Tuesday, October 12, 2010

Chapter 114: kawan arab.


Assalamualaikum,

hari ni aku nak meluahkan perasaan lagi sekali. sebab rasa tak sedap hati kalau aku simpan lama lama.

..........

ada kawan aku cakap. dia punya kawan arab cakap. yang aku over-friendly.

dalam hati aku, masa kawan aku cakap tu. aku terdetik. femes juga aku ni ye sampai member arab aku pun bergosip dengan member malaysia aku pasal aku. LOL.

aku tak tahu lah apa niat disebalik apa yang dia cakap tu. tapi hakikatnya memang aku over-friendly pun. hampir semua orang arab dalam kelas aku, aku nak tegur. buat kawan.


mungkin orang garu kepala. aku ni tak cukup kawan ke. ke sengaja nak cari pengaruh.

suka hati lah kau nak fikir apa. yang penting aku bahagia.

..........

aku dalam kelas. suka duduk jauh jauh dengan budak melayu. bukan aku gaduh dengan budak melayu. bukan aku tak baik dengan budak melayu.

cuma aku nak rasa kelainan.

aku bukan nak cari publisiti duduk dengan orang arab. suka suka buat lawak bodoh. layan pe'el kawan kawan arab yang kadang kadang aku sendiri garu kepala dek keagak kebudak-budakan.

sejujurnya, aku bukan nak claim aku ni seorang yang peramah. boleh buat kawan senang senang. tapi aku rasa selesa bila kenal ramai orang. sebab aku dapat kenal pelbagai ragam.

sesetengah orang rasa tak selesa bila kenal kenal ramai orang. nak nak dengan orang yang lain bangsa.

tapi bagi aku. aku rasa yang sebaliknya. aku rasa seronok. aku rasa macam banyak benda yang dapat belajar. walaupun kadang kadang aku macam hipokrit. aku jadi jahat jahat sikit bila lepak dengan diorang.

aku tak anggap benda ni sebagai satu hipokrasi. tapi aku anggap apa yang aku buat itu satu adaptasi.

.............

aku akui. aku memang ramai kenalan arab dekat jamiah. takhasus macam macam. dari first year sampai la third year. pantang duduk sebelah je. aku mudah je nak tegur. walaupun kadang kadang dia macam menganjing aku. tapi aku tembok kan muka aku. aku layan depa. aku bukan apa. nak tak nak. aku layan juga. sebab niat aku satu. aku nak belajar daripada depa. tak kisah lah apa benda pun.

aku bukan nak bajet baik. tapi aku rasa tak rugi kalau aku jadi macam ni. tak kisahlah kena gelakkan orang arab sekali apa pun.

walaupun, secara logik akal nya kadang kadang rasa macam nak terajang je. tapi aku cuba untuk senyum. lagak masih profesional. iman masih di dada. kesabaran masih memelihara.

tapi itu je lah caranya rasanya.

..............

aku rasa sudah tiba waktu nya. orang melayu patut menonjol dekat dalam jamiah. sebab nya orang melayu dah bertambah jumlahnya. kalau kuantiti bertambah, kualiti macam tahi. tak guna juga.

kita patut membina jambatan diplomatik yang kukuh dengan orang arab dekat jamiah.

kita orang melayu. terlalu segan dengan orang arab. sampai kita sendiri tak dapat menunjukkan potensi sebenar diri kita sendiri. sampaikan potensi yang ada dalam diri pun berkubur begitu saja.

tak puas hati. cakap belakang. itulah orang melayu. pengecut. lepas tu suka kutuk kutuk orang arab. itupun kutuk dalam bahasa melayu. tak sedar yang bangsa sendiri sebenarnya mundur.

apakah?

sudah tiba waktunya orang melayu patut direspek dekat jamiah. tak kisah lah dari aspek apa pun.

moga Allah sentiasa memelihara niat yang terpahat di hati.

sekian.


2 comments:

Anonymous said...

bgos r post ni....mmg org melayu kene mnonjol pon...kdg2 bile ak tgok situasi mlayu yg senyap je sume kt cni ak rse mnyesal fly...sirius...ak dh la pendiam, bile sume melayu senyap lgi la ak senyap....tpi ak hrap satu je...melayu jgn la malu sgt,,,smpy org tye pon tersengih2...bkn nk jwab...

Berd said...

Seronok jadi pmk permai?

-berd