Thursday, August 5, 2010

Chapter 98: pe'el semester sem aku.

Assalamualaikum,

sekarang aku sudah pindah rumah baru. bersama dengan ke tiga tiga orang budak rumah lama aku.

alhamdulillah.

so far. kami masih lagi ingin duduk bersama. harap harap dengan rumah baru ni ukhuwah antara kami dapat lagi diperkukuh serta perkasa.

terima kasih banyak banyak kepada kawan kawan yang membantu kami untuk angkat barang. tanpa korang mungkin memang sampai malam lah alamatnya semalam kami berpindah.

jazakumullahu khairan.

..............

minggu ini aku rasa sangat pantas. tahu tahu esok dah hari jumaat. hari cuti.

dahulu aku tak biasa hari jumaat cuti. lama lama dah terbiasa pula. aku rasa macam seronok pulak bila cuti hari jumaat. tak tahu kenapa.

dalam banyak banyak kelas yang aku ambil semester ni, aku rasa kelas yang aku paling suka dan tak ngantuk ialah kelas biochemistry.

walaupun kalau nak diikutkan doctor aku suara sangat lah perlahan tetapi aku suka sangat bila dia mengajar. budak kata dr ni comel sebab kecil orangnya. nak nak dia pakai spec epik dia yang stylo habis tu.

dia tak garang. tapi kecomelan dia menyebabkan budak budak hormat dia secara tak langsung. dia suka buat lawak kadang kadnag. walaupun macam tak lawak pada sesetengah masa, tapi bila tengok gaya comel dia. kami tergelak secara tiba tiba.

Dr Barakah namanya.

Kelas Natural Resources pula, masa mula mula dulu aku macam suka kelas dia. lama lama jadi macam boring pula. bukan sebab doctor boring. tapi sebab aku selalu terlelap dalam kelas ni.

nama dr ialah Dr Alrababah.

orang kata dia cool sebab dia cakap english mantap. memang betulpun. tapi memandangkan kelas aku waktu tengah hari. aku rasa macam penat sangat. mengantuk. nak nak bila masa lecture tu takda gambar gambar yang menarik.

bila dah puas tido mase NR, dapat lah aku konsentret untuk Biochemistry.
aku tahu teruk. doakan aku dapat mengubahnya.

Kelas ITD pula, tengok kelas juga. tidak semua kelas menarik. kadang kadang ada sahaja kelas yang macam hambar habis. ada sahaja yang kadang kadang best teramat. kadang kadang ada ja yang biasa biasa.

itu bergantung kepada silibus yang dr tu bawak. kalau silibus tu best best dan banyak gambar dia tunjuk. serius memang best.

macam tempoh hari. pasal pembedahan muka dan etc.

Lab biochemistry pula. aku rasa. lama lama aku macam suka juga dekat budak budak arab yang dulu macam aku tak suka sangat dengan dorang. sebab aku tengok dorang gaya kerek je pada mulanya.

lama lama bila dah kenal. dorang baik rupanya. aku pernah cakap yang kelas aku dibintangi oleh minah minah rempit arab. bukan minat rempit pun sebenarnya. tapi dengan gaya pakaian dorang. serius teringat dekat minah rempit melayu. cuma melayu pakai tudung je. euwww.

dorang kebanyakannya orang palestine. tapi kerakyatan israel. tahu tahu je la kan. dan hari tu aku baru terperasan yang dorang sebenarnya bukan islam. no wonder la dorang pakaian pelik pelik. aku ingat kan dorang islam. rupanya orang kristian.

moga Allah bagi hidayah dekat mereka.

tapi aku geram dekat sesetengah kawan arab lab aku yang bapak malas nak siapkan report lab. tahu nak tiru orang je keja. kalau tiru sikit sikit macam aku buat tak pe. ini tidak. masa dekat lab baru lah nak keluarkan kertas. pinjam pensel orang. kertas orang. dan tiru masa tu juga. sumpah aku geram gila. kalau nak tiru conclusion ke. data je ke. takpe la. ini the whole report dia tiru tanpa rasa serba salah.

sekali dua takpa. ni dah banyak kali. lagi buat aku rasa tak sedap hati bila tengok ada perempuan arab juga terlibat. tersentak hati aku bila tengok awek arab pemalas macam tu.
euwww.

..................

exam dah around the corner je. meeting batch nak dekat. nak balik malaysia pun lebih kurang dalam sebulan je lagi tinggal insyaAllah.

harap harap dapat sempat balik.

paling penting, ramadhan nak dekat dah. aku tak ready lagi ni.

ish ish ish,

apa nak jadi?

sekian.

No comments: