Sunday, August 8, 2010

Chapter 99: AGM.

Assalamualaikum,

segala puji bagi Allah yang telah memberi aku peluang untuk terus dan menghadiri Annual Grand Meeting semalam.

alhamdulillah.

kelam kabut juga buat rancangan. memanjangkan macam last minute dapat confirmation. pre meeting pun buat dalam sehari sebelum meeting tu berlangsung.

melalui YM kami meeting. sangat menyakitkan hati kalau nak diikutkan. tapi memandangkan itu ja yang alternatif yang ada. aku terpaksa layan kan. dengan banyak karenah nya pula. sampai pkul 3 pagi kami meeting.

manusia mana yang takda karenah?

..................

benda paling aku geram sempena untuk persediaan pasal meeting ini ialah pasal makanan. pasal makanan syabab yang uruskan. sebab pada mulanya rancang nak tempah warung din.

lebih menyirap lagi. warung din punya chef semua tak boleh nak masak. sebab kebanyakan ada exam. aku sudah buntu. esok nak meeting. malam tu tak dapat jumpa chef lagi.

nasib baik ada ulya aqamah. chef batch aku sejak azali lagi. tanpa rasa macam keberatan langsung. dia offer untuk masakkan. tapi dia mintak tolong aku sediakan perkakas semua.

aku pinjam barang permai semua. minta tlong kawan kawan mana yang takda exam vb tu. dan etc.

aku pergi arabella mall dengan ulya nak beli sayur semua. aku terasa serius noob. ulya serius macam perempuan. teliti habis bab bab nak beli ni. aku rasa perempuan pun kalah. kalau ulya perempuan, dah lama aku nak usha dia aku rasa. lol.

aku pun layan kan aja. aku suruh dia angkut je apa yang patut. aku nak komen tak reti sebab masak untuk satu rumah pun belum tentu lepas. apatah 100 orang ni.

aku serius balik malaysia nak plan talaqi masak dengan family. kesal betul.

................

rumah ulya takda air. OMA. terlalu la dugaan yang hebat kalau bab bab takda air. rancang nak masak rumah ulya sebab besar. tapi akhirnya. takda air pula.

nasib baik la aku baru pindah rumah baru yang dekat dengan rumah ulya. tanpa ragu ragu aku offer rumah aku. tanpa minta izin dekat budak rumah aku . sebab masing masing masa tu tengah berehat lagi. kami buat kerja agak awal pagi juga la.

aku macam kesal. sebab lupa nak cakap. buat kerja last minute punya pasal lah.

doranag bangun bangun. tengok sudah ada periuk. gas. dan etc.

mesti dorang pelik. aku rasa. tapi harap harap masing masing faham la. aku sudah blur habis masa tu nak campak mana perkakas masakan semua. dan nak buat kerja dekat mana lagi.

maaf kan aku housemates.

...................

pada awalnya, tenaga pembantu macam kurang lah. tapi lama lama. setelah call sorang sorang.akhirnya muncul lah muka muka yang aku selalu tengok buat kerja kalau ada event event ni.

bersyukur sangat sangat. sebab kalau berapa kerat ja nak harapkan untuk siapkan masa dalam masa 4 jam. agak impossible lah. dengan ayam nya yang tak beli lagi masa tu.

kebanyakan budak budak yang datang ialah budak budak yang takda exam. sebab baki kawan lain ada vb. harap harap cemerlang lah masing masing.

aku puas hati la masa masing masing di minta tolong. sebab masing masing macam semangat nak tolong. aku terharu dalam waktu yang sama.

ada seorang brader tu. nak ikutkan dia tu macam lain sikit kadang kadang. tapi aku sayang gila gila apabila dia gorengkan ayam untuk 100 orang dalm dua kuali kecil. dalam masa 2 3 jam menghadap api yang bahang. dengan aeration yang hilang dek dapur gas masing masing terbukak. tingkap dapur pula yang kecil. serius terasa macam dekat saudi dahulu. cuma bau ja lain sedikit.

terima kasih kerana membantu semua.

................

aku tak suka nak cakap pasal meeting.

meeting macam rahsia. sebab aku cakap pun ni pasal batch sendiri. kang tak pasal pasal aku kena kutuk membuka pekung di dada.

tapi sepanjang meeting semalam macam takda masalah ja. alhamdulillah. tapi aku harap harap lepas meeting ni semua settle lah. tak perlu lah bertindak kebudak budakan mengata dibelakang.

nak berlawak boleh. tapi jangan lawak yang sampai boleh ubah persepsi terhadap seseorang tu.

masing msing ada maruah. kita ada maruah. kita sendiri tak suka orang mempermainkan maruah kita. maruah itu tinggi nilainya. tak kisah lah pasal apa. kadang kadang orang nak buat lawak terlupa nak fikir pasal maruah orang lain dengan anggapannya orang tu akan faham yang dia berlawak.

kematangan mudah dibentuk apabila kita bergaul dengan orang yang lebih tua daripada kita. tapi pastikan orang yang lebih tua tu matang juga. walaupun kita tak matang, kadang kadang kita boleh lagak matang sebab tak salah. cuma bagus untuk melatih diri yang kadang kadang dah tatahu nak jadi matang macam mana. sebab kawan kawan sekeliling pun lebih kurang diri sendiri.

kematangan dapat dibentuk seiringan dengan deen. kalau kita betul betul banyak fikir pasal deen, insyaAllah kematangan kita dapat terbentuk.

pasal deen tu. banyak cambahannya. kalau dosa pahala pun kita masih rapuh rapuh nak bezakan. susah sikit kalau nak dikatakan.

barangkali.

kita semua macam adik beradik. cuma yang membezakan kita dengan adik beradik sebenar ialah kita boleh kahwin antara satu sama lain. Kalau dah boleh kahwin, takkan lah kita nak perlakukan apa yang kita lakukan dekat adik beradik sebenar kita sama maca dengan dekat adik beradik angkat kita. dah nama pun boleh kahwin, sudah tentu lah bukan mahram.
jadi, ada batasannya. batasan yang wujud ni tak menghalang kita daripada untuk saling membantu antara satu sama lain bukan?

aku tak layak nak cakap pasal ikhtilat.
cuma yang penting, syaitan tak pernah berhenti nak bagi kata semangat dekat kita untuk tidak berhenti ikhtilat. sebab katanya kita masih menjaga batasan nya. padahal kadang kadang dah teroverdose tanpa kita sedari.

senang lah macam ni. kalau dah gatal sangat. minta mak ayah kahwin kan. mudah sikit.

moga moga.

..............

maafkan sekiranya aku tak dapat berkhidmat sebaik mungkin sepanjang majlis berjalan. seronok rasanya bila tengok kawan kawan berkumpul dalam satu bumbung. lebih lebih lagi bila tengok masing masing buat muka senyum.

serius rasa heaven. sebab terasa macam kita bersatu.

ayat poyo. tapi ini serius datang daripada hati. sungguh.

sayang korang weh.

serius.

lillahita'ala.


sekian.

3 comments:

Syahida Majid said...

Siyesly saspek dengan syabab. Thank you inspektor sahab, terbaiklah. Rasional lelaki ada 9, tu pasal boleh buat walaupun kelam kabut sikit. Sikit je pun kelam kabutnya, overall ok je. Kalau akhawat yg kena macam ni, last minit nak mikir bagai, mau meroyan..

A very nice evening indeed ;)

mep09 said...

thanxs komeng..what a nice evening together!!

k.syie:tenku unt perkongsian smalm..mnyak yg dapt dmnfaatkn,,enshaallah..

Cidak said...

Tahniah komeng.
Btw,aku minta maaf pada semua pihak yang tak berkenan dengan kehadiran aku pada meeting tersebut..
Asif jiddan2.