Monday, July 12, 2010

Chapter 78: Ragam pelik manusia dalam berkawan.

Assalamualaikum,

hari ini kawan aku yang sama meluahkan dekat aku tentang ragam manusia lagi.

aku macam malas nak dengar. tapi member la punya pasal. aku dengar la. aku bukan malas apa. cuma aku tengah buat kerja lain sedikit. jadi, faham faham la kalau buat dua kerja dalam satu masa apa yang akan jadi.

kawan aku komplain yang ada seorang senior yang sama kelas ikhtiari dengan dia berperangai pelik. aku kenal senior tu. tapi aku ni malas sedikit kalau nak dengar cerita buruk pasal orang. bukan apa. secara tak langsung ia akan efek juga aku punya perspektif terhadap senior tu.tapi aku faham dia bukan nak mengumpat. cuma dia nak luahkan. jadi aku pun layan la mendengar sambil melayan facebook.

katanya senior itu macam berperangai pelik dengan menconteng buku kawan aku ni tatkala mendengar lecture. kawan aku ni dah la tak sberapa kenal mamat ni. jadi tetiba pula dia main conteng conteng buku dia. mana dia tak macam pelik. dan sedikit naik angin.

kemudian ada la serba sedikit perangai pelik senior tu yang juga buat aku rasa secara tak langsung.

sebab aku tak pernah pula terlintas senior itu pelik sebegitu.

................

manusia ni banyak ragam. memandangkan aku pun manusia. jadi kadang kadang aku pun buatkan teladan untuk diri sendiri apabila memerhati manusia lain. nak nak pe'el pelik yang terasa gharib sangat dalam masyarakat.

aku rasa pelik dengan pe'el orang suka memilih kawan.

aku tahu la itu hak dia nak pilih kawan. ye la. maybe mak bapak ada pesan untuk pilih kawan baik baik. jangan kawan dengan orang jahat. aku tahu nasihat tu. sebab mak bapak aku pun ada pesan dekat aku juga.

tapi dalam kes ni. dia lain sikit. dia memilih kawan tu ikut masa.

sukar juga nak bagi deskripsi secara detail. tapi dia macam ni la lebih kurang.

aku suka perhatikan orang. so far aku peka sedikit la dengan sahabt sahabt sekeliling walaupun tak duduk sebumbung.

bila aku datang sini aku baru kenal orang yang suka memilih kawan ikut masa.

maksud aku ialah, sekejap dia baik dengan orang tu. sekejap dia baik dengan orang ini.

nampak macam takda masalah. tapi yang buat aku rasa pelik ialah apabila
apabila dia sedang baik dengan orang tu, dia macam buat tak baik dengan orang ni. bila dia baik dengan orang ni, dia macam tak baik dengan orang tu.

aku bukan nak sangka buruk. tapi ini cuma pemerhatian aku. maafkan aku kalau aku salah.

aku pun kadang kadang macam tu juga. skejap lepak dengan orang ni. skejap lepak dengan orang tu. tapi prinsip aku so far tak penah la yang jenis macam baik dengan orang tu sambil abaikan orang ni. bila sampai waktu lain, baik dengan orang ni pula sambil abaikan orang tu.

harap harap kau faham la macam mana situasi nya.

aku tahu itu hak masing masing, cuma aku rasa macam tak normal apabila bila kita baik dengan seseorang tu. lepas tu orang lain kita abaikan.

tak kisah pun kalau kau nak baik dengan seseorang tu. tapi kadangkala pengabaian kau terlalu jelas. sampai aku sendiri tertanya tanya.

aku masih bingung dengan orang macam ni.

tapi kontrol cool untuk berkawan dengan orang macam ni. sebab aku rasa dia tak bersalah. cuma mungkin ini kadangkala habit yang sudah terbentuk daripada kecil lagi.

aku ingat lagi masa kecil kecil dulu. saudara mara yang stok stok sebaya dengan aku ada ja berpe'el macam ni. memang terasa juga la. even ibu bapa aku pun sendiri perasan. tapi apa yang mak bapak aku ajar ialah jangan sesekali buat macam tu dekat orang lain walaupun kita dikenakan.

so far, aku tak pernah lagi praktis kan budaya macam itu. alhamdulillah.

...............

orang yang sekeliling kita sebenarnya ni dah cukup untuk dijadikan cermin bagi diri kita sendiri.

nak ikutkan. kadangkala ramai ja orang yang bersikap macam kita.

sikap dia tu kita tak suka. walhal sikap tu adalah cerminan diri kita dalam diam.

ramai orang inginkan ramai kawan. tapi masih melakukan sesuatu yang yang orang lain tak boleh terima. lepas tu nak merintih sebab takda kawan. walhal diri sendiri yang membuatkan kawan kawan lari.

aku bukan nya hebat pun untuk ada ramai kawan. tapi diam tak diam. kawan kawan yang aku ada ni lah yang banyak memberi peluang aku untuk merenung balik diri aku bila aku macam menyampah dengan diorang.

orang selalu kata 'Ukhuwah fillah'.

betul ke?

sekian

1 comment:

nhmnrh said...

masih ada yang berkawan atas dasar 'fillah'. menyayangi dan berkawan dgn seseorang & Allah Taala sbgai platform frienship tu.

masih ada. :) i'm experiencing it now as a matter of fact. heeee.