Wednesday, March 10, 2010

Chapter 15: dugaan buat aku senyum.

Assalamualaikum,

Semalam hari aku penuh dugaan. Dugaan dalam diam. Tanpa aku sedar, aku sendiri yang 'mengumpul' dugaan tu.

Masa pagi aku pergi kelas okay sahaja. Tapi bila dah nak masuk tgh hari tu aku macam dah mula tak faham dah apa yang lecturer cakp dengan aku. Mengantuk masa akhir akhir kelas. Aku jels tengok budak arab celik mata tengok lecturer mengajar.

Dalam bus, on the way dtg JUST pun aku asik terlelap aja, Cukup tidur rasanya aku ni. Tapi aku baru saja beli vitamin b complex dan cod liver oil yang mungkin dpat bantu aku bagi tenaga. Masa sekolah aku selalu amik benda benda macam tu.

Macam biasa kelas fizik dengan visul basic aku dalam bahasa arab. Kelas fizik tu laju gila sambil cakap bahasa arab. aku hanya salin nota ja. tak sempat nak faham kn betul betul. Visual basic pulang lecturer ajar thru slides. aku baca dan faham ikut kemampuan sendiri ja. kadang kadang buat aku mengantuk gila. apa masalah aku ni?


lepas tu pergi kelas akhir, wellness dan lifestyle. Aku jalan kaki dan kawan kawan aku naik bus. aku ego tinggi sangat nak jalan kaki sebab ingat bus tu lambat nak tunggu orang penuh n masa tu orang sikit. tapi tiba tiba bus tu potong aku. segan aku. pengjaran, fikir betul betul sebelum buat sesuatu. aku jalan tambah pantas padahal dah lambat 10 min.


Masuk kelas, kena perli dengan lecturer. Bingit juga telinga tapi aku tak kisah sangat. Cuma aku kesian dekat budak Malaysia lain. Sebab aku lecturer tu kata orang malaysia dah berubah. Dia kata orang malaysia sebelum sebelum kitoang yang dorang ajar. Semua bagus bagus. Aku macam geram padamulanya tapi dia lecturer aku, aku ganti dengan perasaan serba salah.

Aku tak lambat suka suka. macam orang arab lain yang kadang kadang pergi lepak lepak. Aku lambat sebab jumpa lecturer VB, nak tanya apa yang dia ajar. Sebab serius aku tak faham dia ajar apa. Jadi, jadual aku padat. terpaksa la curi masa sedikit. Aku malas nak bagi alasan tu masa dalam kelas tadi sebab nanti dikatakan kaki alasan. aku senyap dan simpan.

Akhir kelas aku cakap dekat lecturer, aku cakap semuanya. Lepas tu dia kata dia saja ja. Dia tak kisah. Dia suka budak Malaysia dalam kelas dia. Dan dia ajar kelas tu sebab ada budak malaysia. Aku angguk angguk sambil tertanya tanya jawapan dia tu. Bagus betul kalau semua yang dia cakap tu betul. Kalau sebaliknya, haishh. harap harap tidak. aku mula start senyum balik.


Tapi dugaan demi dugaan lain aku terlalu fikirkan tanpa ada usaha untuk mengatasi nya dengan pantas. Aku kerap bertangguh dan bertangguh.


Aku tak sempat pergi program andai kau milikku sebab aku tertidur. Gila sedih. Penat sangat. Bangun bangun pergi rumah member nak hantar duit tiket akhawat.
Lepas tu, ada orang ajak muroqib. Aku terpaksa 'melarikan' diri sebab aku ada kerja. Maaf akhawat.

Balik rumah, aku masih mencari cari semangat untuk belajar. Aku tengok balik video masa WTF. aku tengok bahgian sorang doktor gigi yang iaitu lecturer JUST bagi talk. Dia seorang perempuan. Dan dia sangat terbaik. Bila aku dengar balik kata kata dia. DIa bagi aku semangat balik yang kian pudar sebelum ni.

Aku berhajat nak berbakti untuk semua. Aku nak pastikan graduan dari Jordan bukan calang calang orang. Aku menyampah dengan orang yang pandang rendah dengan keluaran timur tengah. tapi lantak kau lah. Yang penting aku kena cuba perform habis nak buktikan budak Jordan boleh bersaing dengan dunia luar. InsyaAllah

Aku nak kuasai bahasa arab dengan inggeris macam aku kuasai bahasa melayu.
aku plan nak sambung master dekat UK kalau ada rezeki.
InsyaAllah.

Sekian

No comments: