Monday, September 6, 2010

Chapter 105: Bukit Raja.

Assalamualaikum,

secara jujurnya, bila pulang malaysia. semangat berblogging semakin berkurangan.

aku rasa bukan aku seorang sahaja. kawan kawan lain pun macam lebih kurang.

barangkali ramai yang sibuk meluangkan masa dengan keluarga dan kawan kawan.

...........

syawal dah nak tiba. aku masih takda feeling nak raya. aku tak tahu mengapa. hilang langsung zouk nak beraya. tak macam kecil kecil dahulu. duduk countdown tiap tiap masa.

dalam kepala dah asyik terbayang nak kumpul duit raya.

namun kini, sebaliknya pula yang berlaku. tak pasti apa puncanya.

pelik seh.

............

hari ini aku teman family shopping raya. shopping dekat dekat ja. dekat shopping center yang tak gah mana. tapi masih jadi tumpuan keluarga aku sejak aku tadika lagi rasanya.

bila balik dari Jordan, aku rasa. aku baru ada taste nak berfesyen fesyen ni. kalau tak, hampeh je. aku duk main angkut ja. asal nampak stylo aku angkat.

tapi itu dahulu la.

adik aku yang bawah aku ni dah besar tunjang. yang aku tak boleh terima dia sama tinggi dengan aku. sebagai abang, aku masih dengan ego aku kata yang aku lagi tinggi. baru form 2. itupun dah guna seluar aku untuk guna pergi jalan jalan. kurang asam.

lepas tu, dia minta tolong aku carikkan untuk dia seluar skinny. dia nak seluar skinny. macam apa yang aku ada tu.

yang aku geram tu. dia nak ja yang mahal mahal ja. topman la, zara la.

aku cakap kau. aku kenal topman dan zara pun bila dah duduk oversea. itupun guna duit sendiri. dalam erti kata lain duit biasiswa.

-___-"

ini tidak. kecik kecik dah mengharapkan belasan kasihan. ibu bapa. abang kakak. untuk beli barang barang branded.

aku dahulu pergi FOS je. takpun reject shop. dua kedai ni ja. kedai lain tu aku tak seberapa berkenan sebab harga dia untuk stok stok anak orang kaya.

aku target nak shopping selipar crocs oren. kasut onitsuka satu pasang. kemudian satu pasang seluar khakis.

aku rasa aku nak tuka gaya pemakaian aku ke jamiah untuk tahun baru ni lah. macam tak kena kalau aku masih kekalkan gaya pemakaian yang dahulu.

.............

aku cerita sikit apa yang aku jumpa seharian ni.

tengahari tadi aku rasa best pula tengok orang hantar komen dekat page aku.

petang tadi aku jumpa seorang awek melayu pakai short pendek macam amoi. aku harap bakal bini dengan anak anak aku tak kenal seluar macam tu. tak berkenan aku dibuatnya.

siang tadi aku pergi kedai levi's, tanya ade offer ke tak. tokey cina tu jawab 'takde' dengan gaya yang agak angkuh. aku tak pasti aku yang cepat terasa ke apa. tapi serius aku rasa macam nak penyepak ja. aku bukan sengkek sangat tak boleh beli jeans tu. aku tanya ja. apa la.

siang tadi juga aku jumpa ramai orang pakai kasut supra. aku pelik. tak da la cool mana pakai kasut tu. ada orang orang tu. tak cabut tag harga pula masa pakai. apakah? aku rasa cool lagi pakai onitsuka.

............

hari ini aku dapat rasa kek secret recipe. kakak aku cerita. adik aku yang paling kecil tu cakap. rasa kek tu mcam nak terbang.

aku pun macam pelik. tak tahu pula rasa kek boleh buat rasa macam nak terbang.

pelik. dah la kerja asik main game ja. sumpah menyirap.

.........

aku tak nak shopping banyak sebab banyak benda yang lagi penting untuk aku beli.

papepun, aku kena dapatkan onitsuka dengan crocs oren dulu.


paling penting, malam lailatul qadr.


enshaAllah.

sekian

3 comments:

Aika said...

Nak terbang tu sebab maybe sangat sedap kot. I know that feeling lol.

emirhasnan said...

Mau tukar pemakaian camne?
Taksabar mau tengok..

emirhasnan said...

Mau tukar pemakaian camne?
Taksabar mau tengok..