Wednesday, March 17, 2010

chapter 17: banyak cerita dalam satu chapter.

Assalamualaikum,

maaf kerana dah lama aku tak hantar post. aku sibuk serta agak malas.

Tadi mak aku ym aku. Mak aku tegur aku sebab aku suka chatting sekerat jalan. abang dan kakak aku pun komplen pasal tu. aku rasa dulu tak mcam ni. tapi sejak bila entah aku macam ni. aku kadng kadang tengah chat. tiba tiba aja senyap. siapa yang selalu chat dengan aku. dia tau la pe'el aku macam mana. mak aku pesan takut nanti orang salah faham. aku nak bagitau semua orang yang jangan amik hati kalau aku buat macam tu. aku kadang kadang ada kerja. dan aku akan chaw macam tu aja. takpun aku selalu invisible. bila aku nak habis main ym aku baru tegur orang. itulah masalah aku. oleh sebab tu, aku chatting sekejap aja. lagipun, aku jarang chatting. tak serancak dahulu. sebab mak aku punya pasal, aku cuba berubah.


.............

tadi, masa lepas solat isya', member aku jumpa aku. dia tunjuk aku satu mesej. mesej tu cakap ayah kepada kawan aku baru aja meninggal. dan kawan aku tu on the way balik malaysia. mulanya, ayah dia eksiden dan masuk ICU. Lepas tu, dalam perjalanan dia balik, ayah dia dah meninggal tapi dia tak sempat tahu lagi sebab dia dalam flight. aku dapat tahu aja tadi aku termenung kejap. aku terduduk dekat sebelah tembok. aku nangis kejap. kenapa banyak sangat orang dah 'pergi' kebelakangan ni? dah sampai masa dorang di uji dengan kematian. aku tak dapat bayangkan kalau aku kena nanti. aku tak sedia lagi . serius. aku kena hentak kepala aku bagi sedia dan bangun. kalau tak aku tidur aja.

...........

tadi, ada budak post lama web alumni sekolah aku. lepas tu ada interview aku masa lpas spm dulu. bila aku baca balik. aku macam tak percaya aku mcam tu masa dulu. secara jujurnya, aku tak seperti dulu sekarang. kalau kau tengok apa yang aku cakap dalam blog tu. memang betul. tapi itu semua cerita lama. jangan kata aku menipu dalam blog tu ya. aku tak tipu pun. tapi itulah aku masa dulu.

lepas tu, member aku pulak, tiba tiba post video masa sekolah dulu. sebelum nak keluar sekolah dulu. Sumpah aku rindu. Rindu sangat sangat. dalam video clip tu ada gamba aku yang lama. masa tu aku kurus keding. haha. kelakar aja aku tengok. rambut pendek ja. nerdy sungguh. eh noob betul aku dalam gambar tu. tapi aku rindu dengan kawan kawan dekat Malaysia khususnya budak sekolah aku. korang tinggalkan aku sebatangkara dekat Jordan ni. sob sob sob. nasib baik budak budak ni ada mengubat rindu aku.

...............

Budak lepas spm yang dah dapat result skrang rancak nak cari hala tuju masing masing. Junior junior aku duk tanya aku pasal pendapat semua la. nak amik jpa ke mara. nak amik engineer ke dentist. aku pun jawab la sejujo mungkin. aku ajak budak budak ni pergi Jordan. tapi aku tetiba macam nyesal plak. aku taknak Irbid smakin sesak manusia macam dekat mesir. taknak sama sekali nanti tak kenal semua orang. tapi takpela. harap harap dorang ltak sikit ja yang datang.

Aku punya kp sekolah iaitu junior aku dapat stret A. Aku bangga gila. aku terpromote dekat budak budak ni pulak. lepas tu jadi bahan budak budak ni ngejek aku plak. haha. takpela tak kisah. yang penting aku bangga dengan pencapaian dia. skrang spm dah pelik guna A+. aku kagum lagi dengan budak budak ni bila ada A+. terasa A1 aku takda makna dulu. aku tak nampak lagi apa faedahnya kementerian buat macam ni semua. aku nak tengok efek dia nanti.

............

kebelakangan ni tangan aku macam slow sket type. bergetar getar sikit. aku dah terbayang cerita 1 liter of tears dah. tapi aku mntak2 jauh daripada penyakit tu. aku rasa mungkin itu semua mainan perasaan ja.

...........

henfon aku masuk air. baru ja aku tuka casing. dah masuk air. sebab terjatuh dekat tandas. sedih beb. ayah aku belikan tu sebelum fly. satu satu nya henpon dekat Irbid ni. sekarang aku hantar henfon tu dekat kedai untuk baiki. aku tak sure dia dapat betulkan ke tidak. tapi harap harap boleh sebab aku tak nak beli henfon baru. tak puas pakai henfon tu lagi.

...........

member aku bising sebab blog ni panjang sangat. font kecik la . takda warna lah. macam macam aja. kalau dah tak nak baca tu. takyah la baca. macam macam alasan dia bagi. hishhh.

aku plan nak jadi lagi baik esok hari sebab makin lama umur aku makin pendek.
lepas tu, next week pula aku exam dan tak ready habis
secara jujur, semangat blogging aku macam dah berkurangan sedikit.
lepas tu, nak buka blog lama pula tu.
ish ish ish
teruk!

Sekian

2 comments:

Op uLyA said...

huh! ok nanti gua tak bace da blog kau.

furqon said...

lah...a1 kau xde makne mende...cube tyme kau ade a+...ntah2 xdpt rase perfect...