Monday, March 1, 2010

Chapter 9: Bola Keranjang.

Assalamualaikum,

Hari aku main basket sekejap sahaja. Sebab aku datang lambat. Sepatut pukul 8.30 pagi camtuh. Tapi aku datang lagi lambat. Pukul 10 nak dkat pkul 11. Apa kes bro? Kes ilang disiplin diri la.

aku rasa aku main sucks gila pagi tadi. Bukan pagi tadi sahaja. Aku rasa aku memang macam loser bila main basketball. Tapi aku suka main sebab aku boleh main. Tapi tak sehebat mana lah. Tu la. Main nak hebat je. Tapi praktis taknak aku ni. Sangat pemalas . Jangan ikot aku.

Dulu aku masa dekat sekolah pun sebenarnya tak main sangat basketball ni. Masa aku form 5 aku baru main. Sebab apa? sebab aku kekurangan sijil sukan masa tu. Yang ada pun wakil masa form 3. Wakil bola sepak peringkat daerah Jasin. Tapi tak dapat sijil juga. Masa tu aku umpama hebat la untuk dirii aku dalam bola sepak itu sendiri. haha.

Aku main basketball sebab sijil? Orang mesti membebel sebab aku niat aku macam tak betul. Sesetengah orang main sebab dia reti main. Sestengah orang sebab dia minat. Ikut orang.

Aku sebenarnya suka basketball masa aku tingkatan dua dulu. Tapi aku takut nak join team basket sebab banyak sangat training. Tu la. Macam aku cakap tadi, main nak hebat. tapi malas practice. Lagipun masa tu cikgu yang jaga team basket aku tu garang. Dia macam baru aja dalam sekolah aku. Oh maaf.

Bila ada orang main petang petang ja. Aku taknak join. Tapi teringin nak join team sekolah. Namun, malas nak datang training masa pemilihan. Jadi, tau tau je la hasilnya.

Lama juga aku pendam perasaan nak basketball ni. Naik form 3 plak aku tak macam tolak ketepi aku punya hajat. Aku kata dekat diri aku kononnya aku nak tumpu PMR. Gua cakap lu training basket perit beb. Tapi berbaloi kepada yang bersungguh sungguh. Memang bagus physical training dia. Saat tu aku masih malas. tapi bola sepak pnya team masuk pulak. Bukan sebab apa. Sebab jarang ada training. Lagipun aku dari dulu minat bola. Masa sekola rendah dulu gemuk sangat sampai tak kesampaian nak main bola. Jadi, dalam waktu yang sama aku taknak lah lepaskn peluang keemasan ini. Jadi aku pilih main bola saat itu. Walaupun, akhirnya tak kemana juga.

Masuk form 4 aku tak masuk team basket lagi. Sebab yang sama iaitu aku malas nak traing padahl masa form 4 pun tak reti nak lay-up lagi. Lawak gila. Itu pun salah satu sebab aku fobia maen basket. Sebab tak reti lay-up. Benda tu macam basic dalam basket. Orang yang main basket selalu nya mesti tau buat lay-up. Kalu tak reti, baik kau main game lain jela. Boleh berlatih. Tapi dia kne praktis dan ketekunan. Aku tak tekun masa tu. Jadi, aku fail buat lay-up

Masa form 5 pulak aku berjaya juga buat lay-up. Aku pun dah desperate dengan sijil sukan. Jadi aku masuk ajalah. Perit jugak lah. Aku seorang je tingkatan 5 dalam team aku. Budak batch aku semua nya kebanyakannya main bola sepak, rugby, bola tampar, memanah dan macam macam lagi. Jadi, tinggal aku sorang sorang.

Segan gak la beb. Umur dah tua tapi baru nak masuk team basket. Yang maen maen ngan aku semua junior aku. Tapi aku tebalkan muka dan aku cuba ikhlaskan niat untuk main kerana Allah. Lagipun, coach basket baik dengan aku. Dari dulu dia ajak aku main basket. Tapi aku asik tangguh tangguh aja. Sebagai balasan nakbuat baik. Aku nak tunaikan janji aku dekat coach yang baik dengan aku tu.

Dalam team tu, aku belajar lah macam mana nak belajar dengar cakap orang lebih muda dari kita. Maklumlah, kadang kadang bila dah tua ni. Kita semakin ego nak dengar cakap orang muda muda bawah kita ni. Padahal jarak setahun aja.

Walaupun kadang kadang terasa macam dorang kurang ajar. Tapi aku rasa aku perlu buang ego tu. Aku kena buang ego sebab aku nak belajar dari dorang. Kalau nak menuntut ilmu kena buang ego. Jadi, aku decide untuk jadi lebih profesional.

Orang lain macam macam dah kutuk aku sebab masuk team basket. Training bagai nak gila sampai hitam kulit aku. Tapi aku tabah aku tabah banyak banyak. Nasib baik Allah bagi aku sabar dan tabah. Kalau tak, tak tau la macam mana.

Sepatutnya bila tahun akhir la aku patut relax. Ni tak. Tingkatan 5 baru nak kumpul sijil. Budak budak lain semua dah relax dah belajar dekat kelas time petang petang. Aku sibuk dengan basket aku bila waktu petang petang. Jeles beb gua! Aku dah fikir cuak dah sebab takot takot spm tak lpas sebab basket.

Takpe. Aku sucikan niat. Kalau buat pasal Allah, nanti Dia pasti bantu. Aku yakin dengan janji Dia. So aku pun buat bodo jela teruskan dengan usaha aku main basket. Dalm waktu yang sama, aku belajar sungguh sungguh dalam kelas. Aku terpaksa melipatgandakan usaha aku.kalau tak aku mundur. Aku tengok kawan kawan aku yang main sukan semua hebat hebat study. Jadi aku cabar diri aku untuk jadi macam dorang walaupun aku tak sehebat mana dalam kedua dua nya. Boleh la takat cukup makan.

Aku rasa kan bila aku main sukan basket masa tu. Hidup aku tambah cergas. Aku jogging tiap tiap hari. Jauh beb! keliling satu kawasan sekolah, asrama, dan semuanya la. termasuk aspuri sekali. Aku bajet dalam kelas aku ngantuk. Tapi tidak. aku lagi cergas. Lagi semangat nak belajar. Walaupun aku ada penat sikit tapi aku macam disiplin lebih masa tu. Seronok gila cakap gua!

Result aku takda la gempak mana. Tapi aku puas hati lah masa tu. Alhamdulillah. AKu ingat kan kalau aku main sukan ni result aku jadi teruk sebab kurang masa study. Tapi tidak. sebaliknya berlaku. Memang betul lah, kalau kau buat benda kerana Allah, nanti semua benda settle dengan sebaiknya.

Seronok gila kalau macam tu. Tapi masalahnya bukan senang nak buat satu kerja kerana Dia. Kau fikir macam nak set alarm clock ke hati kau ni? bukan semudah tu. Aku masih sedang cuba nak set balik hati aku ni. Hati aku dah start lari daripada set yang sepatutnya. Aku nak semua berjalan lancar. Tapi kalau hati aku tak set denganbaik. Macam mana nak lancar?

aku kena introspeksi hati aku ni balik.

1 comment:

Erin Azizan said...

best la cerita pasal basket ni...sekarangmesti lagi powerr an