Tuesday, August 10, 2010

Chapter 100: Tudung labuh.

Assalamualaikum,

secara jujurnya, aku mula kenal dan sedar akan kewujudan orang pakai tudung labuh masa sekolah menengah dahulu. dahulu pernah juga jumpa apabila ustazah ustazah yang pakai. tapi aku macam buat endah tak endah ja. bagi aku semua tudung itu semua.

dalam keluarga aku, mak dan kakak bertudung. cuma bukan tudung labuh.

................

seingat aku. aku ingat lagi yang kawan aku duk kutuk perempuan yang pakai tudung labuh.

dia tudung labuh tu kain dia terlalu panjang sangat sampai nampak macam langsir dah.

dia takda la kutuk mana pun. cuma dia macam cuba bergurau dengan pemakaian tudung labuh kawan kawan permpuan masa tu.

aku tak banyak bunyi mana masa tu. sebab takut juga. walaupun aku kureng, tapi aku telah dididik oleh bapak aku untuk tidak main gurau gurau bab agama ni. bahaya. takut takut benda yang tak elok berlaku.

dalam waktu yang sama juga, aku ingat ja yang ada kawan kawan aku yang macam tak suka dengan budak pakai tudung labuh ni. sebab dorang kata bajet alim lah..

lepas tu dorang kata yang pakai tudung labuh ni kadang kadang bukannya baik pun. mulut lagi la macam apa kalau nak diikutkan.

aku pun kadang kadang tak dapat nafikan part tu kadang kadang.

...............

kawan prempuan aku tak banyak mana lah. tapi seingat aku, kawan kawan yang dekat kampung halaman alu. tak ramai yang menggayakan tudung labuh dalam kehidupan masing masing.

bila aku masuk asrama, baru ja aku sedar yang pemakai tudung labuh semakin ramai.

bila aku fly jordan. lagi la semakin bertambah.

aku akui. aku tiada hak nak memperlekehkan mana mana pihak pasal tudung seseorang tu. tak kisah lah. takat mana tudung dorang. sebab nak ikutkan aku ni pun dalam kekurangan.

cumanya aku ingin luahkan apa yang aku rasa tentang tudung labuh.

.............

orang kata, cermin dulu kalau nak cakap orang lain. okay aku dah habis cermin dah. aku tahu memang banyak kurang nya kalau nak diikutkan.

sejak bermula aku kenal orang yang pakai tudung labuh, dekat mana mana tempat. aku rasa macam takut sebenarnya nak berinteraksi dengan mereka.

dalam kepala otak aku, golongan sebegini mesti siqoh gila buat seksa aku ja. kalau nak ikutkan, aku ni dah la tak sesiqoh mana.

agak macam tak suka juga la nak berurusan dengan orang bertudung labuh ni. sebab dalam kepala hotak terfikir akan kelecehan yang akan timbul.

tapi itu cerita lama rasanya.

dek Allah nak tnjuk dekat aku.

hari demi hari. aku rasa lebih selesa rasanya bila berinteraksi permpuan yang bertudung labuh. tak kisah la labuh mana. tak semestinya labuh macam ustzah pkai tu.

kalau bagi aku. setakat dah tutup dada tu. memang dah cukup labuh dah tu.

so far, sepanjang aku kenal orang yang bertudung labuh ni. tak susah mana nak interaksi dengan mereka.

dengan kehadiran tudung labuh mereka tu, aku rasa, aku jadi lebih segan untuk over interaksi dengan mereka. secara tak langsung, aku sendiri terfikir akan batasan batasan yang perlu aku cover yang kadang kadng aku tak tercover.

aku bukan nak cakap, orang yang tak pakai tudung labuh, aku tak segan untuk over interaksi. segan juga. cuma nya aura dia lain. serius.

aku buat post ni pun. bukan suka suka nak amik hati kawan kawan aku yang pakai tudung labuh.

cumanya aku nak nyatakan betapa tenangnya hati jiwa bila berinteraksi dengan anda apabila anda berada dalam keadaan yang anda berada sekarang.

aku akui sebagai manusia biasa. kadang kadang aku tak boleh lari daripada panahan syaitan yang duk mengarah aku melihat benda yang tak patut aku lihat.

aku tahu aku patut segan nak cakap pasal benda ni.

tapi aku cuma nak semua perempuan tahu perkara ini. aku percaya benda ni tak berlaku dekat aku seorang sahaja.

keselamatan iman seseorang lelaki lebih terjamin apabila berhubungan dengan perempuan yang menjaga titik nilai pakaiannya.

walaupun ayat macam skema.tapi aku really maksudkan ia.

aku buat post ni bukan nak merendah kan kawan kawan yang tak memakai tudung labuh. tidak sama sekali.

cuma aku just nak luakan pandangan aku terhadap perempuan tudung labuh itu sendiri.

walaupun aku bukan lah orang yang selayaknya untuk cakap pasal benda mcam ni.

.............

kalau dah pakai tudung labuh tu, harap harap pe'el pun jaga sekali lah. jangan tudung labuh, tapi pe'el macam orang ape entah.

aku kesal dengan rungutan sesetengah orang yang kata orang tudung labuh ni tak semestinya baik. kadang kadang orang yang tak pakai tudung lagi baik.

aku sangat kesal dengan kenyataan macam tu.

aku rayu sangat sangat dekat prempuan yang membawa imej tudung labuh. sila jaga maruah clan anda.

bagi aku, tudung labuh tak semestinya macam sampai para ustzah pakai tu. tapi cukup lah sekadar menutup apa yang patut supaya tak jadi tatapan orang ramai.

aku harap kau faham.

sekian.

5 comments:

aishah_conteng_je said...

terharunya ada lelaki menulis macam ni

:)


bertambah matang kamu dik

Cidak said...

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang Mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu sulaya mereka mudah dikenali sebaik wanita baik agar tidak diganggu."
(AL AHZAB AYAT 59)

Yang tertutup itu indah.

Anonymous said...

...that there's no one on this Earth, more beautiful than a Muslim woman. there's no one who has come close to that..who's a servant of Allah..who dresses to please Allah..before she leaves the house, like the other women, she looks in the mirror. but she looks in the mirror for something different. when she looks in the mirror, she makes sure she dresses appropriately, makes sure Allah is pleased with her..

Anonymous said...

dan hijab itu adalah pelindung kpd kebatilan.

mgkin kalau perangai masih x btol plu cek dr sudut lain pulak. solat mungkin? alQuran?

sedarasedarilame said...

bertambah matang kamu komeng..

really appreciate this post!!!