Tuesday, August 31, 2010

Chapter 102: Mid Valley Megamall.

Assalamualaikum,

hari aku amik keputusan untuk berbuka dengan kawan kawan sekolah lama.

serius sudah lama aku tak jumpa. bukan takat before fly. kali terakhir jumpa masa amik result spm dulu dulu.

alhamdulillah Allah masih bagi aku dan kawan kawan yang lain nyawa untuk terus bertemu antara satu sama lain.

portnya mudah. di Mid Valley Megamall.

....................

tempat ini sumpah nostalgia. masa sekolah dedulu. pantang ada cuti sekolah sahaja. aku akan pakat dengan budak budak sekolah aku yang duduk area KL mahupun selangor untuk turun padang pergi mid valley.

mase tu duit takda. shopping pun tak reti.

yang hanya aku tahu ialah datang. tengok wayang. lepas tu pergi makan. usha usha sket kedai nike dekat level atas sekali tu. pastu kedai tropicana life sesikit. lepas jenjalan.

then bla.

serius macam tak bermotif. tapi serius. ini ialah kerja masa cuti sekolah dahulu. kerja yang tiada kerja.

mak bagi rm100. spend setngah ja. yang lain simpan untk beli benda lain.

lol.

.............

hari ini first time aku amik bas rapid kl terus pergi ke kl sentral. sebelum ni naik ktm ja. tapi akhirnya kawan aku yang ajar aku ajak naik rapd kl untuk pergi KL sentral.

terasa noob. malu sahaja jadi orang shah alam. tapi tak reti benda benda mcam macam ni.

maklumlah, 5 tahun sekolah dekat melaka.

...........

kawn kawan ramai pula yang belajar dekat uitm. jumpa jumpa sahaja masing masing agak macam dah berubah.

ada ja yang tak berubah.

ada sorang tu, dulu tough la juga. tiba tiba bila jumpa tadi. montel la pula. aku malas nak cakap siapa.

naik bas bayar rm2.50 untuk hantar direct terus ke KL sentral.

...........

sampai kl sentral. beli tiket pergi mid.

masuk ktm. teringat aku akan kenangan lalu. masa sekola sekolah dulu. bila balik cuti ja. aku mesti guna ktm untuk pulang ke rumah.

dari sekolah beli tiket ke seremban.

kemudian dari seremban naik ktm sampai ke shah alam.

banyak kali aku buat benda ni. dan masa tu juga. aku selalu mengambil kesempatan untuk mengusha budak TKC.

wth?

itu cerita lama. tolong abaikan.

...........

gather punya gather. kami tengok wayang sama sama. sebelum tu kami pergi main bowling sama sama.

yang lebih penting kami solat jemaah sama sama.

begitu ramai lah manusia dekat mid valley tu. sales pula dah la banyak. nasib baik ada member member yang dah lama tak jumpa. terkawal juga nafsu nak membeli belah.

aku sempat passkan keychain yang aku beli dekat jordan sebagai souvenier.

sebagai tanda kenang kenangan la kononnya.

..............

terlepas juga rindu aku melihat macam macam ragam rakyat malaysia yang dah aku tinggalkan hampir setahun.

rakyat malaysia dekat irbid sangat berbeza dengan rakyat malaysia dekat malaysia.

sekarang rakyat malaysia dekat malaysia sudah pandai pakai crocs. mata aku selalu ja perasan masyarakat sekarang suka pakai crocs.

pergi surau. beratur crocs. macam macam style. aku punya crocs beli bundle je pun.

............

kali ini aku pergi mid. tak jumpa pulak orang arab. kalau ada pun. sangat la sedikit. beberapa kerat ja.

kalau tak. haaa. amik kau. berlambak.

barangkali ramai dah balik negara masing masing sebab nak sambut ramadhan mubarak. ramadhan dekat negara arab lagi meriah. aidilfitri dorang hambar sahaja.

terbalik dengan apa yang berlaku dengan negara kita.

...........

aku terasa duit syiling malaysia sangat kecil dan ringan.

...........

hari ini terawikh sendiri sebab pulang lewat dari mid valley. tengok wayang.



orang lain sibuk kejar lailatul qadr.
aku lek lek ja tengok wayang.

erghhh

-_-"


sekian.

3 comments:

Syahida Majid said...

Terasa RM2.50 mahal ke murah?

Biasa naik teksi paling keji pun JD5. Boleh kenyang tidur

Sekali balik hari tu dekat je, "RM12 pakcik? Mahalnye!!!"

=_=', padahal.... Erk

aishah_conteng_je said...

budak sekolah TKC adalah musuh rasmi zaman sekolah dulu.

Dulu..adalah zaman segala entah apa2.

nima said...

kak syi, main convert dr ringgit ke dinar lah klu nak terasa murah. hehe..