Monday, March 1, 2010

Chapter 8: Aku Demam bila aku dapat kerja.

Assalamualaikum,

Hari aku demam. Aku bangun tidur terus selesama. Dalam hidung banyak mukus. Aku amik tisu, hembus dan buang. Lega.

Geram gila. Air dekat rumah takda. Rumah Sakdun ni suka cari pasal dengan aku. Bila nak air, takda. Bila taknak air, ada pulak. Nak taknak, aku kena pindah rumah juga tahun depan. Tak kisah la mana mana pun. Lebih penting aku nak rumah tu ada air sentiasa dan tak menyusahkan aku nak telefon sa'dun untuk masuk kn air. Gila geram.

Hari hujan. Aku tetap pergi universiti macam biasa. Dalam poket ada sedinar je beb. Tambah duit syiling lagi. Duit aku dekat bkasj. Sebab hari tu beli medal pakai duit aku. Last last aku tak da duit. Takpe. Sekejap je. Naik teksi, amik bus. pergi kelas. nasib baik tak lambat.

Masa break tadi hujan dah lebat. Sejuk gila Irbid sekarang. Macam baru masuk syita' pula. Padahal hari dah nak habis dah. Tu la pasal. Kuasa Allah mana boleh duga. Ni negara takda salji, nak ada salji. Negara ada salji, nak ada kan salji. Last last amik kau. salji bertimbun timbun. tapi bukan di Jordan.

Masa break tadi, aku lepak dengan budak budak. Rasa mula mula macam malas nak pergi kelas. Sejuk beb. Hidung aku dah merah dah. Demam pulak tu. Member aku macam dah nak tuang dah. Aku cuba kuatkan hati aku untuk tidak tuang jugak. Classmate aku pun macam tu jugak.
Aku fikir aku tanak repeat. Aku terus pergi kelas macam biasa.

...

Bila balik rumah pulak macam macam cerita pulak aku dapat. Nak kena buat ni lah nak kena buat tu lah. Aku dah lah demam. Nasib baik Allah bagi aku sabar. Kalau tak aku dah mencarut carut tak tentu pasal. Yela. Emosional kot kadang kadang bila saat tegang macam ni.

Aku bukan berkira. Tapi tu la. Betul cakap mak aku. Kadang kadang aku ni terlalu baik sangat dengan orang. Orang mintak tolong ni, aku tolong. Bila orang mntak tolong tu, aku tolong. sangat baik hati sangat! tak pandai nak kata 'tidak'. Sesungguhnya, aku menyesal untuk tidak pandai mengatakan 'tidak'. Lepas ni aku serius aku nak belajar cakap 'tidak'.

Aku bukan berkira. Tapi tu la. Betul cakap mak aku. Kadang kadang bila kita terlalu baik dengan orang, dalam waktu yang sama kita akan terasa termakan diri sendiri pulak oleh kebaikan diri kita. Ye lah, tu la pasal. Kita nak TOLONG sangat. akhirnya makan diri sendiri jugak.

Aku bukan berkira. Tapi tu la. Kalau setakat tolong tolong tu boleh la. Tapi kalau semua benda nak kena buatkan. Susah jugak. Aku tau aku boleh buat kerja. Tapi jangan lah bagi aku buat semua kerja. Sama jugak dengan orang lain. Aku tengok. Kalau kawan kawan aku yang rajin buat kerja, selalu je dapat kerja. Kesian dorang. Tak dapat nak rehat. Budak rumah aku pun aku marah sebab baik sangat setuju untuk diberi kerja. Tapi aku pun setuju juga tanpa aku sedari untuk diri aku. Apa punya orang la!

Orang boleh cakap pandai pandai bahagikan kerja. Memang lah. Tapi sesungguhnya aku loser dalam membahagi kerja. Dalam keadaan yang serabut ni, aku lebih sanggup buat seorang seorang melainkan kawan aku sendiri offer untuk tolong. Pelik betul aku. dah tau tu diri tengah susah, nak buat sorang sorang jugak. Ni kes ego ke ape ni? mungkin aku terlalu baik untuk tidak ingin menyusahkan orang lain dan lebih sanggup menyusahkan diri sendiri. Aku rasa aku salah. Aku patut berubah. aku perlu jadi lebih selfish sedikit kadangkala.

Kadang kadang tengah buat kerja. Aku pernah terungut. Tapi bila terungut aku ingat balik. Kalau aku rungut, nampak sangat aku buat kerja tak ikhlas. Kalau aku tak ikhlas, aku rugi.Tapi kalau dah tak tahan sangat, sampai terungut memanjang, nampaknya aku selalu rugi lah ye?

Aku jarang merungut. Aku merungut bila kerja tu terlalu banyak sahaja, Tak banyak mana pun. Cuma lebih kepada untuk diri sendiri je la. Tu la. Diri sendiri tak settle nak tolong orang konon! sedar sikit lah weh!

Aku rasa aku lebih gembira orang tak kenal aku. Dan kadangkala aku rasa kesal bila jadi prominent. Bukan dapat apa. Nanti apa yang kita buat semua orang perhati. Aku serius tak boleh jadi diri sendiri. Aku nak jadi diri sendiri. Aku tak nak berlakon.

Aku tak suka kalau kau meletakkan harapan dekat aku terlalu tinggi. tak kisah lah dalam mana mana aspek pun.Sebab aku tau yang kalau kau buat macam tu, bila aku terbuat masalah sedikit je. Mesti persepsi kau berubah langsung! aku lebih suka kau anggap aku macam biasa ja. Sebab aku dapat buat apa yang aku suka. Serius aku tak suka!

Aku sayang batch aku. Tapi aku tak buat lagi Majlis Syura untuk batch aku. Nak tunggu sampai bila pun tatahu. Member aku jumpa aku tadi. Dia ingat kan kau pasal tu. Nasib baik dia ingat kan. Aku lega.

Aku nak buat batch aku jadi lebih sistematik. Aku nak semua bergerak dalam satu kumpulan. Aku nak semua rajin takda siapa yang malas. Aku nak semua terlibat takda siapa yang terkecuali. Aku taknak alasan. Kalau kau bagi alasan, pastikan alasan kau tu tak pernah orang guna sebelumni.

Aku rasa aku perlu berundur dari bidang kepimpinan. Aku perlu bagi peluang dekat orang lain yang lebih layak. Aku rasa aku semakin berubah. Aku tak nak buat dorang malu. Aku rasa orang lain lagi layak. Aku suka dipimpin. Aku nak jadi orang biasa. Kalau aku jadi orang bawah kau. Kau jangan bimbang. Aku akan tolong kau bila kau nak pertolongan aku. Dengan izin Dia. tapi aku serius aku rasa aku nak turun bawah. Aku nak rasa jadi orang biasa. Aku dah boring jadi orang atas. Tahu mengarah sahaja. Tak tahu mematuh susah jugak.

Jadi, aku nak belajar mematuh daripada mengarah.
Mengarah orang lain kalau diri sendiri tak terarah tak guna jugak, kan?

Jadi, aku nak jadi pematuh.
siapa sudi tolong aku?
kalau ada bagitau aku. Aku taknak buang masa.


Wasalam.

No comments: