Friday, September 10, 2010

Chapter 107: Ragam raya pertama.

Assalamualaikum,

aku sekarang on the way nak pergi rumah aunty aku. dia adalah orang paling loaded dalam family aku belah mak aku memandangkan dia seorang politician.

aku dalam kereta. badan sengal sengal. adik aku muntah muntah. aku rasa macam tak sedap badan ja. nak demam pun ada juga. tak faham kenapaa.

...........

ragam ragam raya hari ini macam macam. tanya sepupu. bukan tanye. bagi ayat penyata. aku cakap raya semakin hari semakin tak best. dia pun kata aah.

barangkali semua dah besar panjang. dan tak seseronok masa kecik kecik excited kumpul duit raya. lepas tu banding banding dengan adik beradik siapa paling banyak. kalau banyak, mula la buat muka kerek.

kakak saudara aku yang sulung. yakni cucu pertama nenek belah mak aku dah nak kahwin. dia lah cucu pertama nenek aku yang nak kahwin. so tadi bapak dia buat announcement pasal tarikh nak kahwin. aku dekat Jordan masa tu. adohay.

bila balik dari Jordan ni. aku lebih tahu menghargai ahli keluarga aku rasa.

...........

kalau masa yang lepas lepas, aku kalau masa raya. mesti tangan berkepit dengan handphone. tak lain tak bukan message dengan perempuan.

tak tipu. masa tu bukan message pape pun. stakat tanye. kau dekat mana. raya mana tahun ni. best tak raya. comel tak budak kecik yang main dengan kau tu. kau mesti kenyangkan. kau takut tak main mercun.

soalan bodoh bodoh ja. sumpah takda kerja.

tapi kini. aku tak da orang nak message sebab aku rasa macam malas. aku baru sedar yang no point aku message message camtu.

semalam aku sempat message dengan seorang kawan perempuan yang pernah aku duk main message message masa dulu. aku minta no dia dekat kawan lagi satu. lepas tu aku send saja. nak wish selamat hari raya. terasa macam banyak dosa pula dekat dia. tapi dia balas macam gaya tak senang hati macam mana aku dapat no dia. bertambah serba salah pula aku dibuatnya. mungkin dia fikir aku nak menggatal kot ngade ngada kacau dia. tapi seriusly tak pun. aku nak wish ja. then, bye. so kalau dia baca benda ni. aku nak cakap. minta maap amik no henfon kau secara haram. aku tak berniat apa apa pun.

barangkali masing masing dah sedar akan kesia-siaan budaya message message macam yang aku buat dulu.

bagus lah tu. moga ini petunjuk hidaya Ilahi untuk jadi lebih baik.

...........

Aku memiliki dua orang adik saudara kecil yang comel. seorang umur 6 tahun seorang lagi 5 tahun. seorang kakak. seorang adik lelaki.

yang kakak tu cantik. bulu mata lentik. pakai tudung. baju kurung set purple. cun.

yang adik tu hensem. rambut macam korea. mata besar bulat. bukan bulat hodoh. bulat comel.

yang kakaknya. kureng sikit bab bab bercakap. sebab dia lambat boleh bercakap. dan agak pelat. so agak kesian juga lah.

yang adik tu. petah berkata kata. geram rasanya.

aku asal dapat peluang je. aku cium pipi budak dorang tu. bukan melepaskan nafsu. tapi comel sangat. geram tengok.

sharifah dan syed lagipun.

................

esok balik kampung dekat Johor. macam takda feeling juga. tak tahu kenapa. tapi dekat sana duit raya lagi banyak sebab keluarga belah sana lagi loaded loaded.

huhuu.

dah besar pun dapat duit raya lagi. sumpah seronok.

dorang loaded. family aku ja biasa biasa. bukan nak mrendah diri. tapi hakikat. so tiada unsur unsur nak berlagak.

sekian.

2 comments:

Syahida Majid said...

Hah, boleh la sama. Dulu sampai kene tegur dengan makcik, asik melekat dengan henset.

By time, dah tak tahu nak buat apa waktu raya, lagi banyak melepak dengan orang tua-tua. Yelah, cucu perempuan pertama, bohsan la nak geng dengan budak-budak bila dah makin besar. Yg sebaya kebanyakkannya lelaki, segan sikit-sikit.

So, this raya, what i miss most is, duduk melepak dan bergosip dengan makcik-makcik! Duduk ramai-ramai kat dapur, update cerita baru, anak orang tu anak orang ni. Dengar kisah suka, kisah sedih, masalah rumahtangga.

Raya means FAMILY. I really miss those gather.

Tapi hepi la jugak, dah tak payah jawab soalan cepu emas,
'Engkau bila nak kawin?'
=D

tepianmuara said...

Haha.

tepat sekali.

zaman handset dan jari macam magnet dan besi.

xtawla pe yang aku dapat. cis.