Tuesday, August 31, 2010

Chapter 101: aku diuji dengan benda kecik.

Assalamualaikum,

gila la. banyak banyak benda dalam bulan ramadhan ni yang aku diuji. akhirnya satu benda yang aku rasa aku agak terkantoi tanpa aku sedari.

sumpah aku rasa benda ni benda paling bodoh sekali.

pagi pagi ni. masa sahur. aku main game dengan abang aku. main game fifa2010 world cup.

game ni sumpah aku tak reti main.

aku kena titik dengan abang aku banyak kali. serius aku dah lama tak kena titik sampai emo.

takda la emo mana. cuma mulut rasa sangat ringan betul nak kata benda yang bukan bukan. akhirnya terlepas juga la sedikit.

tapi bila aku fikir fikir balik. kesal la jugak. benda kecik pun boleh aku terkantoi.

teringat masa kecik kecik dulu. bila kalah main game dengan abang aku je. aku mesti emo. so kali ini aku macam terulang benda yang sama. cuma tak dalah seteruk dulu maki entah papa.

kali ini lebih terkawal. cuma aku rasa tiba tiba dalam jadi goyah pulak.

heshh. astaghfirullah. benda kecik pun boleh goyang imankan?


belum lagi benda yang berat2.

Ya Allah. ampunkanlah dosa hambu-Mu yang lemah tadi kerana mencarut tak tentu pasal tadi.

robbana zolamna anfusana wairlam taghfirlana watarhamna la naku na minal Khosirin.

sekian.

No comments: