Saturday, December 31, 2011

Chapter 189: Jangan lari dari aku.


Assalamualaikum,

dengan ini aku mengisytiharkan genap seminggu aku menetap di zam-zam.

Sejujurnya, aku dah jatuh hati dengan suasana dekat Zam Zam yang begitu tenang sekali. Sangat sedikit jumlah syabab melayu di sini.

Boleh kata masa solat jumaat tadi. Tenang jugalah. tak perlu banyak tegur orang lepas solat.

Bukan tak boleh tegur, tapi kdg2 lari purpose bilaa banyak sangat borak tak tentu pasal.

Serius aman damai duduk kawasan keluarga dekat sini. aish.

takde orang main hon2. ataupun akhawat arab yang menggugat iman lalu lalang.

.........

aku pelik dengan orang yang nak cuba lari dengan aku.

apa salah aku sampai kau macam tak nak bertegur mesra dengan aku. muka panik aja bila terjumpa.

aku tahu kau ada jemaah. aku orang PERMAI. dan aku pernah tulis satu analogi.


tapi takkan lah perlu nak lari dari aku. aku tak rasa 'musuh' pun dengan kau.

sebenarnya aku rasa seronok duduk zam zam ini bila dapat jumpa kawan-kawan yang 'dipinggirkan' oleh masyarakat lain atas alasan mereka 'berkeras kepala' untuk berjemaah.

hak masing-masing. aku malas nak sentuh lagi bab ni. cuma kdangkala aku rasa kasihan sebab orang lain macam lebih2 pula nak pulau dorang. macam dorang ni buat dosa besar pulak.

aku cuba bersangka baik. barangkali kawan2 yang nak cuba lari dari aku ni mungkin dia rasa serba salah sebab dia tahu yang aku tak berkenan sangat dengan 'jemaah2' ni.

who cares?

aku kenal kau. kita saudara semuslim. kenapa kita perlu putuskan hubungan kita atas alasan paling bodoh sekali dekat dunia ini; persatuan aku tak terima jemaah kau.

entah apa-apa.


aku nak mohon kepada mana2 pihak yang terlibat sekiranya kata2 aku sebelum ni banyak lukakan hati korang. tak kisahlah dekat fb ke . dekat blog ke. twitter ke. mne2 je lah.

bersebab semuanya. still, aku masih sayang orang yang kenal dan aku gelarkan 'kawan'.

kawan bukan lawan.

..........

hilang semangat nak bersungguh-sungguh untuk exam.


kenapakah?


Bantulah aku, Ya Allah.

sekian.

1 comment:

Anonymous said...

solat dua rakaat. mintak kekuatan