Saturday, March 6, 2010

Chapter 13: Aku suka budak tu,

Assalamualaikum,

aku ada suka sorang budak,
aku suka dia dah lama.
tapi aku tak berani nak luahkan,
dia baik orangnya
banyak banyak orang baik
aku terjatuh hati dekat dia juga,
aku tak tau kenapa,
aku tak gatal sebab nak bercinta
aku bukan manusia yang nakkan cinta kerana nafsu dalaman semata mata,
aku tak berani nak luahkan sebab aku takut dia tak suka
tapi kalau dia dah suka nak buat macam mana?
aku bukan bajet baik ke apa
tapi kalau dia suka juga aku pun takut
dia dah lah baik solehah orangnya,
takkan pasal cinta, dia kena campak masuk neraka sebab aku?
gila kejam aku kalau macam tu,
aku takut aku bawa dia dekat lembah cinta yang entah pape
lembah cinta yang tak ofisel orang kata
tak diiktiraf oleh Allah
aku taknak macam tu,
kalau boleh aku tak nak suka orang lain selain dia,
sebab aku malas nak kenal orang lain dah,
aku boleh je kenal orang lain,
tapi aku tak reti nak mengorat orang secara jujonya
alang alang aku dah pernah mengorat dia,
tak salah aku ulang lagi lain kali?
aku dah kenal dia lama,
dia yang buat tak pandang orang lain,
dia yang buat aku jadi lebih baik,
dia yang ubah diri aku secara tak langsung,
aku segan nak cakap aku setia sebab nanti orang kata aku perasan,
tapi jujo kata aku memang setia
setia dengan orang yang buat aku jadi lebih baik dari sebelum,
orang yang dapat kawal aku kurangkan kejahatan diri aku sendiri
walaupun dia tak sedar dia buat semuanya tu,
tapi kadang kadang aku terfikir takut takut ini mainan nafsu semata mata
aku tetap berdoa
agar aku disucikan niat
bukan sebab dunia semata mata aku suka dia
aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh tak suka dia
kalau dia cantik, orang lain pun cantik,
kalau dia baik, orang lain pun ada yang baik,
kalau dia alim, orang lain pun ada yang alim,
kalau dia pandai, orang lain pun ada ja yang pandai,
macamlah orang lain takda dekat dunia ni
lawak betul lah benda benda mcam ni
aku tak desperate pun,
tapi nak luahkan apa yang aku rasa
biar semua orang tahu
bukan aku nak mencapub suka suka
tapi biar semua orang tahu
tak semua cinta sebab nafsu semata mata
biar orang tahu, cinta tu suci hakikatnya,
aku nak cuba buat dia betul betul suci kalau boleh
kalau lah boleh,
mungkin aku terlalu awal untuk rasakan benda benda macam ini
mungkin Allah nak uji aku dengan benda benda macam ni
memang menguji betul benda benda macam ni
benda ni orang kata benda kecik,
tapi tu la pasal.
kelemhan lelaki ni memang pasal perempuan,
memang menipu kalau laki tu bhong dia tak sensitif bila cakap pasl perempuan yg dia suka
woyhh, aku bukan suka suka nak buat sajak cinta bodo bodo ya,
aku saja ja nak kongsi rasa dalam jiwa,
kalau aku tak dapat luah dekat dia pun,
dekat kau pun jadi lah,
aku tak suruh kau smpaikan pun dekat dia
lagipun kau tak kenal dia siapa,
aku fikir aku harus sabr,
aku kena sabar, sabar dan terus bersabar,
aku tak boleh terlalu mengharap benda benda macam ni
sebab takdir bukan dalam tangan aku\
aku hanya dapat berdoa untuk jadi sabar ja
lagipun banyak benda lain yang kena kejar skrang selain dia,
aku kena utamakan apa yang utama
aku tanak suka membabi buta,
sampai lupa tujuan aku hidup dekat dunia
jujur aku kata.
aku tak kisah lah kalau dia tahu ke tak aku suka dia
tapi kalau Allah tak bagi dia dekat aku,
aku nak buat macam mana,
itu takdir aku dan dia,
kalau aku suka dia bukan kerana dunia semata mata,
mungkin aku dapat terima segala-galanya,
tapi aku bukan nabi,
untuk claim aku suka dia kerana Allah senang senang aja,
aku rasa aku kena didik diri aku dulu
aku kena bentuk diri aku dulu
aku kena acuh diri aku dlu
aku kena matangkan diri aku dlu
kalau tak semua ni sia sia ja,
aku tak nak gopoh gopoh,
aku nak pastikan,
kalau takdir dia bukan dengan aku,
aku redha dengan seredha redha nya
aku harap begitu kalau lah begitu,
kalau takdir mengaturkan aku dengan dia,
aku tak boleh tolak,
syukur sahaja pada yang Esa,
aku serahkan segala-galanya kepada-Nya

.....

harap harap orang yang aku suka tak tau blog aku yang ni.
sebab aku penyegan orang nya.

Sekian

7 comments:

sayaBerd said...

bg la dia idop aman dlu.
ni klu ade ko dlm idop dia
bpk nympahnyer.
wakaka

Anonymous said...

insyaAllah kamu bakal dapat yang terbaik,terbaik buat agamamu,dunia serta akhiratmu..perasaan itu,simpanlah dahulu dalam hati,kerana boleh jadi ia mainan semata-mata..kamu jua pun tentu masih belum pasti dengan perasaanmu jua bukan?gantungkan harapan pada Dia,pemilik segala rasa

W M Najib said...

berd,
yela lol,
aku saja ja nak memenuhkan post
:P



anonyms,
thx,
insyaAllah smua yg terbaik!
thx again.

haha said...

apa kau ni?suka org gi umum?mcmana dgn hubungan kitaaaaaaaa?

HAHAGAAGAGAHAGAHAHAHA

SADIS said...

pergh.

kalau berjiwang berjela-jela kau!

celaka. kalau aku wat jiwang, ko paku dalam-dalam.

Op uLyA said...

huh! kusangkakan kau berbeza rpenya kau same je dengan si sadis hina!!!!!!!!!!!!! hahahahhahahahahahaha

Aika said...

innalahama'assobirin.

sesungguhnya sebaik-baik cinta itu adalah yang datang dari Allah swt :)