Tuesday, March 23, 2010

Chapter 20: dugaan belajar gigi dekat Jordan.

Assalamualaikum,

gila la. serius aku macam terasa menyesal amik dentist dekat Jordan bila aku dapat result aku baru baru ni. aku macam ape entah perasaan aku. aku tau perasaan menyesal tu tak bagus. tapi aku kesal dengan diri aku sendiri sebenarnya.

aku tau dentist tu senang khususnya tahun 1 ni dengan subjek yang macam biasa biasa ja. tapi tu la pasal. kesenangan nya menybabkan aku jadi malas gila bapak. sikap amik remeh suma tu. aku jeles tengok budak medic dengan subjek susah2. bukan apa, ini semua dari segi psychology. kalau kita rasa benda tu susah, mesti kita usaha keras2 gila2. tapi bila dekat Jordan, yang gile HEAVEN ni, sumpah aku semakin bertambah malas! aku rindu 5 al-razi, serius!

hari ni aku pergi kelas sebab ada exam animal health. kebanyakan budak budak lain tak pergi khususnya budak gigi yang lain sebab dorang takda exam. Dan ada juga ingat takda muhadorah sebab mungkin ramai yang tak akan datang kelas. okay, yang ingat takda muhadorah tu anda silap. sebenarnya ada ye muhodarah! jangan malas. secara jujur, aku tak pergi food preservation, visual basic dan wellness punya kelas hari ni. sebab aku sendiri rasa macam tiada kelas.

animal health punya exam alhamdulillah aku boleh buat. walaupun tak hebat mana dan aku dah tau yang aku dah salah satu dua soalan selepas aku rujuk balik afta habis exam tadi. takpa. biarlah.

lepas tu pergi makan2 semua dengan kawan kawan gigi aku yang tinggal dekat mujamma'. macam biasa makan pizza tapi aku kurang selera hari ni. tak tahu mengapa.

lepas lepak, solat, tidur kejap aku pergi kelas fizik. ramai juga tak pergi. aku sorang ja budak melayu yang datang. pak arab pun takda juga. lecturer masuk tadi nak bagi kertas aja.

cuak cuak cuak. aku rasa tak yakin sangat jawab fizik. padahal baru aja semalam jawab. sekejap dah dapt rsult. mantap kosai lecturer aku.

dia bagi kertas sorang sorang. lepas tu dapat nama aku. Wan Muhammad Najib. aku pergi depan lepas amik dan tengok. watdehek, aku dapat 20 aja? 20/30. aku tak kufur nikmat ok. orang boleh kata patut bersyukur la tu.

yela yela yela. aku bersyukur. tapi watdehek, kawan kawan arab lain lepak ja dapt 20 lebih. awek arab depan aku dapt 30. tersengih sengih dia. serius aku jeles gila bapak. wat's wrong wit u najib? mamat arab sebelah aku tu dapat satu soklan lebih betul daripada aku. dia kata soklan senang sangat hari tu. tapi takdpt fullmark plak. ni kes overkonfiden la mungkin. aku tak suka overkonfiden. tapi arab tu agak mantap, aku tak tipu.

lepas tu sambung kelas organic chemistry. nasib baik ada budak melayu sikit yang teman aku.ramai budak tetiba hadir hari ni. maklumlah nak dapat result.

pendek cerita, nama aku kena sebut. macam biasa aku pergi depan amik kertas. watdehek lagi sekali. aku dapat 16-1 /30. loser gila aku rasa masa tu. tolak 1 tu sebab aku tak tulis no kerusi aku. aku tak kisah yang kena tolak tu. tapi kenapa 16? kantoi aku tak belajar. aku tak nak bagi alasan apa apa. tapi member melayu aku tu dengan muka toya nya lepak ja dapat 30. gila jeles aku. tapi aku lagi jeles bila tengok budak arab perform. najib? kau pergi mana do?

saat tu aku terasa macam ape entah. memang betul lah orang cakap spm kau tak bawak kemana. dan aku terasa benda terlalu awal.baru tahun 1 aku dah rasa spm aku tak kemana. sekadar tiket aku nak pergi luar negara ja. mahu ja aku bakar rsult spm aku supaya aku dpat buka buku baru.


......................

aku dengar cerita orang arab workholic. dorang belajar nak dekat 6 jam satu hari. wow, aku kagum dengar macam tu.

aku sebenarnya jeles tengok arab yang mantap mantap ni. masa 1st sem hari tu aku tak nampak sangat. sebab campur campur budak tamridh semua. tapi bila naik second sem dah nampak belang masing masing dah.

salah aku juga, mula mula masuk bajet power konon dengan 11A1 tu, bajet kau pandai sangat ke apa sampai malas nak usaha lagi? tak habis lagi la perjuangan najib oi. serius aku regret. nak bakar result spm aku boleh tak? segan gila.

aku bukan nak berlagak dengan rsult spm ak tu, tapi secara jujurnya dia ada juga main unsur unsur psikologi dalam jiwa dan minda aku ni secara tak langsung.

dekat jordan ni, aku jarang belajar. masa berlambak kosong. tapi tak tau diisikan dengan apa. siapa yang tak duduk jordan tu bersyukur la jugak, sebab jordan ni dugaan dia dengan masa lapang. masa lapang itu satu ujian besar. secara ikhlasnya, aku sedang bertarung dengan ia.

bajet power kurang belajar? bukan bukan bukan. soalnya, aku terasa aku dah kehilangan enthusiasm untuk belajar. macam ape entah kan? baik takyah datang jordan. gila mental aku seh.

aku percaya kalau belajar kerana Allah, semua small the pieces ja. masalahnya, aku belajar kerana apa sekarang? najib bangun la!

aku serius marah dengan diri aku sendiri. bak aku cakap, aku tak seperti aku yang dulu. seorang yang hardworking. secara jujur, aku bukan seorang yang pandai. aku kena rajin belajar. baru aku boleh dapat markah baik baik. kalau tak, memang teruk. aku ulang, aku tak pandai. aku biasa ja.

dekat sekolah dulu, aku belajar ikut orang. member member kelas aku dulu semua stok stok rajin gila bapak. walhal, aku malas. tapi alhamdulillah aku terinfluence dengan dorang. kepala workhard kelas aku ialah amir ariff. dia 24 jam belajar. pantang ada masa lapang ja dia nak belajar. aku berani cakap dia bukan genius. tapi dia rajin. sebab tu result dia mantap kosai. tapi dekat Jordan aku masih tengah cari kawan kawan camtu. so far, tak jumpa lagi. siapa boleh volunteer?

aku bukan salahkan kawan kawan. setiap orang lain cara. cara aku ikut kawan. tapi kawan kawan aku banyak yang macam sempoi je belajar. lepas tu result mantap.rezeki dia la tu kot. tapi takkan aku nk ikut dorang? atau aku kena ubah cara belajar aku? muhasabah! muhasabah! muhasabah!

.......

Semalam, aku tanya senior aku pasal penyakit aya tu dekat dia.

kawan kawan aku duk bsing kata aku terlalu terpengaruh sangat dengan cerita tu sampai terasa simptom2 penyakit tu dekat diri aku.

okay, fine. aku tak kisah. mungkin mainan fikiran aku juga. bak kata senior aku itu medical disease nama nya tak silap. dia terlalu macam trauma.

kalau macam tu la keadaannya, aku bersyukur la sangat.

tapi, masalahnya, kebelakangan ni aku rasa lain sikit dengan badan aku sendiri. samaada mainan fikiran. takpun memang benda ni baru datang.

badan macam getar getar sikit. pegang mouse pun macam tak sedap. jalan pun macam lenguh. tangan pula macam tak boleh pegang betul2 sesuatu benda. nak nafas sesak sikit.

aku tak tipu. tapi aku masih tertanya tanya juga ni mainan fikiran ke atau benda tu datang betul2.
aku masih tertunggu2 jawapannya. senior kata kalau nak utuskan result, simptom tu perlu tengok dalam tempoh yang sekarang. sekarang aku baru rasa benda benda ni macam nak dekat 2minggu.

jadi, aku kena tunggu dan berdoa.
sumpah aku tak bangga kena penyakit tak terubat tu. cuma aku harap korang dapat doakan untuk aku.

aku akan cuba sentiasa mintak yang terbaik dekat Allah.
amin.

Sekian.

6 comments:

Admiral Hafiz said...

sabarla najib
dugaan
bykkan doa
aku taw ko leh wat
jangan cepat putus asa wahai sahabat

eatyu said...

Brader,itu semua dugaan ank bagi lu sedar.

Dulu aku down gak.Kau kena pandai balance mana patut.

Jangan dok kerja berat.Ko dentist doh.
Kena score la kalau boleh.Muaddal pun kecik kan?Semoga berjaya lah.
Anything boleh minta tolong.

senpai setahun said...

salam.

lek r bru sk8.

physics n oc kne phm n bnyk bt latihan~lg susa kot dr physio.bru 1st exam en. u hv 2 more chances to cover them back.

each subj has it's own way of studying~pndi2la crik.

muhasabah blik bile rasa ada yg x kne. klu rasa usaha dah cantek, cek blik outside academics cne. hbgn dgn org2 sekeliling, kwn2. n the most importnt, hbgn dgn Allah~

org yg genius, die bkn genius sbnrnye. tp cara blja die yg genius~

Gambatte kudasai..!!~
i.Allah, kher.

Berd said...

rsult rendah xbrmaksud ko loser la.

klu result low mkneny bkn rezeki kita lg la tu.

ingt komeng rendah2 result ko ade lg yg lagi rendah. ade ko nmpak dorang down?? ajak pegi amman lg lah. wakaka

Najib Daud said...

amiral hafiz,
tu la pasal. InsyaAllah. tolong doakan ye.

lqman,
gua fikir macam tu juga.
dugaan betul,
Allah duga gua hebat beb.
sabarjela.
tolong doakan gua.
thx dude!

senpai,
thnx 4 da advices.
sangat berguna.
InsyaAllah.

berd, yela berd.
thanx.
aku tak pergi amman la
pergi kelas.
:D

furqon said...

part spm tuh aku dpt rase...lg2 org kutuk...haih..