Saturday, October 30, 2010

Chapter 116: Kelemahan diri.

Assalamualaikum

kalau orang tengok aku dari luar. orang mesti cakap. aku ni happy go lucky. ramah dengan semua orang. tak kisah lah sesiapa pun.

dari sekolah lagi orang dah cakap aku macam tu.

...........

dalam keadaan orang tengok aku senyum ni, sebenarnya banyak benda juga yang aku pendam.

ini bukan isu dendam.

tapi aku menyesal sebab tak reti jadi orang yang pandai meluahkan perasaan.

kadang kadang aku rasa sesuatu masalh tu aku tanggung sorang sorang je.

...........

Aku rasa kalau aku cerita dekat orang pasal masalah aku. nanti aku macam tagih simpati pulak.

aku tak tahu kenapa.

tapi sekadar ini, memang tak da siapa tahu masalah apa yang aku alami sebab aku memang tak akan bagitahu sesiapa pun.

aku tahu benda ni sangat masalah. tapi itu lah kelemahan aku. gagal meluahkan masalah sendiri dekat orang lain.

..............

kalau aku senyum, jangan kau anggap semua senyum aku itu tanda kegembiraan.

kadang kadang sebaliknya yang berlaku tapi aku sentiasa cuba untuk senyum

tolong doakan aku kawan kawan.

memang ini dugaan Tuhan.

sekian.

2 comments:

Cidak said...

aku ada.

=]

Anonymous said...

hey,
same goes to me
xreti nk cerita.klu cerita pun mcm x best.boleh cerita kat crtain org je.tu pun bukn 100%
inshaAllah kheir :)
Allah beri kelebihan kat kita..
agar banyak bergantung kat Dia