Monday, March 25, 2013

Chapter 210: Menanggalkan label.



Aku bukan tak suka, tapi aku rasa macam kurang selesa. Bukan bajet zuhud, tapi aku sendiri rasa macam kurang selesa.

Aku yang pilih jalan ini. Aku tak boleh menyesal. Aku tak boleh salahkan siapa-siapa. Aku tak boleh kata aku silap. Aku tak boleh salahkan takdir.

Dalam hayatku, tercatat aku pernah menjadi presiden persatuan.

walaupun hakikatnya, lagak aku tidak selayak presiden yang seharusnya.


Aku mahu bergerak bebas selepas ini tanpa dicop sebagai 'orang pimpinan/orang berjawatan' bila dah letak jawatan. Dekat sekolah dulu aku pernah cakap benda yang sama, tapi aku mungkir bila masuk alam universiti.

Aku mahu bergerak bebas. Jauh lebih bebas. Menyiapkan kerja yang boleh aku pikul selayaknya.


Maafkan aku Tuhan.

No comments: