Sunday, November 14, 2010

chapter 120: Jalan Jalan.

Assalamualaikum,

hari ini aku pergi jaulah dengan kawan kawan .

pertama, pergi main paintball dekat resort ape entah. tapi yang penting hujung dunia lah tempat dia.

kemudian, hamamat ma'in. hujung dunia juga.

alhamdulillah. seronok belaka.

............

banyak pengajaran yang aku cuba untuk timba hari ini.

pertama, seorang member aku emo sebab dia kata dia tak dapat maklumat ada jaulah. mula mula macam merajuk taknak pergi. tapi last last ikut juga. masuk bas meleter sekejap. lepas tu sejam dua. okay dah. membebel tanpa henti pulak.

pengjarannya, setelah lama kenal. aku rasa macam adik beradik dah. salah faham tu benda biasa. sejam yang lepas baru bertengkar. lepas tu boleh buat lawak sama sama. tak perlu nak cakap sorry.

ini serius rasa macam sibling.

...........

hampir semua tempat yang aku pergi. aku tak tahu kenapa ringan sangat mulut aku untuk tegur orang arab.

barangkali ada orang cakap. aku nak tunjuk mesra konon.

aku tak kisahlah orang nak kata apa. tapi aku rasa aku lagi seronok kenal orang arab.

bukannya dah boring dengan orang melayu. cuma kan aku pernah cakap.aku nak cuba kenali orang arab lebih mendalam.

...........

sejak dua menjak ni, aku macam kurang lepak dengan kawan kawan.

aku harap masing masing tak amik hati. makusd aku tak lepak tu ialah. aku tak duduk bersama sama dengan dorang. aku selalu menyendiri.

bukan taknak kawan dengan korang dah. cuma beri aku ruang untuk menyendiri. untuk memahami diri sendiri.

aku bukan tak sayang korang. Allah ja yang tahu tahap mana aku sayang korang.

aku tahu korang tak abaikan aku. cuma aku sendiri yang kadang kadang buat diri sndiri mcam terabai oleh korang.

dalam erti kata lain, meminggirkan diri tanpa sebab.

..............

hidup ni jangan memendam. nanti payah.

solat kena khusyuk. nanti rasa nikmat sangat.

hari ini sangat seronok. alhamdulillah.

aku tekad untuk berubah.

insyaAllah

wallahu'alam

2 comments:

Anonymous said...

semoga berjaya untuk berubah..=)

Anonymous said...

semoga berjaya untuk berubah..=)