Thursday, January 27, 2011

Chapter 122: suka makan daging orang.

Assalamualaikum,

sumpah lama sungguh aku tak meluahkan perasaan dekat laman ini. Memang dah berkerak dah aku tengok blog ini.

aku sekarang tengah bercuti dekat rantau orang. aku balik 5 hari bulan ini. sampai Jordan insyaAllah 7 haribulan dua kot.

............

aku tak faham dengan orang yang suka mengumpat belakang. suka cerita keburukan orang tak tentu pasal.

aku sangat tak faham. nama nya belajar tinggi. ilmu agama pun boleh tahan juga. tapi masih tak dapat kawal diri untuk 'makan daging' saudara sendiri.

bagi alasan nak iktibar. tapi kalau nak amik iktibar pun tak payah lah kutuk lebih lebih.

kalau orang perempuan aku faham juga, tapi kalau lelaki pun mulut macam ni memang aku tak boleh give and take. rasa nak penampar ja.

sumpah dah takda kerja lain ke selain nak cerita keburukan orang lain?

aku pernah rasa. aku pun pernah juga terlibat. tapi setakat apa yang aku sedar. memang tak benefit apa pun kalau cerita keburukan orang lain banyak banyak dekat orang ramai. alhamdulillah

mungkin nak cakap dekat seorang dua orang tak apa. tapi kau cerita benda buruk tu dekat publik. kononnya kau bawak cerita panas.

mungkin cerita tu betul. tapi tak perlu la kau lelong cerita yang mengaibkan tu untuk orang lain dengar.

sakit tau jiwa aku dengar. sakit.

kalau nak bagi amaran sebagai pengajara ada caranya, bukan dengan cara yang kau buat tu.

errr. geram geram geram.

aku masih ingat lagi member aku seorang tu. kalau ada orang mengumpat pasal member lain. dia terus blah sebab malas nak dengar.

sumpah aku kagum.

...........

tolong jangan jadikan alasan untuk ambil iktibar bagi membolehkan kita mengumpat.

tolonglah. lame sungguh!

sekian.

No comments: