Saturday, June 1, 2013

Chapter 211: London


Sepatutnya untuk cuti kali ini, aku kena pilih destinasi yang lebih jauh dan selain London, sebabnya aku dah pernah pergi London sebelum ini.

Tapi aku ambil keputusan untuk beli tiket juga. Aku nak cari ketenangan dekat bandar yang penuh hening ini. Sambil-sambil tu tinggal dekat kakak, kot-kot boleh ambil semangat dia belajar.

...

Masuk hari ini, aku kira sudah tiga hari aku berada di London. Aku berusaha menikmati setiap detik aku di London ini, aku bimbang aku akan merinduinya bila aku balik Jordan nanti.

Aku rasa janggal, kenapa bila di London, aku rasa diri aku lebih konservatif untuk melindungi iman aku, berusaha menambah amal ibadah.

Sedangkan jika di Jordan, aku selalu berlengah. aku bertangguh, aku rasa malas nak beribadah.

Pelik bukan? Salah aku, yang terlalu kondusif dengan suasana di Jordan mungkin. Masalah juga kalau dah rasa diri ini cukup baik. Rasa nak buat kebaikan pun macam tak perlu, sebab dah baik kononnya.

astaghfirullah.

....

Aku ada jumpa kawan flatmate kakak aku, dia kata dia ada adik perempuan belajar Jordan. JUST. tahun 1. perempuan.

Aku cuba tanya nama, kot-kot aku kenal. sebab ada sahaja yang aku sempat kenal.

Tapi tak kenal pulak aku memandangkan adik-adik first year tersangat ramai. Tak sempat aku nak perah otak ingat, member kakak aku terus bantai, 'Najib kan famous gila'

Aku macam, 'err. err. '

harus ke aku tulis dekat sini. aku jarang ambil kata-kata orang pasal aku famous sebagai satu compliment.

Sampai satu tahap, aku rasa kesal, kenapa aku buat orang lain kenal akan diri aku. Aku bukan nak kata aku famous. tapi lumrahnya apabila kita jadi kepimpinan memang orang akan kenal kita secara tidak langsung. Persoalannya, kenapa in the first place, aku pilih untuk memimpin?

Jangan salahkan takdir. Terus optimis.

Tapi aku rasa janggal bila orang look up dekat aku, kononnya sebab aku pernah jadi presiden. aku berusaha nak kikis perasaan looking up orang dekat aku, as in I just want them to look me as a typical guy. Yang juga nak hidup remaja macam biasa.

huha huha. tapi berusaha ingat Tuhan juga.

Masalahnnya, bila orang tengok kita. Kita nak huha pun susah, sebab kadang-kadang kita terpaksa tidak menjadi diri kita untuk memelihara perasaan orang lain.

Aku tolak tepi. aku sedang menjadi diri aku. jika kau tak suka, kau boleh tinggalkan aku. aku tak perlukan sanjungan manusia untuk aku terus hidup.

Aku manusia biasa penuh cacat merca dalam diri.

....

haih, bila lah perasaan tu nak hilang eh.

No comments: