Sunday, October 20, 2013

Chapter 214: Adha terakhir


adha tahun ni tak macam adha-adha lepas, dikerumuni oleh jemputan raya.

yela. kita dah takde jawatan kan. orang tak pandang kita dah.

oh gedik.

....

adha tahun ni aku paling malas dan tidak aktif. tak banyak yang aku sumbang selain jadi bidan terjun tolong sendukkan nasi untuk warga PERMAI. yang lain aku tolong sikit-sikit sahaja. Seharusnya aku patut pulun berganda sebab tahun akhir. Kena tunjuk qudwah dekat adik-adik.

Yela, dulu masa aku junior. abang abang senior gigih kot turun padang padahal takda kepentingan pun kalau nak diikutkan dia turun. dia boleh duduk rumah study, fikir nak graduate sahaja. Tapi depa tetap turun. sebab tu aku rasa resah hati, kenapa aku tak boleh lakukan sebaik mereka.

AJK senior bising. budak budak tak reti lapah daging dengan baik. Habis tulang kambing tu jadi licin, dipisahkan dari dagingnya. Tak syok nak masak dah. Daging kambing ni  tak banyak, bila deattach dari tulang dia tak masyuk.

banyak masalah.

gara-gara senior dewasa ini tak rajin nak turun padang, termasuk aku.
....

kakak nak datang akhir tahun ni insyaAllah. ziarah Jordan yang dia tak pernah ziarah.

aku tengah fikir aku nak tumpangkan kakak dekat rumah siapa. aku tengah fikir calon yang sesuai untuk tempatkan kakak aku.

Nak ikutkan hati, nak juga aku tumpangkan rumah aku dekat rumah dia. nasib baik kehidupan ini aku moved on.

*mendagu ke langit, toleh kehadapan.
.....

esok nak start dawam dah.

Cepat gilee.

argh.
bismillah.

No comments: