Assalamualaikum,
aku faham. ada orang tertanya. apa ke pelik diri aku ni. sekejap on. sekejap private. sekejap on. sekejap private.
sumpah geram. macam nak tak nak je berblogging.
jujur aku kata bila orang macam dah tahu siapa aku, aku macam malas nak blogging. sebab aku rasa segan tiba tiba.
aku penyegan orangnya.
tambahan, aku cuba cari masa untuk bina idea baru untuk tulis. barangkali aku sendiri bosan menulis dengan cara yang sama setiap kali.
.............
iman ni turun naik. hal ini sangat membimbangkan.
kadang kadang dalam satu hari tu. bila kita rasa semangat nak buat baik. kita akan terus semangat. tapi bila satu hari tu Allah uji, kita goyah. terumbang ambing aku dibuatnya.
sebab tu kena pastikan ikatan kuat dengan Allah.
kalau tak mudah mudah ja hanyut. jangan bagi alasan iman turun naik untuk aku buat dosa sesuka hati.
...........
Semalam ada meeting muhsabah, ada orang cakap. lelaki tak matang.
realitinya memang betul pun. kematangan perempuan tu lagi cepat berbanding lelaki. kdang kadang aku tengok mak aku macam lagi matang dari bapak aku dalam beberapa bahagian.
kira itu natural juga la.
Walaupun perempuan cepat matang dari lelaki, tak bermaksud lelaki tak akan matang sampai bila bila.
lelaki bila dah matang betul betul. memang perempuan punya kematangan pun tewas.
sebagai lelaki, aku akui. kami bukan tak matang. cuma kadang kadang. sifat nak gurau gurau tu masih wujud dalam jiwa kami. gurau gurau yang buat nampak macam tak serius. terus dilabelkan sebagai tak matang.
maklumlah, lelaki ni slumber dek dia ja. tak cover2. suka hati dia ja.
perempuan lain. cover cover sikit. maklumlah, kalau gelak ketawa terbahak bahak. serius kena kutuk habis. paling kurang aku yang kutuk.
lelaki matang. cuma kadang kadang ja gurau gurau nampak macam tak matang. jadi, jangan ragu ragu untuk mempersuamikan kami.
ye?
..............
tolong jangan label aku sebagai salah seorang yang gatal. asyik cakap pasal kahwin sahaja. aku cuba untuk elakkan. sebab benda macam ni memang menganggu emosi kadangkala.
orang yang patut kahwin pergi lah kahwin. yang tak patut kahwin lagi tu, jangan lah kahwin dulu.
Moga moga Allah jadikan kita antara golongan yang soleh.
sekian.
1 comment:
-kawan2 aku cakap aku x matang-wth!
aku akui,perangai aku mcm kanak2,when the truth is..i'm 19.aku x rasa kematangan tu satu benda penting.why?aku pun tak tahu,dan aku pun malas amik tahu..
whenever i meet some new friends,yeah..i really like it as i enjoy making new friends..but..one day..something annoying happened..i make some dialogue or senang kata berbasa-basi..kenal2 bese..for sure la sama jantina ngan aku uh~one of my friends said:dia nie x matured sket(tujukan kpd aku)adik dia matured lagi..wth!aku dah muak dengar kenyataan tuh,ho8..aku malas nak berbalas kata dengan sahabat aku itu.sebab aku rasa x de benda nak dibahaskan..it is just small things,don't make any mess,right?
aku pun pelik apsal aku comment kat sini..tapi,aku in process untuk membina keyakinan diri sendiri,tapi bila ada org comment aku x matured.ia dah cukup sket2 buat aku rasa nak lempang sket2.ha2.wth with matured??
orang sekarang lebih utamakan atau membicarakan ttg kematangan,tapi aku rasa semua benda tu messy things.x faedah~
--aku si anonymous--
Post a Comment