Monday, August 2, 2010

Chapter 96: kalau nak ikutkan, kau dah boleh jadi bapak dah. tapi

Assalamualaikum,

sejak kebelakangan ni aku rasa lain sikit dekat diri aku sendiri. aku macam rasa diri aku ni menjadi lebih sopan sikit kalau nak dibandingkan dahulu.

bukan nak claim. tapi ini perhatian dari sudut dalam diri sendiri.

sensitiviti dalaman mula terbentuk sedikit demi sedikit.

alhamdulillah.

............

aku sebenarnya keberatan nak cakap pasal benda yang aku nak cakap ni. tapi memandangkan aku dah geram sangat. aku rasa. terpaksa lah juga aku cakap walaupun sebenarnya aku tak seberapa nak layak cakap pasal benda ni.

kalau nak diikutkan, aku rasa. sekarang ni. yang dah terbang belajar oversea ni. aku rasa semuanya dah boleh jadi bapak dah. dah cukup layak nak jadi bapak dah. sebab masing masing dah boleh bawak diri masing masing sambung belajar ke luar negara. bukan aku nak cakap yang belajar local tak boleh jadi bapak lagi. cumanya aku rasa yang nak pergi mahupun dah pergi oversea lah sepatutnya lebih confirm2 layak nak jadi bapak dah.

namun, sangkaan aku jadi meleset sesangat sangat. apabila aku menemui, orang orang yang belajar oversea tapi masih tak tahu cara yang sebenarnya nak uruskan diri sendiri. dalam erti kata lain tanggungjawab terhadap diri sendiri. tanggungjawab untuk keluarga, kwn2. msyrkt dan etc tu tolak tepi dahulu.

aku tahu yang aku ni tak da la tanggungjawab mana pun dekat diri aku ni. tapi aku macam kadang kadang terfikir juga yang kadang kadang ada orang tu. macam tak sayang diri pulak sebab aku pulak yang nak bertanggungjawab dekat diri dia. padahal aku ada hidup diri aku sendiri.

sumpah aku tak da unsur nak puji sendiri. tapi aku masih pelik dengan orang yang tak meraih lagi erti tanggungjawab walaupun dah duduk oversea gayanya.

............

aku tak suka menuding jari kepada mana mana pihak. tapi cukuplah sekadar aku menuding jari dekat diri aku sebagai iktibar untuk semua orang.

secara jujurnya, aku dibesarkan dengan penuh suapan penuh dan rapi oleh ibu bapa aku. nak nak masa aku sekolah rendah dahulu. kemudian masa sekolah menengah pun aku masih kena 'suap' lagi. tapi dalam waktu yang sama aku belajar untuk menyuap diri aku sendiri. dek aku rasa semakin hari aku semakin jauh dengan keluarga.

aku teringat lagi dahulu aku pernah nangis nangis minta mak aku buat kan kerja sekolah aku masa darjah satu. pagi pagi bangun, menangis taknak pergi sekolah. atas alasan tak siap kerja rumah. takut cikgu marah. mak aku dengan steady dan sabar nya. amik pensel dalam kotak pensil aku. buku tulis dalam beg aku. tolong siapkan setiap kerja rumah aku sambil aku mandi masa tu. padahal mak aku nak pergi ofis masa tu. fikir fikir balik sumpah aku terharu. macam mana la mak aku boleh sabar masa tu. kalau nak bagi ayah aku handle masa tu. habis la aku kena lepak lepuk time tu juga. nasib baik mama ada.

tapi itu cerita lama. bila aku fikir fikir balik. masa kecik dulu memang hidup ni sangat bergantung dekat mak bapak. tapi lama lama bila dah besaq panjang. aku rasa hidup aku tak leh lagi bergantung dekat mak bapak aku lagi. apatah bergantung dekat orang lain.

sebab syaratnya kalau aku nak bergantung dekat orang lain. aku harus ikut orang tu ke mana saja dia pergi agar tali gantung tu putus. kalau putus memang hanyut lah.

jadi aku putuskan untuk membuat tali gantung sendiri untuk diri sendiri agar aku boleh pergi ke mana sahaja yang aku mahu tanpa rasa segan silu, bimbang, cuak dan takut. walaupun aku tahu tali ni tak sebrapa kuat, tapi aku yakin day by day tali aku pasti akan kuat juga. sebab aku percaya yang suatu hari nanti. ada orang lain yang akan bergantung dekat tali aku juga nanti. siapa lagi kalau bukan isteri dan anak anak aku kelak.

orang mungkin kata aku bajet berwawasan. tapi aku sumpah tak kisah pun. sukahati la orang nak cakap apa. tapi bagi aku. tak salah aku nak berwawasan sekarang. sebab tak rugi pape pun rasanya.

..............

hidup ni kalau dah selalu bergantung dekat orang lain. lama lama akan jadi susah juga. sebab apa. orang yang kita bergantung tu. lama lama dia akan jadi menyampah juga.

even mak bapak kita pun camtu. lain lah kita cacat ke apa.

aku cukup geram dengan orang yang suka biarkan orang lain bertanggungjawab pasal dia. walhal dia sesuka hati ja dengan girang mengabaikan tanggungjawab dia sendiri untuk diri dia. macamlah kita ni hidup untuk tolong dia je 24 jam.

watde?

bukan tak boleh tolong. tapi kalau everytime nak minta tolong. benda kecik pun nak minta orang lain fikirkan. tolong buatkan. tolong ingatkan. tolong ketukkan. susah la juga kawan.

aku pun ada benda nak buat. aku tahu yang semua tu tanggungjawab aku sebagai kawan. namun, aku nak ingatkan yang aku dilahirkan dekat muka bumi ni bukan untuk jaga kau semata mata. aku pun ada misi dan visi hidup aku.

maaf aku katakan. namun aku cukup memang geram dengan orang yang macam ni gaya hidupnya.

kalau ada masalah tu boleh consider lah, tapi ni lagaknya macam takda masalah. happy go lucky ja.

aku bukan nak kau bermasam muka dek masalah yang menimpa. namun, cukuplah kalau kau serius seketika, berusaha daya dalam selesaikan masalah kau.

ini tak. duk suka hati, riang sentiasa setiap masa. orang lain pula yang risau sebab kau tak risau kau dengan diri kau.

apa cite der?

...............

aku nak cakap pun, aku bukannya orang yang bertanggungjawab sangat pun. tapi so far alhamdulillah. Allah bagi aku peluang untuk uruskan segala benda yang berkaitan dengan diri aku sendiri. memang tak nafikan. kadang kadang aku bergantung dekat orang lain juga. tapi tengok keadaan la juga. bukan setiap masa pun.

perasaan tanggungjawab ni takboleh datang secara tiba tiba. bagi aku, dia datang berdasarkan pengalaman. pengalaman hidup yang macam macam rasa hakikatnya.

sesetengah orang terlalu kecut untuk mencuba dalam mencari pengalaman sampai duk level yang sama ja sepanjang jangka hayatnya. tak naik tak turun. alasannya takut jatuh.

kepala otak kau. kalau nak naik, kena la jatuh. baru tahu apa maksud hidup itu sebenar. baru kau tahu apa erti tanggungjawab sebenar. ini kalau semua benda orang nak suapkan. buatkan.fikirkan. memang sampai besar panjang pun kau susah nak maju mana.

jangan jangan. nak pasang pampers anak pun kena suruh jiran sebelah buatkan. oleh sebab tak tahu yang teramat.

kita taknak la jadi macam tu kan.

................

aku bukan apa. aku sedih tengok orang yang macam tak sayang diri dia sendiri. aku tahu dia sayang. tapi oleh sebab terleka yang teramat sangat, kadang kadang tanggungjawab dekat diri sendiri pun dah terlupa.

aku cakap ni sebagai seorang teman, yang juga perlukan peringatan dari teman teman yang lain.

nak ikutkan, aku tak suka kutuk kutuk orang ni. sebab aku faham manusia tu ada kelemahan. tapi kalau kelemahan tu kita tak overcome. sampai bila kita nak berada dalam keadaan lemah je memanjang.

bila umur semakin meningkat. perasaan nak berbini pun bergerak secara directly proportional.
.bila dah ada bini, takkan lah tak nak anak bukan?

semua kita nak. tapi dalam dalam kita nak tu. takkan kita nak teruskan diri kita yang tak seberapa tanggungjawab ni, semakin tak bertanggungjawab.

tak ke pelik nanti anak bini tengok ketua keluarga unik semacam?

wallahua'alam.

sekian.

3 comments:

Anonymous said...

wei! pinggan sape dalam sink?

[kdg2 manusia kena penat layan kawan sebelum Allah beban dgn mad'u2 kt luar sana]

lek jib,lgn pndah,ak syg ko!

- member sebelah -

Anonymous said...

baru tadi cikgu bising-bising sebab kelas sepah.

"korang dah bole jadi mak bapak orang dah tapi kelas pun taktau jaga"

- illy (baru baca blog hang, selamat berkenalan)

atiqaaskan said...

sgt setuju najib!

dan satu lagi, bila umur meningkat/dh belajar overseas ni, jgn bwk lagi sikap kebudak budakan. sbb kt ni hidup dlm kelompok msyarakat. jd, kena menghormati dan dhormati.

*skdar bkongsi*