Monday, July 5, 2010

Chapter 72: dengan mak bapak pun pandai tak puas hati.

Assalamualaikum,

aku menjadi pelik setelah melihat ragam manusia lain pelik.

aku lihat ragam manusia yang pelbagai ragam melalui blogwalking.

walaupun seolah olah macam takda kerja, hakikatnya aku masih cuba untuk mencari input yang ingin disampaikan orang lain dalam blog masing masing walaupun tidak semuanya memaparkan mesej yang jelas.

cukuplah sekadar inteprasi kepala otakku yang tak seberapa mantap ini.

...........

semalam blogwalking punya la blogwalking, aku terjumpa seorang blog gadis mana entah. aku main buka buka ja. last last sampai dekat blog dia.

aku dapati blog dia sejenis blog luahan jiwa . dia luahkan apa sahaja yang dia rasa. dia ada dua blog. tapi blog lagi satu yang aku baca ni macam blog baru.

baru tak baru. itu tak penting. yang penting aku agak terkejut apabila membaca entry dia secara tak sengaja.

dalam posting dia, aku tengok dia begitu kecewa sekali dengan seseorang. aku fikirkan kawan dia ke apa. kes cemburu ke apa. maklumlah, kata perempuan.

namun sebaliknya yang berlaku, dia dengan selambanya mengkutuk maknya dalam blog dia.

sumpah aku terkedu.

.......

aku tak suka untuk masuk campur hal orang lain. tapi bila aku baca luahan dia tentang mak dia. memang dia menunjukkan betapa tidak puas hatinya dia dengan mak dia setelah mak dia macam memberi layanan yang tak seberapa baik berbanding adik beradiknya yang lain.

aku terkedu sekali lagi.

kalau nak ikutkan hati aku, aku macam kesian juga dekat budak perempuan ni. tapi dalam waktu yang sama aku geram juga dengan pe'el dia.

iaitu mengkutuk ibu sendiri di publik macam kutuk kawan dia sendiri.

aku sebenarnya serius tak suka apabila orang meluahkan tentang masalah keluarga kemudian nak kutuk parents diaorang lebeh lebeh secara PUBLIK. serius aku pantang.

aku tahu dan faham kadang kadang parents menjadi begitu sux sekali sampai masing masing tak dapat tahan.

tapi tolonglah jangan kutuk lebih lebih orang yang membesarkan kau. walaupun aku ni lelaki, bab bab mak bapak ni aku sensitip sedikit walaupun bukan mak bapak aku.

aku tahu, kadang kadang kau sekadar nak luahkan perasaan. sebab dah takda tempat lagi untuk luahkan perasaan.

namun kalau nak luahkan pun, jangan lah sampai expose dekat blog nak semua orang baca yang mak bapak kau tak seberapa cemerlang. cukup la sekadar kau cerita privately dekat beberapa teman rapat kau.

tolong lah!

...........

tipulah kalau sepanjang sembilan belas tahun aku hidup dekat muka bumi ni tidak pernah terlintas rasa macam kecewa dengan tindakan mahupun sikap parents aku kadang kadang.

aku tak mahu lah cerita apa yang aku kecewa.

namun, memang lumrah alam. parents aku manusia juga. cuma dalam banyak banyak manusia. parents aku manusia yang sangat spesel dalam hidup aku.

kalau masa kecik dahulu memang lah selalu merungut. nak nak masa baru cecah umur akil baligh. perasaan memberontak sikit bukan main tinggi lagi. nak ni la . nak tu la.

macam macam nak. tapi parents tak nak layankan.

tapi lama lama fikir. semuanya tu ada sebab. sebab apa? dah jadi parents nanti masing masing baru dapat tahu.

aku tak suka nak kata buruk pasal parents aku dekat orang lain sebab itu pun aib keluarga. maruah aku juga.

parents aku takda la teruk. sudah perfect bagi aku. tapi biasa la kadang kadang buat kantoi sikit sikit tu. tipu la kalau tak terkantoi silap salah sedikit kadangkala.

..............

aku tak suka nak drag panjang pasal cerita macam ni. sebab takut takut aku sendiri yang membuka pekung di dada.

cuma, aku percaya yang nak jadi ibu bapa bukan satu benda yang mudah macam budak budak umur macam kita ni fikirkan.

nak jaga anak tunggal pun sukar. apatah lagi 2 3 4 5 orang.

membuat anak mudah, menjaga anak payah.

serius!

kalau kita asyik melawan mak bapak kita, benci, kutuk, dan sebagainya. tak mustahil anak anak kita nanti buat dekat kita juga suatu hari nanti.

seteruk mana mak atau pak kita, dorang tetap darah daging kita.

Jadi, kalau dah kritikal sangat pun, tak perlu kutuk mereka di khalayak orang ramai. cukuplah sekadar meluahkan dekat orang tertentu secara berpatutan.

ya Allah, aku mohon perlindungan dari menjadi anak yang derhaka.
amin

sekian.


5 comments:

-hazen said...

ni jenis kecik-kecik mak lupa nak lempang sedas.

aishah_conteng_je said...
This comment has been removed by the author.
sha :) said...

ak tak pernah bosan bce entry ko.
serius . kli ni terbaik

well,
ak pun pnah jumpe jnis gini.. :)
rse2ny bdak bwh umur kot

faiq zaini said...

diorg lupa adat berblog ni:

pndai tulis pandai tanggung..

zul_akhyar said...

minta jauh..tkut nati,anak kita plak wat kat kita.