Tuesday, May 31, 2011

Chapter 156: Hiding.

Assalamualaikum,

menjadi anonymous itu sesuatu perkara yang tidak aku gemari.

menimbulkan seribu satu persoalan dalam diri.

kadangkala, buat diri rasa perasan pun ada.

namun, sekarang aku pun dah berjinak-jinak menjadi anonymous.

baru aku tahu perasaan orang jadi anonymous kenapa.

...........

rasa lebih selesa apabila sorokkan comment. bukan sebab takut orang comment kritik ke apa. kadangkala bila orang comment aku bajet pula orang baca blog ni.

bagi membendung perasaan tu, aku hide kan dahulu.

jangan bimbang. aku tetap akan cuba untuk jaga bahasa aku. :)

sekian.


Monday, May 30, 2011

Chapter 155: Politik negara.


Assalamualaikum,


semalam member aku tunjukkan dekat aku video yang senior aku buat tentang politik negara kita. aku dah lihat. sungguh sinis sindirannya.

sarkastik sungguh. tak dinafikan. agak bermakna.

mereka berani buat sebab mereka tahun akhir. kalau tajaan nak tahan pun, orang orang tuh dah habis belajar. 6 tahun kot.

tapi risikonya tetap ada.

..........

aku kalau orang ramai cakap pasal politik negara. aku lebih suka berdiam diri. aku tak suka nak bersuara sebab seriusly tak tahu nak cakap apa.

agak malu lah juga untuk mengaku yang diri ni tak mahir sangat pasal bab bab politik.

sepatutnya aku kena lah cakna. tapi apakan daya, aku masih tak berminat lagi. puncanya kenapa tak tahu. mungkin tak cukup matang lagi kot.

orang lain semua beria ria cakap pasal politik. aku kadangkala jeles juga. manakan tidak. mereka kelihatan update. walhal, aku tergapai gapai untuk trace balik cerita daripada awal.

bukannya aku tak tahu langsung. aku tahu la juga. cuma, tak tahu nak komen tang mana.

yang aku tahu bagi komen ialah,

orang melayu ni kuat sebab islam je. takde islam. melayu goyah.
dan orang melayu perlu bersatu padu untuk pastikan negara kita aman damai.

itu ja aku cakap. tapi aku tahu bila aku cakap macam ni. pasti ramai akan balas balik mengatakan, semua orang meletakkan harapan dan komen yang sama. tetapi masalah lain yang lebih penting lagi, menyebabkan harapan macam tak tercapai capai.

aku mengeluh. aku cuba nak cari sebab nya. aku bukak google. cuba search. aku baca dari sudut kerajaan. aku baca dari sudut pembangkang. aku cuba faham. tapi rasa bosan.

aku serius tak faham. terasa malas nak faham.

terasa politik ni macam sampah sangat. cerita berbelit belit.

............

aku sebenarnya tak kisah pun orang sokong tang mana. kerjaan ke pembangkanng ke.

aku hormati pendapat masing masing. ketidakpuashatian setiap orang.

cuma aku macam tak seberapa selesa kalau orang tu kadangkadang cakap pasal politik sikit bukan main legend lagi macam dia hebat. duk bantai pihak ni lebih lebih. duk kutuk pihak tu lebih lebih.

straight to the point, aku sedar yang belia zaman sekarng ni. kebanyakannya tak seberapa nak percaya pada kerajaan.

banyak sebabnya mungkin.

kutukan kritikan bertalu talu dilontarkan kepada pihak kerajaan melalui medium teknologi yang ada zaman sekarang ni.

ada betulnya. ada salahnya.

kebanyakan yang dikritik tu ada betulnya. aku tak nafikan.

...........

aku harap, orang yang duk kutuk kritik kerajaan waktu muda muda masa belajar ni, dapat buktikan sesuatu lah dekat masyarakat suatu hari nanti.

sebabnya, action speaks louder than word.

tak salah nak kritik, tapi jangan lah berlebihan macam yang kita ni power sangat.

belum kita lagi jadi pemimpin nanti. dah jadi, baru tahu apa perasaannya.

jiwa orang muda, katanya bergelora sentiasa. semangat berjuang tak pernah lekang. berkobar kobar untuk perjuangkan bangsa.

baguslah tu.

...........

aku bukan nak kata aku pro kerajaan walaupun kerabat aku ada ja yang terlibat dengan bidang politik ni.

tapi tula. tak semestinya dengan mengguling kerajaan kita dapat melakukan pembharuan.

apakata kita jadi agen perubah kerajaan suatu hari nanti?

payah. tapi tak mustahil.

semoga kita semua jadi manusia yang bermanfaat untuk masyarakat.

teruskan berdoa.

sekian.


Chapter 154: kawan saudi.



Assalamualaikum,

lepas solat magrib, ingat nak bersegera balik rumah untuk study cario.

tiba tiba, seorang brader arab tu sapa aku dekat sebelah.

aku dah lah tak pakai spec masa tu. cuak bebenau tetiba dia tanya aku exam head and neck.

aku amik spec. lihat, fikir dan cuba ingat. Lorhh. mamat lab dental anat aku rupanya.

dekat lab memanjang berjubah. tapi hari ini jumpa dia dengan pakai baju biasa. lain sungguh rupanya.

............

tak kenal nama. baru taaruf tadi. dah lama tak taaruf menaaruf ni. betul lah cakap orang. bila naik tahun, makin lama, makin payah nak bertaaruf dengan orang arab ni. rasa macam malas.

tak faham kenapa.

nama dia abdi illah. abdillah lah senang cerita. dia tak ambil head n neck. dia cuma amik cario dengan subjek dr ashraf sahaja. katanya, dia repeat tahun.

selepas selesai taaruf, baru aku tahu yang dia dah kahwin.

omg dalam hati aku terdetik. ya Allah. muka muda bebenau. dah kahwin rupanya. umur nya dah tua katanya. tapi baru 24. anak seorang. nama ayoub umur setahun. zaujah dia belajar dekat yarmouk umur 20. sebaya aku.

wow.

dia kata common dekat saudi kahwin umur macam dia.

dia sarankan untuk aku kahwin. tapi aku kata aku takde duit.

padahal jiwa tak sedia lagi.

...........

rasa nak belajar bahasa arab cuti panjang ni supaya boleh beramah mesra dengan orang arab.

boleh dengar khutbah sefahamnya.

yareeitt.

insyaAllah.

sekian.

Friday, May 27, 2011

Chapter 152: Luar kotak pemikiran.


Assalamualaikum,


dekat sekolah dulu. cikgu selalu ajar. pesan, selalu fikir out of the box.semenjak cikgu selalu pesan dahulu, aku selalu berusaha fikir out of the box dalam sesuatu perkara.

kalau boleh aku tak nak sesuatu benda tu dengan orang lain. sebab aku nak buktikan benda tu out of the box.

antara orang yang aku rasa berfikiran out of the box ialah dr mahathir.

kalau nak ikutkan, kotak pemikiran Dr M memang tak macam kotak pemikiran orang kita.

luar daripada kotak.

..............

zaman sekarang ni, ramai sangat orang nak cuba berfikiran di luar kotak.

bagus lah tu. termasuk orang disekeliling aku.

namun, aku dapati, kadangkala benda macam ni mengundang masalah. sebab sometimes, benda yang simple pun boleh selesai dengan mudah. tetapi jadi complicated sebab orang tu nak buat satu solusi yang 'out of the box'.

tak faham.

tak salah nak berfikiran out of the box, tapi jangan la sampai terlalu jauh sangat daripada kotak.


pelik tau. pelik.


harap faham.

sekian.

Chapter 151: gossip.


Assalamualaikum,

orang lelaki kalau kuat bergossip, memang tak cool.

insyaAllah aku cuba untuk tidak bergossip.

susah nak cakap. benda macam ni kalau takda orang mula. tak kan merebak.

tapi tak boleh juga salah kan orang lain kalau diri sendiri tak reti nak jaga diri.

kalau orang perempuan bergossip boleh tahan lagi.

namun, ia tetap salah di sisi agama.


sekian.

Wednesday, May 25, 2011

Chapter 150: Engkau.


Assalamualaikum,

kadangkala aku rasa serbasalah, bila aku buka page kau. aku rasa terungkit segala cerita lama.


dahulu, aku mendampingi kau sebab cuba ingin membimbing sekadar yang termampu.

alhamdulillah. ada perubahan. aku terharuu.

lama kelamaan. tiba tiba aku rasa takut.

aku takut aku lari daripada pada tujuan. senang cerita salah niat.

aku banyak mendiamkan diri. aku cuba kurangkan menghubungi diri kau. bukan sebab aku lupakan kau. cuma aku bimbang.

iman yang aku miliki ni tak seteguh mana.

harap kau faham kenapa aku banyak berdiam dalam persahabatan kita.

jujur kata, selagi mampu, tak mahu ku terlanjur bercinta.

maafkan sekiranya aku pernah termain perasaan kau tanpa aku sedari.





...........

harap kita sama sama terus berdoa untuk berada dibawah lingkungan redha-Nya.

insyaAllah.



ini bukan post jiwang.


sekian.

Friday, May 20, 2011

Chapter 149: Rakan Sebaya.

Assalamualaikum,

daripada sekolah, sampai sekarang. aku masih mengkaji apa itu 'kawan'.


dulu aku pernah cakap yang aku tak suka sangat categorize kawan kawan ni. macam asing asing kan member,

yang ni 'member je', yang ni 'kawan kawan biasa', yang ni 'sahabat'.

okay kalau ikut term. mungkin semua tak faham. maksud aku ialah, macam ada istilah bestfriend. dan tak bestfriend.

namun, manusia berubah. aku pun berubah.

aku rasa kita memang layak untuk iktirafkan seseorang tu bestfriend kita atau tidak.

banyak cara nak iktiraf member tu boleh jadi bestfriend kau ke tidak.

.............

seingat aku, dulu. ada seorang member aku post dekat facebook.

"no sorry in friendship"

aku tak setuju masa tu. tapi bila aku fikirkan balik sekarang, betul juga eh ayat tu. stelah lama mengikuti arus perkembangan persahabtan bersama kawan kawan dekat Jordan ni.

aku amik contoh mudah berdasarkan pengalaman.

aku ada 3 orang hausmet. tipulah kalau aku cakap aku tak pernah 'salah faham' dengan setiap daripada seorang sepanjang nak dekat 2 tahun kami duduk bersama.

dulu, aku fikir benda ni satu yang mushkilah besar. tapi aku silap, sebenarnya Allah cipta 'salah faham' ni untuk mematangkan hamba hamba-Nya.

aku dulu tak boleh terima hakikat kalau aku tersilap faham dengan sesiapa.

okay la. kita guna bahasa mudah, 'gadoh' tapi takda la gadoh sampai bertumbuk. stakat tinggi tinggi kan suara tu ada lah.

esok lusa. tak pun kalau pagi gadoh, petang dah baik dah. masa kecik kecik dulu seminggu dua tak tegur. HAHA. tapi aku tak buat la macam tu.

cuma apa yang aku persan. eversince duduk dua tahun bersama ni, kadangkala banyak je benda yang tak sependapat. so secara tak langsung mcam tak puas hati sikit lah.

namun, lama kelamaan, perasaan tu hilang. hilang secara tibatiba. tak danya nak rasa dendam dendam.

susah lah kalau nak deskrip dekat sini. tapi tu la aura nya. aku dapat rasakan.

contoh mudah, kalau aku gadoh dengan sesiapa je pagi ni. tengahri aku dah baik macam biasa.

tak perlu cakap sorry pun sebab masing masing dah tahu mungkin silap daripada diri sendiri.

macam konsep adik beradik aku la kot. tak tahu la adik beradik orang lain. bila bertengkar tu sekejap je, lepas tu tahu tahu dah ajak teman pergi kedai.

indah bukan?

memang betul la.

"true friendship need no sorry"

...........

tak sependapat tak bermaknanya bermusuh.

aku pegang kata kata tu.

aku sayang benar housemate aku.

terasa macam gaya akhrowat pulak.

harap post ni matang sikit la KOT.

sekian.

Chapter 148: Bulan honey.


Assalamualaikum,

aku tengah masak telur . lapar sangat. teman rumah masa nasi kosong siang tadi. tapi tak terusik. nak masak nasi goreng. payah sangat. goreng telur je la yang mampu. campak campak bawang.

tiba tiba terfikir pasal turki.


aku terus keluar dekat ruang tamu. cakap,

" weh weh, aku nak gi honeymoon dekat Turkey nanti, aku tekad"


lepas tu member aku balas.

"kau tak pergi alhambra lagi"


ciss.

.........

turkey cantik. bandarnya sangat romantik.

tak faham kenapa bila aku pergi sana.

aku naik trem. aku lepak tepi selat phosphorus. aku baring atas katil dekat motel.

apa apa aku buat dekat turkey.

mindsetting dalam kepala aku mengatakan, turkey ni bakal menjadi destinasi bulan madu aku suatu hari nanti.

insyaAllah.

...........

alang alang belajar dekat Jordan ni, rugi kalau tak manfaatkan peluang.


3 tahun lebih lagi bai. insyaAllah.

aishh.


sekian.

Tuesday, May 17, 2011

Chapter 147: Balik.


Assalamualaikum,


semua orang excited nak balik malaysia bulan 6 ni. menghitung hari sambil belajar.

aku sempoi je tak balik. sebab fikir nak balik bulan 8.

aku sekrifais kan cuti bulan 6 ni untuk benda benda lain.

insyaAllah akan pergi umrah.

tak sabar nak jumpa medinah dengan mekah.

orang yang balik bulan 6 jangan ngada ngada nak balik lagi bulan 8. aku tahu tiket tu bukan duit aku. tapi tak perantauan la kalau asik balik je.

bagi meriah sikit puasa dan raya dekat irbid ini.


ada sesiapa nak kirm doa. boleh bagitahu. insyaAllah, aku doakan kat haramain nanti.


tak sabar.



sekian.

Wednesday, May 11, 2011

Chapter 146: Private.


Assalamualaikum,

ada orang tanya status blog ini selepas aku menjadi orang besar.

almaklum, blog ini agak kontroversi.

sejujurnya, identiti yang dipaparkan dalam blog ini juga tak melambangkan posisi aku.

bimbangnya, nanti orang ramai akan pertikaikan.

cuma aku terfikir. perlu kah aku deactivate. mahupun aku private kan untuk sesetengah orang.

tapi aku sekadar nak jadi diri sendiri.

tak boleh ka?

blog ini pun dah tercipta lama semenjak tahun pertama.

dilemma. dilemma. dilemma.

sekian.

Sunday, May 8, 2011

Chapter 145: nangis.


Assalamualaikum,

aku rasa aku teringin nak menangis je setiap malam.

aku rasa menangis itu satu benda yang memuaskan.

lebih lebih lagi, orang macam aku, nak tangisi segala dosa yang telah aku buat.

lembut hati kalau menangis ni.

ni tidak, hati semakin liat. nak taubat pun sukar.

Ya Allah.

sekian.

Friday, May 6, 2011

Chapter 144: homework.


Assalamualaikum,

semalam tidur lewat. menghabiskan masa bersama keluarga la kononnya.

dengan ahli rumah pendek cerita. cuma seorang ahli ja tak terlibat. sibuk dengan hal lain. tahfiz azzikr tak silap.

tak mengapa. benda pahala. bagus la.

..........

malam minggu kadangkala aku suka bertarung FIFA11 dengan ahli rumah aku.

semalam aku banyak kali kalah. agak sedih. tapi itu bukan pointnya.

aku bawak buku oral histo lab untuk siapkan kerja rumah dimana ia memerlukan aku melukis balik semua gigi dalam kertas grid yang telah disediakan.

sorang kawan aku yang sangat baik, telah membantu aku dengan memberi kertas yang boleh aku tekap sahaja. tak perlu nak lukis sendiri.

main game gilir gilir. sambil tu buat kerja rumah. nak hilang kan stress mingguan la katakan.

sambil sambil tu aku buat kerja rumah.

dalam waktu yang sama, aku minta tolong member aku buatkan juga.

..............

terlelap. bangun bangun sahaja pagi, fikir nak sambung kerja tu.

namun dah ada orang siapkan, aku tersenyum.

serius terasa masa kecik kecik dulu. aku sangat tak bertanggungjawab minta ibu aku siapkan kerja rumah aku. bangun pagi pagi dah siap dah.

kesian sangat. tapi itu nostalgia. jadi, homework kali ini, yang member aku telah siapkan ni, sedikit sebanyak mengingatkan aku tentang nostalgia tersebut.

bukan senang nak dapat homework dekat JUST ni.

terima kasih hausmet!

...........

seorang mukmin yang berjaya tidak akan terlahir sekiranya 24 jam menghadap game mahupun facebook.

muhsabah diri.


sekian.

Thursday, May 5, 2011

Chapter 143: Penyuratan.


Assalamualaikum,

budaya penyuratan perlu dimartabatkan.

oleh itu, mungkin aku menjadi antara orang pertama yang berusaha ke arahnnya.

ini semua kerja cerita indon. aishh,

mesti tak faham kan?

sekian.

Tuesday, May 3, 2011

Chapter 142: Gusar.


Assalamualaikum,

jiwa jadi gusar semenjak dua menjak ini. sejak aku mula terpilih untuk membarisi kepimpinan, jiwa aku semakin tidak tenang.

banyak perkara yang aku fikirkan. takda la banyak mana. cuma aku takut. bukan takut tak buat kerja.

cuma takut hati ini silap niatnya.

sangat aku takut bila hati mula angkuh dengan jawatan yang aku pegang sekarang.

penyakit hati mula menyerang aku kebelakangan ini.

perit, perit perit. sememang nya agak sukar untuk menafikan kesemuanya.

aku tahu. hati yang salah niatnya. selalu gagal mencapai matlamat sebenar dalam pekerjaan yang dilakukannya.

aku ditaklifkan untuk membawa masyarakat ke redha Allah.

aku pasti tidak akan berjaya melakukan ia sekiranya diri ini masih tercemar dengan kemungkaran.

pedih.


Ya Allah, semoga apa yang aku terima ini bukan sesuatu yang mencampakkan aku ke neraka-Mu.

naudzubillah min zalik.

sekian.

Sunday, May 1, 2011

Chapter 141: Pakcik Jaga Dewan Kindi.


Assalamualaikum,


alhamdulillah. senyum banyak kali hari ini. semalam kempunan nak menulis. tapi tak sempat sebab nak exam. terlena cantik je atas buku.

lepas tu keesokan harinya, exam la pula. fulamak, kawan kawan semua markah tinggi. tapi aku markah rendah. takpe. ujian pertama. aku redha. aku teruskan bersenyum.

puncanya satu perkara. bukan pasal pilihanraya. cuma pasal pakcik jaga dewan kindi.

.............

ini kisah semalam, ketika program fiqh medic berlangsung, aku bertugas dekat belakang dewan kindi. tolong tolong sikit buat set up. serta bantu apa yang patut.

tiba tiba ada orang datang dekat aku cakap yang dewan panas. perlu buka aircond.

dalam erti kata lain, minta tolong cakapkan dekat pakcik yang jaga dewan tu untuk bukakkan aircond.

aku lagak cool. aku usaha untuk dapatkan pakcik tu dekat belakang dewan untuk minta beliau buka aircond.

macam biasa, ketuk pintu. bagi salam. tanya apa kabar. kecek sikit dengan arab aku yang terabur untuk minta buka aircond. aku cuba cakap sesantun yang mungkin dengan tatabahasa ammi yang paling terbaik mampu aku buat.

pakcik tu kata tak boleh. sebab dia tak uruskan bahagian suis aircond. ada bahagian pengurusan lain yang uruskan bahagian aircond. so itu luar bidang kuasa dia. aku terus akur. aku tahu pakcik tu tak menipu.

Jujur aku kata, masa aku mula mula cakap dengan dia. aku terdetik dalam hati yang kata, pakcik ni muka macam tak puas hati je. Namun, bila aku tanya pasal aircond tu, dia terus macam baik. lepas tu dia tanya nama aku.

aku tak nak perasan lebih. sebab biasa la tu kadang kadang orang tanya nama. aku macam biasa ja.

...........

program dah mula. aku malas nak kehadapan sebab penat. jadi aku buat kerja sikit dekat belakang. kononnya memantau.

sambil tu, aku datang bilik pakcik tu, buat buat pantau dia pulak. aku cakap,

" pakcik nak apa apa ke? AJK program semua okay ke? kalau ada problem, directly bagitau aku ye pakcik."

bukan nak caring. tapi aku rasa ini tanggungjawab.

tiba tiba pakcik tu cakap,

"jom minum kopi dengan aku"

fikir nak tolak. tapi terasa macam nak belajar cakap bahasa arab pulak. follow je la. aku terima pelawaan pakcik tu dengan hati terbuka.

.............

masuk masuk je. aku duduk. terus minum kopi yang dihidangkan. aku takut pahit. sebab aku tak seberapa sangat kopi arab ni walaupun aku kaki nescafe. namun, pakcik ni berjaya buat rasa konfiden untuk minum kopi dia. first time aku rasa kopi arab sedap.

macam biasa. tanya kabar semua. tanya aku belajar apa. dan etc. aku jawab macam biasa.

dia perkenalkan nama panggilan dia sebagai "abu Muhammad".

kami mula borak borak. dia macam nak cakap something

. so aku terus cucuk dia. aku tanya.

"pakcik, macam mana budak budak melayu dengan kau?"

dia jawab lebih kurang macam ni lah mafhum dia.

"aku rasa akhlak budak melayu tak seberapa nak bagus"

aku senyum. aku faham. sebab aku banyak dengar cerita yang pakcik ni tak ngam denganbudak melayu. macam macam cerita aku dengar. dia ni tu la. dia ni nila. macam macam.

aku teruskan mencucuk. bukan untuk jadi api. tapi nak dengar cerita apa yang sebenarnya telah terjadi.

...........

banyak cerita yang dia cerita kan dekat aku tentang sikap sikap budak melayu yang dia tak seberapa puas hati.

tapi sebelum tu dia sempat puji yang mengatakan dia suka akhlak budak melayu yang berkerja dengan dia 5 6 tahun lepas. dia kerja situ sudah 7 tahun katanya.

namun prestasi budak melayu sejak dua menjak ini, sangat mengecewakan beliau.


antara kes yang beliau ketengahkan. aku tak nak sebut program mana.

kes pertama, ceritanya , apa yang aku faham la. maaf jika salah tafsir.

aku difahamkan bahawa waktu tu macam waktu tengahari tak silap. waktu untuk makan lebih kurang. dia baru aja beli shawarma arabi. dia bawak masuk dekat ofis. dia panggil anak anak dia yang selalu teman dia jaga dewan sepanjang program budak melayu berlangsung.

tak sempat mereka nak menjamah satu keluarga, tiba tiba datang seorang budak melayu, masuk menerjah ofis beliau dalam keadaan cemas, tanpa ketuk dan salam.

dengan gaya yang sangat memerlukan pakcik tu, kononnya ada kecemasan. pakcik tu starting tu dah terkilan kata beliau. tapi beliau layan kan aja budak tu. beliau bangkit meninggalkan anak anak beliau . dua orang rasanya. menuju ke tempat PA system bersama budak melayu yang datang tadi.

katanya, dia tanya budak tu, apa masalahnya? budak tu jawab takda masalah apa apa pun sebenarnya.dia kata, sumpah dia geram gila masa tu.

aku faham barangkali budak tu nak minta pakcik tu usha usha PA system. takut takut ada papa problem ke mungkin. tapi cuma cara budak tu tak kena.

kalau aku jadi pakcik tu pun aku terkilan.

Kes kedua,

pakcik tu kata, aritu ada orang kata nak bayar dia upah. aku lupa istilah dia dalam bahasa arab apa. dia kata. orang tu budak melayu la.

tapi last last, dia kata, budak tu haram tak bagi.

dia kata, dia tak kisah pun kalau budak tu tak bagi. tapi jangan lah nak berjanji kalau tak nak bagi. barangkali dia lupa.

cuma pengajaran, jangan biasakan berjanji sesuatu yang tak pasti. pakcik tu kata dia serius tak kisah kalau budak tu cakap apa apa langsung.

tapi bila keadaan macam ni yang berlaku, dia terkilan. takkan lah dia nak mintak dekat AJK tu. dia pun ada nama untuk dijaga.


settle bab kes. though banyak sebenarnya.

............

bila dia dah cerita banyak banyak. aku terasa macam sebak dalam jiwa. lebih lebih lagi bila dia cerita pasal keluarga dia.

dia kata yang dia sanggup korbankan masa keluarga dia, untuk datang buka dewan untuk budak budak melayu. nak ikutkan program budak melayu bukan sikit. faham faham je la. lagi sayu, dia bawakkan anak anak dia menemani dia untuk jaga dewan. aku sempat kenal dua orang. seorang umur 10 tahun. namanya baha, seorang namanya 'ala. umur 16 tahun. dia ada 2 lagi anak katanya. seorang gadis. seorang jejaka.

itu bukan point. tiba tiba aku teringat yang masa dulu, aku pernah tolong ajk untuk agih agikan makanan secara buffet di luar dewan kindi.ini cerita lama.

tapi aku rsa seingat aku. aku cam budak budak kecik arab yang ada masa aku dan ajk2 lain agihkan makanan untuk ahli.

seingat aku, budak budak tu macam kacau nak paw makanan. mereka semua nampak kelaparan. AJK marah2 depa. tak terkecuali aku. mana kan tidak. takut maknan tak cukup.

seingat aku juga, yang anak pakcik tu macam ada dalam group budak budak kecil tu.

tiba tiba ada seorang budak datang dekat dengankami. terus ambil ayam satu bawak lari. kami istilahkan budak tu 'mencuri' masa tu. ajk marah2 gila2 budak budak tu. tapi budak2 tu buat muka tak innocent. masih duduk dekat tepi. dengan harapan kami bagi makanan. macam kucing aku tengok. masa tu aku rsa simpati juga. tapi nak buat macam mana, aku bukan pengarah. takut ahli pula tak cukup maknan. aku pun teruskantugas aku macam biasa. budak budak tu pun bersurai dengan keadaanagak kelaparan.

jadi, aku masih terbayang cerita lama tu bila tengok anak anak pakcik tu yang sudi teman ayah depa kerja waktu waktu cuti gini.

aku hati sebak sekali lagi. aku rasa serius macam nak nangis . tapi cover cover macho gelak gelak. tak tipu. sebab aku pernah rasai situasi macam ni.

pakcik tu kata yang kadang kadang, dia beli sendiri makanan, shawrma arabee. untuk anak anak dia dan dia. walaupun dia tengok VIP tengah seronok makan dekat belakang dewan ruang tempat makan VIP.

dia faham. yang itu makanan orang melayu. tak sesuai dengan perut arab. mungkin dia pernah rasa. jadi dia tak da la nak banyak bunyi.

tapi aku dapat tangkap point dia yang, sekurang kurangnya, bagi budak budak melayu yang terlibat dengan program tu, hlur hulurkan lah sikit makanan dekat dia dan anak anak dia. walaupun dia tak minta. tapi janganlah bagi makanan yang konfem2 dia tak makan macam cili api.

kita pun tahu perut arab macam mana bukan.

bila survey2. budak budak ni kadang2 ada je jamah pakcik tu makan, bagi shawarma arabee.
aku sendiri pernah diminta untuk belikan pakcik tu shawarma arabee. tapi bila bila fikir balik
shawarma arabee je ke yang paling kita mampu?

pakcik tu takda la komplen apa. cuma aku terfikir. duit sikit bukan main banyak lagi kerajaan bagi. bila nak bagi orang yang bantu kita banyak, kita upah dia shawarma arabee je?

serius rasa kena tukar menu spesel lagi.

lagipun pakcik tu kata, yang dia tak dapat apapa bayaran lebih pun daripada pihak jamiah. dia kerja sebab tanggungjawab dia pun.

walaupun budak melayu banyak kali dah buat taik kat dia, dia kata, bila pihak universti tanya dia macam keadaan melayu, dia cover baik punya. dia maafkan semua budak melayu yang ada buat silap dengan dia. dia jaga nama baik kita.


aku rasa kalau tak, memang tak merasa dewan kindi la alamatnya.


.............

sumpah panjang aku berleter kali ini. tapi takpe. hanya perkongsian.

pada pendapat aku, memang aku tak nafikan yang mostly, pakcik ni selalu emo dengan budak melayu. lebih lebih lagi bila budak melayu buat benda yang dia tak seberapa kenan. ubah segala benda dalam dewan tu ikut mak datuk dia tanpa consult pakcik tu. faktor masa program yang tamat lambat juga mungkin salah satu daripada faktornya.

tambahan lagi dengan sikap budak melayu, sesetngah maksud aku, yang anggap dia tak faham bahasa. yang layan dia macam sampah, marah marah dia. macam gaya kita bayar dia. nak tu la. nak ni la. bila pakcik tu kata tak boleh, sesuka ja nak melenting. bajet bos sangat la teww. geram pula. takpe. cool cool. mungkin pakcik tu ada kurangnya. tapi dia manusia. hormati dia sebagai orang tua. mungkin kita fikir dia arab, sebab tu kita kurang respek dia.

kenapa fikir macam tu? kotornya hati. ish ish ish.

aku rasa, paling kurang, sebenarnya kita kena bijak mencuri hati pakcik ni. serius aku kata, sepanjang program fiqh medic berlangsung, since aku minum kopi dengan dia.

most of the moment, aku pergi belakang dewan. aku jenguk pakcik tu. aku tanya dia. everything okay ke tak? dia kata okay. kalau ada problem dia cakap. tapi semua okay alhamdulillah.

lepas tu, aku usahakan dia sikit maknan. untuk anak2 dia sekali.

bukan nak bangga diri. jujur aku kata, tapi tu la apa yang aku buat. aku rasa seronok sangat bila tengok pakcik tu senyum. lebih lebih lagi bila dia sebut nama aku.

tak faham kenapa.

lastly, program tamat agak lewat. sebab AJK nak kemaskan dewan tadi. aku pun cover ajk kemas dewan tu denganborak borak dengan pakcik tu. pakcik tu cool je . dia ada minta untuk cepat sikit. tapi dengan cara paling baik sekali aku rasa.

aku pernah dengar dia minta cepat dekat budak budak melayu lain masa program lain dalam keadaan marah marah.

aku sangat terkejut. aku fikir fikir balik, ini lah hikmahnya jika kita layan seseorang tu dengan baik. pasti dia akan layan kita sebaik mungkin. dalam erti kata lain, cuba lah untuk pandaikan diri meraikan orang.

aku tak da la mahir mana pun nak meraikan orang. cuma aku cuba yang terbaik. alhamdulillah. apa yang aku nampak. memang berkesan.

pakcik tu cool sangat. aku minta dia kotak untuk simpan cawan pinggan mangkuk semua. walaupun dalam keadaan dia tergesa tergsa, dia sanggup pergi bilik simpanan mikfrofon untuk usahakan aku kotak. aku ingatkan dah takda dah sebab semua kotak macam terisi. tapi tiba tiba dia sanggup kosongkan satu kotak yang terisi untuk aku.

sumpah terharu.

sob sob.

............

benda paling cool aku tahu pasal pakcik ini ialah dia boleh berbahasa inggeris. aku sangat terperanjat. lancar seh. kalah budak jamiah sendiri.

dia faham aku cakap. dia kata dia boleh baca.

dia kata dia pernah belajar engineering sekejap dulu. dekat kolej mana entah.

let's say kalau dah tak boleh cakap arab sangat dengan dia. boleh je cakap inggeris. dun wory.

............

aku harap semua orang yang terlibat dengan dewan kindi dalam masa yang mendatang, tolong ambil cakna pasal kebajikan pakcik ni.

tak kisah lah dewan kindi ke apa. dewan mana2. ke apa ke. orang yang dah bantu kita banyak secara tak langsung. kita kena berusaha untuk jaga kebajikan dia. lebih lebih lagi kita tak bayar sesen pun dekat dia.

bukan apa, orang kata, rancangan jangka masa panjang. jangan sebab kita buat taik. orang lain yang terasa taik kita tu. lebih lebih lagi orang yang akan menyusuli kita pada sesi sesi akan datang.

walaupun aku cakap bahasa arab terabur, tapi aku rasa hati aku dengan hati pakcik tu masih mampu menyentuh antara satu sama lain. rugi kalau siapa yang speaking arab berhabuk. tapi tak manfaatkan sebaik mungkin.

yang baik daripada Allah, yang lemah tu. kekurangan diri aku sendiri.

wallahu'alam.


sekian.