Friday, September 3, 2010

Chapter 104: sijil spm.

Assalamualaikum,

siang tadi serius letih lepas seharian pergi ke sekolah lama untuk ambil sijil spm. balik rumah terus pergi tarawikh. balik tarawikh terus tidur.

letih gila. padahal tak bawa kereta pun.

..........

setelah hampir nak dekat dua tahun aku tinggalkan sekolah, akhirnya aku berpeluang juga dapat revisit balik sekolah yang tercinta.

bila balik, macam macam kenangan yang terimbau secara tak sengaja.

itu lah. ini lah. kalau aku nak cerita satu persatu serius tak cukup ruang. tambah pasti membosankan.

.........,

pergi sana. lalu depan kelas tingkatan lima. lalu dekat dataran sekolah. terasa segan yang amat bila junior junior tengok. tak tahu kenapa. sebab dulu bila senior datang. budak budak selalu cakap yang dorang macam menyibuk.

last last aku pula terpaksa datang sekolah sebab nak ambil sjil spm.

buat buka tembok. lalu dataran. macho tak macho. layann je la. junior semua barangkali tengah sibuk belajar. aku dengan kawan kawan lain bajet buat muka legend lalu dekat dataran tu.

.......

pertama sekali ambil sijil spm dekat pejabat. kakak2 dan abang2 pejabat tak berubah. still maintain.

kedua, pergi bilik guru. mula mula macam tak ramai orang sebab masing masing ada kelas barangkali. dan ada guru yang sibuk dengan program untuk budak form 3.

jadi bilik guru agak sunyi.

aku dan budak budak lain gunakan kesempatan macam ini untuk jumpa guru guru yang ada. nasib baik rambut aku pendek. member aku rambut yang agak panjang. tak panjang manapun. bagi aku stylo je.

member aku tu. banyak kali kena perli dengan cikgu. nak tak nak. kena juga dengar. tapi nasib baik dia top student. so takda la teruk mana mungkin perlian perlian tu.

sekitar bilik guru merayap. banyak guru baru. nak tegur. tapi segan. cikgu cikgu muda pula tu. pangkat kakak dan abang rasanya.

tak lama lepas tu. blik guru semakin ramai. keadaan macam dah kelam kabut. tatahu nak jumpa cikgu mana dah. masing masing cikgu dah packing nak balik rumah dah.

bersidang dengan cikgu tu. lepas tu dengan cikgu ni pula. lepas tu cikgu yang dekat sana pula.

macam macam.

gossip tak gossip. bila cikgu mengadu pasal masalah adik adik dekat sekolah tu. teringat aku dulu yang masalh masalah tu tak jauh beza dengan masalah yang aku alami masa zaman aku.

sabar je la cikgu. anak anak murid sekarang semakin hari semakin bijak.

aku sumpah geram bila cikgu mengadu ada budak pandai yang kerek gila dengan cikgu cikgu. selalunya budak pandai merendah diri. tapi kali ini. boleh ada pula budak pandai yang bajet pandai sampai kadang kadang buat cikgu cikgu terasa.

sumpah aku rasa nak ketuk ja budak tu.

...............

banyak tugu dah dibina.

asrama dah ada astro beyond.

asrama pun dah ada washing machine 3 buah bagi setiap aras. tak perlu duit nak basuh baju.

tapi dorm tak secantik dulu. zaman zaman aku dulu lagi meriah.

tak boleh lawan lagi la.

...............

aku pergi solat dekat masjid yang aku selalu solat jumaat dulu.
masjid tu macam ada upgrade sikit lah. pak iman dah tukar. tapi muazzin still sama.

aku ingat lagi. aku selalu tidur masa time khutbah. sebab serius mengantuk dan khatib dia pun baca macam tak bernada sangat. so faham faham aja lah.

tadi pun macam hampir nak tidur. cuma kawal sahaja.

..........

jumpa adik adik yang semakin dah besar. masing masing dah matang. dan masing masing dah berubah.

dulu baik baik. sekarang tahu tahu dah banyak buat kes.

part tu yang sedih tu. tak pernah sangka.

tapi tu la. memang betul yang manusia memang tak tetap. sentiasa berubah.

semoga itu semua yang terbaik.

insyaAllah.

sekian.

1 comment:

Syahida Majid said...

Sijil SPM! Tak ambik lagi.

Ok dah 5 tahun rupanya aku berSPM. Tak lama lagi nak mati dah rupanya