Saturday, February 27, 2010

chapter 7: aku rasa aku nak kahwin.

Assalamualaikum,

Aku rasa aku nak kahwin bila aku tengok kawan aku baru aja kahwin 2 minggu lepas. Haha. Bajet kahwin ni macam main main je aku ni.

Tapi aku seriusla . Kalau parents aku bagi permission aku kahwin. Aku akan kahwin juga dalam masa terdekat ni. Tapi malangnya, parents aku suruh aku tamatkan pengajian 5 tahun dekat Jordan dulu. sedih lol.

Takpe, aku belum tahap kena 'wajib' kahwin lagi. Tambahan, aku tak cukup duit nak sara isteri aku nanti. Kang tak pasal pasal pulak aku kena kutuk orang ramai tak reti jaga isteri. Aku tak nak macam tu.

Aku fikir fikir, kalaulah aku diberi peluang untuk kahwin dalam masa terdekat ni. Pasti aku seronok gila. Weh, siapa tak seronok bila kahwin. Bukan soal tu weh! kau otak kuning. Tapi bila kau kahwin, aku rasa mesti kepuasan hidup dapat kau kecapi. Tak kisah la isteri kau tak cun mana pun! lol.

bohonglah kalau aku cakap aku tak nak bini aku cantik. Kalau dia tak cantik, gua tak akan kahwin dia la kot. kecantikan itu terletak pada mata pemerhatinya. Kalau kau kata tak cantik, aku tak kisah sebab aku tau yang aku pemerhati dia!

aku nak bini orang biasa. Dulu aku suka seorang budak. Dia budak medik. Tapi aku tatau aku masih suka lagi ke tak. aku tak pasti aku reserve hati untuk dia ke tak. Kalau boleh, aku nak bini aku cikgu ke ustazah ke. Ustazah? kalau aku tak layak, aku akan cuba layakkan diri untuk dia. Bukan apa, aku nak didikan yang terbaik untuk anak anak aku. aku rasa doktor terlalu sibuk. Dan mereka terlalu berfikiran akademik sangat. Kalau orang biasa ni, aku tau dia pasti akan tahu hidup susah. survival skills mungkin lebih tinggi. Kalau bini aku doktor, nanti aku takut anak anak aku terlalu mewah sampai jadi leka tak kenal ukhrawi. Kalau bini aku ustzah, aku tak perlu bimbang sangat dengan anak anak aku. Aku yakin bini aku dapat bimbing dorang terbaik! aku pun kurang sket. Mungkin dia boleh bimbing aku juga!

Aku tak gatal. Aku belum gatal lagi untuk kahwin. Aku boleh tunggu lagi. Aku mahu habiskan hidup bujang aku dahulu dekat Irbid ni. Ada hikmahnya mak bapak aku tak bagi aku kahwin dulu. Banyak benda aku tak settle kan lagi. Dan aku terlalu remaja untuk jadi seorang bapak yang berwibawa.

Aku suka budak kecik. Aku tatau kenapa. bukan nak kata aku ni ada sikap kebapaan. tapi kalau bakal bini aku baca ni, aku warning dia awal awal, aku nak anak anak yang comel! haha. gurau aja. cukup aja lah yang sehat sejahtera.

terlalu awal merancang? oh tidak. aku rasa tak salah aku berangan awal.
Dulu dulu, masa dekat sekolah sebelum aku dapat 11a. aku selalu berangan aku dapat 11a walaupun masa tu result aku macam ape ntah.


Kita ada rancangan, Dia pun ada rancangan. Tapi rancangan Dia lagi besar dari kita punya!

Jadi, aku tak terlalu mengharap.

semoga semua berjalan lancar.
aminn

sekian.

6 comments:

Amir Syukri said...

aku kenal budak medic itu...
hahaha...
nk kawen jgn lupe jmput aku!!

sayaBerd said...

btol2 kawen2 ni bkn perkara maen2 doe. kne pikir masak2. pasal siapa pasangan kita itu biar tuhan sje tentukan.

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah 2:216)

ak doakan ko jumpe jodoh ko komeng..

wallahualam..

W M Najib said...

amir- bla la kau! aku tak pernah cerita!

berd-btul betul! biar betul tu kau berd ! alhamdulillah!

Amir Syukri said...

haha..
xyah lar nk berselindung ngan aku wahai najib...

W M Najib said...

amir- yang penting dia bukan ciput
haha

furqon said...

aku taw!!hahaa