Wednesday, March 3, 2010

Chapter 10: Suka suka dengan orang arab.

Assalamualaikum,

Hari ni aku pergi kelas macam biasa. Dua kelas aku tak masuk. Kelas first, sebab lambat datang. Kelas terakhir, sebab lambat masuk. Kelas terakhir tu sebab lecturer VB aku bagi tazkirah sekjap. Lepas tu, tunggu bus lagi. Dan lama lama macam lambat gila. Aku desaid untuk tidak memandangkan dah lewat macam 20 minit. Kelas tu 45 minit aja. Kang lecturer tu kata apa pulak. Teruk juga hari ni aku ya!


Aku pagi pagi bangun aku rancang untuk mengamalkan diet pemakanan mulai hari ini. Aku terasa macam nak hidup lebih lama sikit pulak. Selama ni tak pernah terfikir pun nak jaga diet ke apa. Untuk pengetahun semua, bukan diet aku tak makan sebab nak kurus or nak jimat. Tapi aku nak makan apa yang aku patut makan. Ikut piramid makanan la kononnya. Tapi tak ikot sangat pun hari ni. Sebab bangun lambat. Lepas subuh terus tidur. Bangun bangun aja, tengok jam dah lambat, siap untuk pergi jamiah.

Semalam tu, aku terfikir untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat pulak. Dari segi pemakanan, riadah dan semua lah. Aku rasa aku memang mengamalkan hidup yang tidak sehat selama ni. Main makan ja aku nak makan apa. Kalu pergi kedai simsimah tu, aku beli coklat bukan main lagi. Belum lagi campur ma'janat bizza yang aku selalu layan tiap tiap hari. Aku teringat yang mak aku pesan, bab bab makanan jangan kedekut pasal duit. Aku pun salah tafsir dengan baik nasihat mak aku tu. Aku main bedal je semua. Air gas duk tiap tiap hari balun. Aku rasa kalau maintain mcam ni mau aku hidup tak lama. Jadi aku desaid untuk amalkan kehidupan yang sihat.

Aku jarang teramat sangat riadah dekat Jordan ni. Jadi sejak semalam aku dah mula untuk turun padang berlari sekitar padang untuk beberapa round. Semalam aku buat 5 dekat padang bola jamiah yarmouk. Alhamdulillah, dapat juga. Aku ajak member member aku. Dorang pun pelik kenapa aku tetiba ajak dorang jogging walhal aku tak pernah ajak dorang keluar. Aku sayang kau la sayang. sebab tu aku ajak kau, apa la.

Hari ni aku sambung cita cita aku amalkan hidup yang sihat. Walaupun aku pergi kelas satu hari suntuk ni. Aku cuba taknak jadikan alasan untuk tidak bersukan. Aku plan dengan member arab aku malam semalam untuk berlari lari di pdang JUST. Member arab aku kamcing jga dngan aku. Tapi speaking jela dengan dia. cakap arab pun sikit sikit ja. Belajar ayat power power dari dia la. itupun aku tak hengat. erghhh,

Mula mula sebelum aku pergi jogging dengn kawan arab aku tu. Sebenarnya aku ada kelas. Tu yang aku cakp tadi tu. Aku tak pergi sebab dah lewat sangat. Lepas tu selalunyakalau aku tak pergi kelas tu. Aku akan balik dengan budak budak ni. Budak budak ni pun patuh pulak dengan aku. Bila aku cakap aku taknak pergi dorang pun tanak pergi. Adohay, jahat betul aku hasut orang cara tak lansung.

Dorang ajak aku balik. Lepas tu aku kata aku ada hal. Aku taknak cakap aku nak jogging jogging. sebab sajaa saja la. kang kena bang ke apa pulak. Dorang pulak cakap aku berikhtilat. Gelak aja aku. Yela, hari tu aku dapat pinjam buku bku dari sorang kakak senior dekat library. Dia budak dentist jgak. Dia pun baik hati nak bagi pnjamkn buku dia dekat aku. Lagipun, aku kenal kakak tu sejak kecik lagi. Dia anak kepada kawan mak aku. Masa kecik kita orang pernah lepak sesame. Pup papp je, aku dikatakan berikhtilat. okay. suka hati kau la. Aku tak kisah pun.


Petang tadi, aku joggin dekat JUST. Masa petang tu ada pulak orang main bola. Ada game kelab ape entah lawn. Kelab underground jela. Macam kelab pkns macam tu. Aku ingat kan JUST punya team mula mula. Tapi bukan. Best jugakla. Aku kagum tengok ramai pulak pakai seluar panjang main. Ada jgak la sedikit pakai short. tapi aku tetap kagum yang pkai seluar panjang tu main. Bukan senang nak main bola seluar pnjang.

Aku lari 5 round juga tadi. Aku mula mula macm malas. Tapi tiba aku rasa semangat pulak. Aku umpamakan diri aku ni macam tengah ada orang rakam hidup aku. Jadi, kalau orang rakam. Aku mestilah bersungguh sungguh. Aku pun lari suka hatinya. AKu bukan atlit pun. Tapi rasa macam seronok pulak lari.

Bila aku masuk kelas wellness lifestyle. aku rasa penjgaan terhadap kesihatan badan ni mcam makin penting pulak. Dulu macam lanyak je. Biasalah manusia. Selagi tak kena sakit selagi tu dia tak sedar. Bila aku dengar lecture daripada kelas tu. Mata aku mcam jadi bukak plak. Walaupun dia cakap benda asas asas je pun. Tapi tak salah pun kalau aku sedar lambat kan?

Aku dulu macam bercita cita nak jadi atlit dekat sekolah rendah. Tapi tu la pasal. Masa aku darjah 5 aku gemuk pulak. Masa sebelum sebelum tu pulak aku tak minat sukan. masa tu kurus. aku tak ingat aku minat apa entah masa tu. Yang aku tau aku tinggi la. Bila time lari orang mesti ingat aku lari laju walhal biasa biasa aja. Masuk sekolah menengah, aku dah kurus tapi macam rasa mlas pulak. Dalm hati aku kata, aku dah terlmbat nak jadi seorang atlit. Apa punya jenis pemikiran daa. teruk betul. Aku lari suka suka ja. itupun masa nak dekat time hari sukan.

Bila sampai jordan, dan smpai semalam. Aku rasa aku perlu lari untuk kesihatan. Dan dalam waktu yang sama kalau sempat ke apa. Entah entah bole ke aku jadi ke atlit sepertimana yang aku idamkan waktu kecil kecil dulu. Tapi itupun tengok jga kalau aku istqmah nak bina fitness aku rajin rajin. Takde fitnss, stamina tak kemana aku dibawaknya,

Aku sedar, aku gagal selama ni sebab aku tak disiplin
terasa macam perit gila aku disiplin,
tak guna sijil pengawas aku kalau aku masih tak berdisiplin sekrang.
tak guna aku masuk sekola sbp kau tak boleh kawal jadual diri lagi.
Aku masih lagi rasa macam tak guna semuanya tu.
sebab aku masih tak disiplin.
kalau disiplin, seronok gila.
macam macam boleh buat dalam waktu yang singkat.
apa lah masalahnya aku tak boleh disiplin ni? haihh?

aku ada bace status senior aku dekat fesbuk dia. Dia kata, disiplin perlukan keimanan.
aku terfikir kejap bila dia cakap macam tu.
nipis gila iman aku kalau mcam tu ye.
astaghfirullah.


Sekian.

1 comment:

sayaBerd said...

ooo
xpergi kelas yee kamu