Friday, September 17, 2010

Chapter 110: Cerita hantu masa raya.

Assalamualaikum,

aku notis satu benda yang agak teruk kalau nak diikutkan. sekarang ni aku kuat tidur. aku rasa rajin juga aku tidur dalam seharian tu.

takda la kuat mana. maksud aku. banyak tidur kalau nak dibandingkan dekat jordan dulu.
dulu lah sangat.

penat beraya barangkali. walhal, semalam baru firt time aku pergi open house kawan untuk sesi raya tahun ini.

sedih betul ingatkan balik no upax aku yang terbuang dalam tong sampah dekat Jordan masa kemas kemas bilik hari tu sebelum balik. :(

............

lepas gorib. aku tidoq. isya' sendiri. lepas tu pergi rumah nenek yang terletak dekat shah alam.
kampung aku belah ibu aku.

saudara mara semua ada. tak semua lah. mak long aku dan family. mak tih dan family. pak su seorangan..

actually aku tak guna term term 'pak long' . 'mak tih'. 'pak su' tu. kalau dalam family belah mak aku tu.

kami guna bibik dengan ami. bibik tu aku tak tahu datang dari celah mana. indonesia barangkali. makcik. tapi macam orang gaji pula bunyi nya. yang ami tu datang dari bahasa arab. yang bermaksud 'pakcikku'. keluarga aku bab bab mix kan bahasa memang hebat.

nanti aku dah berfamily sendiri. tak tahu nak istilahkan apa dalam kalangan kami sendiri. adik beradik.

-_-"

...............

semalam lepak lepak dengan sepupu sepapat. jarang juga memandang baru balik dari Jordan. dulu dulu masa kecik rajin juga bersidang.

sidang tak sidang juga lah. cerita hal isu semasa.

kakak saudara aku ni jadi pusat pencerita utama. aku tak tahu kenapa. sejak kecik lagi. bila dia bercerita aku suka mendengar. termasuk la sepupu sepupu yang lain.

setelah sekian lama tak berdiskusi. last last malam tadi kami sempat berdiskusi pasal cerita hantu.

aku dulu sumpah pengecut bila dengar cerita hantu. suka nak dengar. tapi pengecut. sikit bukan main takut lagi. orang sergah menjerit jerit. nak pergi tandas dekat dapur pun takut sebab terbayangkan cerita cerita yang aku dah dengar.

garu kepala bila aku ingatkan balik.

tapi sekarang pun, aku rasa. bila aku dengar balik. memang cambes. macam dah takda cerita lain dah. rasa menarik bila dengar orang cerita. padahal aku dah dengar banyak kali.

actually kita orang start cerita hantu ni semalam. saja ja nak takutkan budak budak kecil yang ada termasuk dua orang adik aku tu.

asal orang bercerita ja. masing masing pasang telinga. buat muka konsentret habis. sambil tu gaya cover cover sikit cool. tapi bila disergah. menjerit kau.

aku steady je main game harvest moon sambil dengar cerita hantu.

...........

antara cerita yang best aku dengar ialah.

cerita hantu dekat asrama. benda ni actually aku dah dengar lama. tapi semalam. akak saudara aku saja ja open table cerita balik cerita tu. cerita yang ada lembaga kecik suka duduk atas loker. malam malam buta. tugas dia. dia akan sebut satu satu katil dalam dorm tu dan kondisi orang yang dekat atas katil tu. kalau orang tu tengah tidur. dia cakap la tidur. kalau orang tu tak tidur. dia cakap tak tidur. so siapa yang tak tidur tu memang cuak la sebab dia dapat detect orang yang tak tidur tu.

cerita ni serius legend bagi aku. walhal aku tak pernah kena pun. duk terbayang ja masa duduk asrama dulu. nak nak masa form 1 form 2. tapi bila dah besaq panjang. duk atas katil ja. tidur terus. takda masa nak fikir bukan bukan.

lepas tu, kecoh juga orang ramai. pasal kena tindih. aku pun macam tak percaya sangat pasal benda ni. tapi bila aku dah kena sekali dua. aku percaya la juga. tapi aku masih ragu ragu yang benda tu hantu buat. aku rasa benda tu macam psychology ja. tak tahu la. bukan tak nak caya benda benda karut ni. masalahnya, ada kajian mengatakan. orang yang selalu kena tindih ni kadang kadang dia terlalu penat sangat sampai duk otak kadang kadang berehat sambil kita buka mata. lebih kurang macam tu la faktanya. so dia jadi macam lambat respon. wallahua'alam.

yang kelakar dulu. orang kata ada hantu kopek. atau lebih femes dikenali sebagai hantu tetek. first time aku dengat dulu macam. watdehek. hantu ni dah takda nama lain ke apa. orang kata kalau main dekat luar waktu maghrib maghrib. main nyorok nyorok. nanti hantu kopek datang. sorokkan dekat bawah 'tu' dia. so nanti bdak tu lemas. then mati. aku macam percaya tak percaya juga lah masa tu. dikuatkan lagi dengan 'dalil' daripada majalah mastika dengan pesona masa tu. aku pun macam percaya juga la. nenek aku selalu warning aku. kang kena sorok dengan hantu tetek baru tahu.

ok fine nenek. orang masuk rumah.

banyak lagi cerita. tapi kalau satu satu nak diceritakan. payah la juga. payah gak. dia best lagi kalau cerita depan depan daripada membaca.

............

aku nak buat open house ni. tapi tak tahu bila. sama ada sabtu atau ahad. mak aku baru tanya aku. hari sabtu. uncle aku nak jumpa. ahad pula aku takut macam takda orang sebab ramai budak sudah balik kolej rasanya.

aku blur. siapa yang boleh datang. tolong habaq aku hari apa yang korang free supaya sronok sikit aku bila ada orang mai. bukan sekadar syok sendiri ja buat open house grand grand orang lain tak datang.

sakit bai.

salam lebaran.


sekian.

5 comments:

Miss X said...

Pak Wan!

~Op.Muiz~ said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ok.sekarang nie wa bukan nak komen.

Oleh kerana belog lu nie selalu dihebohkan sebagai belog yang paling hebat(wa tipu),wa rasa wa nak follow.

So,wa nak tanya, butang mana yang perlu wa penyek untuk follow?

sila tunjuk jalan.

~BaDBoy~

Anonymous said...

dude, aku pon duduk asrama Malay College Kuala Kangsar, dan kat sini pon popular la pasal hantu duduk atas locker, kawan aku kata dia ada nmpk tapi masa tu ramai balik bermalam, hantu akan kata "yang sini dah tido, sana blum tido lagi" pastu akan mengilai. x tau plak cerita hantu camni popular

Aika said...

dekat nilai pun ade cerita hantu loker tu ._. BTW APASAL OBSCENE SANGAT NAMA LAIN HANTU KOPEK TU HAHAHAHAGAHAGAHGAHAGHAGAHG.