Thursday, November 11, 2010

Chapter 119: bicara sufi.

Assalamualaikum,

betapa sukarnya aku rasa nak update blog ni. watdehek. even nak baca blog kawan kawan lain pun aku rasa tak berkesempatan.

aku bukan apa. maklumlah, result dah teruk. kdang kadang nak buat post tu fikir 3 4 kali. biar betik.

idea tak mencurah curah macam dulu. sekarang ni limited. sebabnya takut salah cakap jadi kontroversi. bukan nak kata blog ni hot. tapi apa yang aku sedar. ramai orang yang macam tahu siapa aku.

segan aku.

..........

aku memiliki seorang bapa yang penyayang.

aku sayang sangat sangat dia. tapi bukan itu point yang aku bawakkan.

tempoh hari, aku saja ja buat status panas berkaitan akidah tiga berangkai dengan sifat 20. aku saja ja timbulkan persoalan mengenai kenapa masa sekolah rendah belajar sifat 20. sekolah menengah belajar 3 berangkai.

asalnya, aku tak tahu benda benda ni. tapi setelah bapa aku ni banyak story mory. aku pun baru tahu lah serba sedikit.

aku takkan explain apa yang bapak aku explain dekat aku.

namun, secara asasnya bapa aku ni menolak akidah tiga berangkai. katanya, itu hasil rekaan wahabi.

bapak aku sangat geram dengan wahabi. aku pun dulu tak tahu wahabi tu apa masa dulu dulu. lepas tu, bila dah didedahkan satu persatu. dengan maklumat tambahan dari luar semua. aku mula cuba selidik. dan aku dapati aku pun seberapa macam tak selesa dengan wahabi ni.

sebab apa? aku tak berani nak berhujah dekat sini. boleh lah tengok sendiri sebab kenapa. tapi dalam instinct aku pun mengatakan wahabi ni macam lain sikit.

betul ke tak. wallahu'alam.

aku tak berani cakap lebih.

habis status aku hari tu dipenuhi perbahasan antara bapa aku dengan beberapa kawan aku. aku hanya tersenyum. sambil tu cuak jugak. takut takut boleh buat gaduh. sebabnya benda ni pun ulama dekat luar sana tak habis berbahas. apatah kita yang biasa biasa ni.

..........

sifat 20 tu sangat rare nak dengar sekarang ni. aku fikir dekat jordan ni dah takda dah. tapi ada juga sebenarnya. tapi aku rasa sangat tenang bila seorang sheikh tu ajar.

aku tak pernah fikir berpeluang nak belajar. tapi member aku ajak join kelas yang depa buat. so aku join jela. hajatnya nak belajar bahasa arab. tapi last last, macam Allah tunjukkan walaupun aku tak hafal 100% tapi aku rasa sangat lembut hati aku masa mendengar sheikh tu bersyarah. Maha Suci Allah. tak tahu kenapa.

.........

bila orang cakap pasal ilmu tasawuf. tak semua orang tahu. aku pun asalnya tak tahu. itu pun bapa aku dedahkan juga dekat aku.

sesetengah orang kata sesatlah. apa lah.

tapi setahu aku. tak semua yang sesat. ada ja yang benar.

yang benar tu. kehebatan nya tak payah sangkal lagi.

aku rasa aku macam minat dengan benda benda macam ni sebab aku rasa aku selesa dek ia membantu aku mengawal hati yang tak terkawal ni.

aku baru cuba untuk menceburi bidang bidang macam ni.



bukan apa, yang aku dengar dengar juga. salahuddin alayubi yang tu pun pengamal ilmu tasawauf.

tak kurang juga. tok gajah. tok kenali. datuk bahaman. mat kilau. dato abdulrhman limbong dan seangkatan dengannya. semua pengamal ilmu tasawuf juga.

kehebatan dorang tak dapat disangkal. cuma kita ja kurang terdedah. kalau tanya orang orang tua yang hidup sezaman dengan depa. mesti dorang cerita macam macam.

aku macam. ya Allah.hebatnya depa.

nak jadi macam depa boleh tak?

hakikatnya banyak ja cabang dalam islam ni. bukan ilmu tasawuf ja ada. bagi siapa yang banyak belajar ilmu agama tu tahu la. aku ni pun tak seberapa tahu. tu la macam tak seberapa rajin nak explore satu persatu. teruk betul.

..........

sekarang ni orang senang sangat nak kata orang lain sesat. senang senang je. padahal diri sendiri ilmu takat mana.

aku cuba muhasabah diri sendiri. kdang kadang aku ni pun terikut ikut orang.

bukan apa. kita siapa nak kata orang sesat.
barangkali Allah buka skop islam ni luas. kesemuanya cabang cabang yang berbeza tu akhirnya berakhir pada satu cabang yang diredhai Allah SWT. tak memenangi untuk satu puak sahaja.

wallahu'alam.

sekian.

No comments: