Tuesday, November 2, 2010

Chapter 117: Pengakuan.

Assalamualaikum,

alhamdulillah. hari ni buat pertama kali nya aku rasa. yang aku jawab exam dengan rasa tenang dan senang hati.

alhamdulillah.

tak macam yang sebelum ni. serabut cuak ragu ragu dan sebagainya.

..........

jujur aku kata. exam kali ini merupakan exam paling terteruk pernah aku alami sepanjang aku hidup dekat jordan ni.

dalam keadaan orang lain tersenyum dek keputusan yang cemerlang belaka. aku masih lagi termenung dengan keputusan yang terasa seperti bala.

mana taknya. kawan kawan lain dapat markah okay okay je. aku lepak lepak je nak meletakkan diri dekat zon maut. nasib baik dapat bonus kalau tak memang niaya je aku dah fail berapa subjek.

.........

setelah dibiasakan dengan result yang moderate. kadang kadang tinggi la juga. jarang jarang sekali rendah belaka.

tapi kali ini, memang rendah rendah belaka.

aku bukan nak banyak songeh merintih. barangkali ini baru sedikit. tapi itulah peritnya.

aku masih mencari cari dalam kebuntuan apa masalahnya sebenarnya aku ni?

...........

aku sumpah fobia dengan exam online. aku sangat trauma. masa jawab aku rasa sangat okay. tapi bila keluar result rasa macam nak mencarut carut. tapi aku hanya mampu senyum. sambil cuba ingatkan diri akan Allah.

sebab tu aku fobia. bila duduk depan komputer. heart beat aku jadi sangat pantas sekali.

aku tak tipu. sumpah aku cakap.

...........

orang lain macam pelik dengan result aku yang pelik.

aku hanya mampu akur dengan apa yang berlaku. barangkali rezeki masing masing.

aku tak suka orang cakap aku sibuk. sebab aku rasa serius aku tak sibuk. cuma aku rasa aku sngat gagal mengurus masa dengan baik. kalau nak kata sibuk sangat pun, apa benda la sangat yang aku dah buat dekat PMK tu.

PMK tu still biasa je so far. at the same time, result aku pun bapak stoning tak tentu memasal.

serius aku tak suka orang excuse kan aku dengan perkataan 'terlalu sibuk dengan pmk'. aku bukan nak ego. tapi diri aku. aku rasa aku lagi tahu apa keadaan aku sebenarnya. orang nampak aku sibuk. walhal aku rasa aku tak sibuk pun. sibuk sikit tu mungkin ada lah sedikit.

jadi, tolong jangan cakap aku terlalu sibuk aku tak sebrapa gemar.

............

member aku tanya aku tadi dengan nada yang risau. risau tentang keadaan aku. khususnya dalam pembelajaran.

dia cuba tanya apa masalah aku. tapi aku kata tak tahu.

lepas tu dia cakap 'banyak ikhtilat kot'.

aku senyum. dalam hati aku cakap sendiri. 'barangkali'.

aku akui. dengan akhawat melayu, aku jarang berikhtilat. tapi dengan akhawat arab. takde la banyak. cume lebih sikit berbanding dengan akhawat melayu.

bagi aku, aku masih menjaga batasan semua. aku sekadar nak luaskan skop perkenalan dekat dalam jamiah. khususnya classmate aku sendiri. aku kadangkala ramah menegus sesiapa di dalam kelas termasuk perempuan arab itu sendiri.

aku takda lah duk lepak ke apa. cuma bertegur. kenal sikit sikit. tanya exam. sometimes belajar bahasa arab dengan depa sendiri.

barangkali niat aku betul. tapi tipu lah kalau aku cakap tatkala aku bertegur sedikit tu. kadang kadang tak buat maksiat. tak maksiat mata. maksiat hati pun dah kira cukup untuk kumpul dosa la kan.

tedaaaa. barangkali ini antara punca 'teguran' yang aku terima dari Allah dek kekalutan aku sendiri dalam isu ini.

niat nak berkawan sahaja. tanpa perasaan. tanpa lilauan mata yang meliar. tapi dalam hati siapa yang tahu. walaupun detik sedetik. kalau banyak banyak detik. lama lama. lama la jadinya .

kan?

aku mohon ampun Ya Rabb.

aku cuba untuk berubah.

............

betapa beratnya nak pikul ujian Allah ni.

aku tak tipu. sekarang ni dalam kepala aku dah terbayang terus repeat year. apatah deanlist tahun 2.

hari tu member aku bagi tazkirah dekat aku. pasal hati.

kena jaga hati. ikhlaskan diri masa nak menuntut ilmu. bukan semata mata untuk exam. tapi semata mata ilmu itu ilmu Allah. kita nak kenal Allah tu.

sumpah susah nak ubah balik hati. tapi tak mustahil.

cuma mencegah lagi baik daripada mengubati.

aku sedang cuba mengubati. dengan bantuan Ilahi.

aku pohon semua tolong doakan untuk kebahagiaan ku dunia dan akhirat. amen ya Rabb

sekian.

5 comments:

Anonymous said...

amin ya allah.
mudahkan najib ya allah.

tepianmuara said...

Selamat untuk kita semua.


=)

nhmnrh said...

moga terus kuat, insyaAllah. jangan hilang harapan. mungkin Allah mahu hadiahkan kamu sesuatu yang lebih indah sebalik semua dugaan ni.

'jalan' tak pernah senang, sebab syurga itu manis.

bersabarlah, sahabat. :) Allah ma'ak.

Anonymous said...

selalu bila ditimpa musibah, kita akan mencari semula kesilapan kita kan?


semoga kita selalu ditegur dengan lembut Allah. Bayangkan kalau hidup diuji dengan senang lenang, sampai kita lalai?

alhamdulillah atas uijan :)

selamat najib :)

Anonymous said...

tarbiyah dr Allah.

Allah bsama2 dgn org yg sabar. InsyaAllah tabahkan hati