meleset dek keramahan dia meneguri aku.

aku cakap kau. dia speaking sumpah mantap gila. dia duduk saudi kot. tapi dia punya english dia standard ulya aqamah la kalau bagi aku.

seronok juga bila dapat kawan baru yang lain bangsa ni ya.

..............

tadi aku pergi buat kunci baru. aku sudah hilangkan dua set kunci rumah iaitu milik aku dan milik hausmet aku. jadi aku terpaksa la buat 2 kunci baru dengan harga yang agak mahal juga.

masa dalam perjalanan nak pergi sana. aku jumpa satu kedai spek dekat syari' jamiah. aku tetiba macam gatal nak usha spek hitam walhal dah ada satu.

masa on the way balik rumah. aku singgah kedai tu kejap nak usha spek hitam. aku suka ray ban. jadi aku tanya la mamat pekedai tu. aku ingatkan takda.

tapi tiba tiba dia tunjuk aku satu last stok yang tinggal. harga dia menarik juga. murah sekali. tapi aku tak berhajat nak beli pun sebab aku dah ada satu. aku hanya terfikir kan kawan kawan aku yang sibuk carik cermin hitam rayban dengan harga yang murah.

bukan senang bai nak dapat rayban harga murah murah. original brader. bukan stok 2jd 3jd tu.

tapi harga yang aku tahu spek itu ialah 37 JD. okay la tu kalau nak dibandingkan dekat amman sana tu dalam 120 JD. watdehuk.

aku suka wayfarer cuma tak jumpa ja lagi yang murah.

...........

semester ni sibuk dengan exam sebab padat sangat jadual dia.

secara jujurnya, aku rindu mekah dengan madinah.tak kisah lah sebab panas ke apa.

mungkin ini lah antara petanda betapa barakah nya tanah haram sampai buat aku rindu tak memasal.

terfikir nak pergi lagi. insyaAllah.

sekian

2 comments:

Berd said...

makwe itu.

cuba kau tengok penyanyi t.a.t.u yang berambut pendek.

lagi sebijik muka dia.

owner said...

yuxx. mana ada seh.