Tuesday, December 27, 2011

Chapter 186: bukan gatal.


Assalamualaikum,

kawan aku usap belakang aku sambil buat muka bajet matang, berkata

" aku rasa hang patut kahwin dah ni "

wth.

..........

kau pernah tak rasa perasaan dimana kau suka seseorang tu, tapi kalau boleh kau tak nak ada apa-apa relationship dengan dia dahulu sebab kau takut benda yang tak elok akan berlaku.

kalau boleh kau nak inbox dekat dia kau cakap yang.

" boleh tak kalau awak simpankan ruang dalam hati awak untuk saya masuk dalam 3 4 tahun akan datang "

imposibru sangat kalau aku masuk minang anak orang time-time macam ni.

apatah lagi nak bertunang.

it's very awkward for a person like me to make a first move.

kau tahu tak perasaan dimana dah lama kau tak berchatting dengan perempuan lepas tu kau nak berchatting tak tentu hala sekadar untuk berkenalan.

OMG. i did this when i was in form 1 tak silap. itu pun dengan last crush.

tapi kali ini aku serius. insyaAllah cukup matang berbanding form 1 dahulu.

kawan aku selalu pesan. kau jangan lambat-lambat, nanti melepas macam member kita seorang tu.

sampah suci (baca: Holy craps).

kalau aku luahkan dekat parents aku, surely they would say ' kenal-kenal lah dulu. jadikan girlfriend dlu ke'

oh man, kau tahu tak perasaan dimana kalau boleh kau tak nak dah istilah 'girlfriend-girlfriend' ni. yang kadangkala aku sangat alergik sebab mengingatkan aku pasal 'couple' dan etc. which is benda-benda yang tak maturity sangat.

aku idamkan cara yang lebih suci, agar si dia dapat tahu yang aku ada hati untuk dia.

please. aku terus berdoa aku tak nak masuk perangkap syaitan.

aku tak desperate. cuma, aku tak boleh duduk diam bila member aku cakap

" kau jangan jadi macam member kita, melepas macam tu je".

OMG. these words have been really haunting me back few days.


...........

sesetengah orang tak faham. dia ingat kita gatal. nak sangat ada buah hati.

semua nya bersebab.

percaya tak cinta boleh buat orang jahat jadi baik. orang baik jadi jahat.

sekarang aku nak jadi baik.

maaf aku tak sehebat kalian untuk bangkit sendiri dengan kaki sendiri.

aku perlukan kepingan nasihats.

kalau jumpa aku sila buat muka tak pernah baca post ni okay.

sekian.

7 comments:

QteenaHazman .: said...

tabley nk like plak.HAHA!

selamat lah.aku doakan.

insyaallah lau niat awal2 lillahita'ala nk dapatkan cinta tuh dengan cara baik,
DIA akan lorongkan.

mungkin akan terlepas 'dia' yang kau nak,tapi DIA akan kurniakan 'dia' yg lain yg lebih baik.

Trust HIM,and everything will be eased,insyaallah~ =]

Nurul Afiqah Fuzai said...

senyum je baca. :)

kalau dah jodoh, inshaAllah akan bersatu akhirnya. tapi, tetap kena usaha kan?

aku rasa kalau kau dah ready, baik kau pergi jumpa orang yang lebih 'ahli', mintak pandangan diorang sume. baru nampak sikit jalan macam mana nak mula (kot).

tapi kalau tak ready lagi, banyak-banyakkan doa + topup ilmu untuk bimbing bakal isteri nanti. dan jangan bagi hint-hint sangat. sebab hati perempuan ni cepat je terusik (perasan? err.)

ada terbaca dekat fb :

"Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.'' (Imam As-Syafi'e)

emm selamat lah ye najib.

*btw, tertanye-tanye pulak. sape la member kita yang melepas tuh ye. oh TERsebok pulak. ok tu je.

Anonymous said...

semoga dipermudahkan

Anonymous said...

(':

Anonymous said...

lol

i think you should stop it. these type of posts. tak pasal2 ramai orang perasan

orang kata kalau dah rezki, akan smpai jugak kat kita, kalau dah jodoh pun, tak ke mana.

Just put faith in Him. kalau itu yg terbaik nnti Allah temukan, dan permudahkan. kalau x, tentunya Allah dah susunkan yang terbaik, untuk kita dan dia.

chill lah


-aku malas nak anon sbenanye.

Anonymous said...

thanks guys,

Anonymous said...

tell her...