Monday, October 7, 2013

Chapter 212: Jangan sibuk sangat berpersatuan.


Semenjak masuk tahun akhir, kehidupan tidak selapang dahulu. Kehidupan tidak serehat dahulu.
Semakin mencabar orang kata.

Syukur Tuhan aku lepas tahun. Kalau tak lepas, aku kasihan takut persatuan yang dipersalahkan. Persatuan tak salah, cuma sibuk persatuan memang ada kesan buruk.


.....

Kenapa aku cakap macam tu? Mudah. Hidup aku rasa lebih mudah selepas aku 'bebas' daripada kerja persatuan.

Bermula tahun 2010, aku mula menceburi kerja persatuan atas pujukan abang senior. Awal tahun 2013, aku perlahan-lahan angkat bendera putih sambil lepaskan jawatan.

Kau tahu tak apa perasaannya, bila hujung minggu kau sibuk dengan mesyuarat, jemputan program, urusan dengan pihak atasan, sedangkan kawan-kawan kau yang lain senang lenang hang-out dengan kawan-kawan lain. Study sama-sama, kelas tambahan tak tinggal. Tidur pun cukup.


Ini bukan isu mengungkit. Isunya adalah, bila kau masuk persatuan, benda-benda ni kau memang susah nak elak. Sudah termaktub semenjak kau mula kata 'iya' untuk sertai persatuan.

Ada orang boleh kawal. Ada orang tak pandai kawal. Itu terserah, dan itu juga yang akan membentuk prestasi akademik dan kerja persatuan kau.

Kerja persatuan ini memang seronok. Semua orang kenal kita, kononnya masyhur dalam masyarakat. Tapi tenat juga kalau tak pandai agih masa, leka melayan karenah masyarakat selalu, sehingga terlupa tanggungjawab belajar.


Aku tak kesal masuk persatuan. Aku bersyukur atas peluang yang aku dapat. Tapi tak bermakna aku tak boleh bagi pendapat negatif tentang benda yang aku tak kesal dan aku bersyukur.

ingat, kau datang sini untuk belajar. jangan sibuk sangat persatuan sampai waktu dengan pelajaran, keluarga, member tergadai.

Kalau kau jadi presiden hebat pun, belajar lingkup, kena ulang tahun, bayar hutang dekat kerajaan.

Tak bermakna juga ya.
.......

Seimbang.

Hidup berpersatuan tu bagi aku tak wajib. Lagi utama hidup bermasyarakat. Keluar kepompong selesa kau. Kalau rasa persatuan tu leceh, perkara biasa. Yang penting kau keluar rumah, tengok matahari, kenal kawan-kawan batch, kenal jiran tetangga.

Jangan tahu kenal akhawat sahaja.

Lebih utama study.
study
dan study.

Selamat

No comments: