Thursday, March 11, 2010

Chapter 16: kau kena tau adab mintak tolong

Assalamualaikum,

Hari ni aku terasa nak luahkan sesuatau yang dalam hati aku ni.

Sejak kebelakangan ni, aku mula sedar yang aku sudah berubah kalau nak dibandingkan dengan diri aku sendiri dekat Malaysia dulu. Aku tak tau la nak cakap macam mana. Tapi aku rasa tak sedap hati bila aku berubah macam ni. ada aku rasa macam bagus aku berubah. ada benda yang aku rasa macam tak patut aku berubah.


aku dah pandai merungut sekarang. Tu tak kena lah, ini tak kena lah. Macam macam tak kena. Nak salahkan siapa pun aku tak pasti. Aku tau benda ni tak elok. aku merungut sebab aku geram.

aku geram dengan orang yang bila kita tolong dia. tapi last last dia pulak lebih lebih. Aku tak berkira namun, kadangkala aku pelik. takdala, cumanya, kalau nak mintak aku tolong, mintak lah baik baik. aku tak pernah pun mengharapkan kau bagi aku apa apa kalau aku tolong kau sebgai balasan. tapi aku pun ada perasaan juga. aku pun pandai letih jugak. aku pun nak jaga hati kau jugak. tapi kalau aku tolong kau tu, pandai pandai lah kau agak tkat mana aku boleh tolong. aku dah tolong ni, kau mintak tu. bila aku dah mnta tu, kau mintak ni. haishh. nasib baik dengan aku. kalau dengan orang lain, kau kena sound, kau pulak malu. jadi, baik baik lah kalau nak mintak orang.

aku tak suruh kau layan aku macam raja. tapi kau perlu tau. kalau kau nak mintak tolong orang, kau kena ada cara. walaupun orang tu bawah kau, dia kerja bawah kau. kalau kau bayar gaji takpa. tapi sama sama kita je kan. gaji pun takda. cukuplah kau bagi sokongan dengan ayat ayat manis. jangan lah kau marah marah tu. kalau tak kena. tegur la baik baik. menjadi seorang pemimpin, tak bermakna kau boleh marah marah orang bawah kau suka suka ja. nak nak, kau gunakan tenaga dia untuk tolong kau.

aku tak bagus dalam hal kepimpinan. tapi aku biasa jadi orang bawahan. aku suka perhati orang atas aku. aku tak suka kritik dorang. kalau ada kurang, aku redha je. aku suka kerja dengan dorang. aku menjiwai watak seorang orang bawahan. tapi aku geram sangat sampai terpaksa buat post kali ni.

bukan nak malukan kau. tapi untuk kemaslahtan bersama. harap maklum

sekian

3 comments:

senpai setahun said...

eh.. bkn patut chapter 16 ka??

W M Najib said...

oh ye
silap2
haha
tulis penuh emosi sampai lupa chapter.

Anonymous said...

standard orang abwah la komeng.

tak boleh demand banyak-banyak.

relax bro, nanti kau naik, jadi orang atas, aku ajar orang bawah pulak. biar dorang tak rasa ape ko rasa.

-sadis