Thursday, March 25, 2010

Chapter 21: facebook-ing.

Assalamualaikum,

aku baru aja deactivate facebook semalam. sebab dah tak tahan dah. asik buang masa dekat facebook ja idup aku kebelakangan ni. rancang nak buka sekejap. last last tersangkut berjam jam.

dah banyak kali aku pernah deactvte facebook ni. macam macam sebab. sebab kecewa dengan 'awek' la. sebab suka suka la. sebab nk belajar la. macam2.

paling lama aku dapat tahan ialah 2minggu lepas tu aku terpaksa buka balik atas alasan mak aku suruh. Memang betul pun, aku tak tipu. mak aku nak tengok perkembangan diri aku. Masa tu hidup aku dah agak heaven dah tanpa facebook. tapi, tu la. bukan nak salahkan mak aku. namun, mula mula aku niat main sebab nk bagitau mak aku pasl perkembangan aku. tapi lain pula jadi nya.

sumpah, facebook memang melalaikan. aku pernah tulis status facebook melalaikan. macam komen ada. kawan aku ada cakap. ia bergantung. tapi kalau bergantung dekat aku? memang hanyut lah.

aku kenal facebook dulu sejak abng aku kenal kan dulu. mula mula tak aktif. lama lama ramai pulak main facebook. giat aktif pula. friendster plak aku tinggalkan.

aku tertanya kenapa lah tak boleh delete facebook terus? kan bagus kalau boleh delete terus. sebab kalau aku delete. nanti sure aku malas nak main kalau semua nak kena start semula. tapi facebook ni bagi deactivate ja. memang jahat betul la orang yang facebook ni. memang rosakkan manusia.

kawan aku kata kalau biarkan deactivate dalam masa 3 minggu camtu nanti dia delte sendiri sebab fb dia pun dah ilang. aku tak tau lah dia tipu ke apa.

aku geram gila. bila nak berhenti facebook. aku teringat pula kawan kawan yang ada dekat facebook tu. aku tak kisah kawan aku beribu ke tak. cuma dorang pun nak tau perkembangan aku.

aku bukan tak sayang kawan. masalahnya, aku terasa kemudaratan kecil dalam facebook tu buat aku merana. aku tak la seaddicted dulu. tapi tu la. susah aku nak cerita.

'awek' aku tu kalau tak da fb kan bagus, aman idup aku. nyesal aku ajak dia buat fb dedulu. skang nak buang dia pun aku rasa serba salah. boleh tak kalau aku tak kenal dia?

serius aku rindu friendster. tapi sekarang friendster terlalu hambar dan kekanak-kanakan.

facebook makin ramai pulak orang pelik pelik. nak add orang tapi letak nama pelik2. gamba pelik2. mana lah orang tak takot nak approve

aku tergelak kalau tengok orang buat satu album khas ada gamba dia. gamba dia takpe cuma gamba tangkap sendiri dengan pose yang 'menarik'. cukup cukup la korang. korang patut suro adik adik ke kawan kawan ke sesape je la amikkan. sesetengah orang nyampah tengok gamba macam tu. sorry to say. tapi aku open ja. lagipun, dulu aku pernah buat masa zaman friendster dulu. sekarang dah tak buat. kalau sekadar sekeping dua tu aku tak kisah lagi weh.

aku tergelak juga kalau tengok orang letak status mantap mantap dekat profile dia tapi berabad takda orang komen sampai kena buat status yang berbentuk pertanyaan. itu pun kadang kadang takda orang jawab. aku pun pernah kena sebab tu aku cakap. lawak gila.

mantap gila bagi orang yang main facebook tapi dia dapat pelihara iman dia.
aku suka. tapi aku tak mantap lagi.

lagi satu, kalau nak main facebook. sila matang sedikit. jangan jadi macam budak budak. buat tak seronok ja.

aku pause main facebook dulu. atau istilah lain aku nak puasa facebook jap.
gua kantoi study kerana facebook.
caya tak?

sekian.

4 comments:

Anonymous said...

pelik laaa kau nih

haha said...

tenang doh.buat sikit sikit.mula kau bukak facebook.tapi bukak tab study yang lain.
nanti lama lama boleh lawan lah.


tapi lain orang lain cara.

gud luck najib.nanti dah lama la tak dengar cte kau.

W M Najib said...

anonymous,
aku memang pelik,

haha,
insyaAllah.
aku cuba!
Thx for the nasihatt.

Berd said...

berfacebook ni xde la smpai nk halang org study. atas niat masing2 la.

papepon wt yg trbaek.