Monday, March 8, 2010

Chapter 14: Mencari Nur Kasih yang bodoh ikhtilat.

Assalamualaikum,

Semalam aku sempat pergi satu program bernama 'Mencari Nur Kasih'. Setahu aku program ni budak yarmouk yang buatkan untuk budak budak irbid. Budak kata program ni talk pasal kahwin. Aku pun bila dengar aja macam rasa tak boleh miss. nak nak dia punya panelist dan moderater cam best je. rockers ada kot!

aku datang lambat sebab nak amik stand camera. Moja nak pinjam untuk tangkap video. nasib baik dia taknak pinjam vdeocam aku sebab dah banyak vdeo dalam videocam aku ni. nak susah bkan mudah. huhu

Mula mula dah lawak. Dengar rockers cakap aku mula tergelak. Mcam raja lawak pulak aku tengok. Tapi lawak ilmiah. Aku rasa okay la tu kot.

Dewan dia pulak macam kecik. Orang datang mcam nak ramai. Ada yang terpaksa duduk luar. Kesian. Tu la pasal. siapa suro datang lambat. kan dah tak dapat tempat.

Talk tu cakap macam tentang banyak banyak benda la. Pasal cinta monyet, kapel, ikhtilat semua.

.....

banyak jugak aku kena headshot. haha. Aku tau aku akan kena headshot sebab tu aku nak datang. kalau tak, tak reti reti nak insaf.

Dorang cakap pasal ikhtilat. Ikhtilat tu cerita hangat. Tapi semua orang buat tak tahu. Ikhtilat tu percampuran bebas antara lelaki dengn prempuan ajnabi. Orang kata pergaulan bebas. jangan kecik kan skop anda dengan seks bebas!

Dorang tak cakp sangat pun psal ikhtilat tu. Tapi aku baca dia punya kertas yang organizer bagi. Dia cakap pasl ikhtilat dan apa apa yang berkaitan nya. Gila la, satu satu aku kena headshot. Tapi ada part tu yang macam aku rasa tak senang duduk. ayat dia macam gila kasar. Tapi no offence. Dah salah tu mngaku aja la salah.

aku bukan nak bangga apa. benda salah kepala hotak nak bangga. Aku ni antara pesalah ikhtilat Aku mengaku jala. aku malas nak nafi nafi macam sestengah orang. bagi mcm2 alasan.Dah salah tu mngaku aja la salah. benda ni orang ramai anggap remeh. macam aku sendiri. orang kata tak cool la kalau cakap dengan lelaki ja. Nak jugak sekali skala cakap dengan prempuan. hang out dengan perempuan. n macam macam lagi. Suma alasan letak atas dasar 'kawan biasa' ja.
kalau 'kawan spesel' sah sah la tak betul hukumnya.

Aku tak nafikan benda benda tu memang berlaku dekat atas diri aku sendiri. Tapi tu la, nak buang benda tabiat burk ni bukan senang. Orang masih anggap benda ni remeh remeh termasuk aku kadang kadang. Mungkin tahap pendidikan agama yang berbeza. Aku rasa kalau aku tak masuk sekolah agama. Aku tak faham benda benda ni semua. Nasib baik aku faham sikit skit. sebab aku pernah lalui semuanya tu.

Aku banyak kawan perempuan. kawan laki pun banyak jugak. tapi ngn laki nak ikhtilat apa nya. Aku macam rapat dengan certain certain. Macam kawan lain, kalau dah rapt, susah la nk pisahkan. aku terganggun dengan andaian 'putus kawan' kalau aku berubah. Tapi mana boleh macam tu. Islam bukannya agama kejam nak putus kan persahabtan macam tu ja. Persahabatan tu murni nilainya!

Aku berazam nak kurang kan ikthilat. Orang duk kata ikhtilat sifar, ikthilat sifar. Aku serius, aku tak boleh buat sifat terus. Suka hati kau la nak cakap aku banyak alasan ke apa. tapi aku cakap jujur. tapi kalau tolak sikit sikit dulu, insyaAllah. Kau tak faham keadaan aku macam mana kalau kau nak tuduh aku bukan bukan. Tapi aku tahu aku salah. Sekarang, tolong sokong aku untuk tinggal kan tabiat buruk mcam ni.

Benda macam ni kalau dah macam kebiasaan, susah nak buang.

Aku tak nak cakap kosong. aku nak ubah diri aku kalau Allah izinkan . tapi aku kena usaha. Aku pernah terfikir macam apa la plak girlfriends aku akan cakap kalau aku tiba tiba berubah. Tapi bila aku tanya semlam dekat panelist tu, dia kata kalau nak berubah. slow slow. jangan terlalu mengejut sangat. nanti dorang insyaAllah faham. tapi tu lah, bukan takat ikhtilat ja aku kena ubah, benda benda lain pun kena ubah, kalau tak mesti mcam tak kena.

aku duduk jordan. takkan aku duduk sini pun susah nak ubah diri. Tempat penuh barakah. Takkan jadi lagi teruk. aku perlu fikirkan macm tu.

kalau boleh, aku nak jadi lebih baik daripada sebelum.
aku tak suka orang gelar orang yang jaga ikhtilat sebagai kolot.
kepala kau, dia nak jaga hati dia. kau mandai2 tuduh dia bukan bukan.
kau tau tak ikhtilat tu boleh buat hati kau kotor.
kau cuba try ikhtilat banyak banyak. pastu kau nanges sebab Allah. bole tak?
tak boleh kan? susah gila.
sebab hati kau dah kotor.
aku susah nak menangis lagi sebab hati aku dah kotor
Kalau tengok cerita jepun, senang je nak menangis.
jiwang dengan Allah tak reti sebab tak jaga ikhtilat,

aku taknak cakap lebih lebih sebab perbuatan perlu cakap lebih kuat daripada kata kata. Kalau aku cakap aja, tapi tak berubah sama ja. lagi teruk!

kalau nak cari bini, bukan dengan cara ikhtilat.tak mustahil, Aku nak buktikan boleh tak?

aku lebih rela jadi bodoh ikhtilat,

sekian.

4 comments:

najwa said...

anda boleh berubah :)

haha said...

berubah la kau.
cepat aku tunggu.

Anonymous said...

ikhtilat-ikhtilat.

ikhtilam lagi best. baring, peluk cium semua boleh.

ada hirom lagi. pergh! jum tidur jum.

-sadis.

Anonymous said...

insyaAllah..sikit2
Allah lihat usaha kita