Friday, May 6, 2011

Chapter 144: homework.


Assalamualaikum,

semalam tidur lewat. menghabiskan masa bersama keluarga la kononnya.

dengan ahli rumah pendek cerita. cuma seorang ahli ja tak terlibat. sibuk dengan hal lain. tahfiz azzikr tak silap.

tak mengapa. benda pahala. bagus la.

..........

malam minggu kadangkala aku suka bertarung FIFA11 dengan ahli rumah aku.

semalam aku banyak kali kalah. agak sedih. tapi itu bukan pointnya.

aku bawak buku oral histo lab untuk siapkan kerja rumah dimana ia memerlukan aku melukis balik semua gigi dalam kertas grid yang telah disediakan.

sorang kawan aku yang sangat baik, telah membantu aku dengan memberi kertas yang boleh aku tekap sahaja. tak perlu nak lukis sendiri.

main game gilir gilir. sambil tu buat kerja rumah. nak hilang kan stress mingguan la katakan.

sambil sambil tu aku buat kerja rumah.

dalam waktu yang sama, aku minta tolong member aku buatkan juga.

..............

terlelap. bangun bangun sahaja pagi, fikir nak sambung kerja tu.

namun dah ada orang siapkan, aku tersenyum.

serius terasa masa kecik kecik dulu. aku sangat tak bertanggungjawab minta ibu aku siapkan kerja rumah aku. bangun pagi pagi dah siap dah.

kesian sangat. tapi itu nostalgia. jadi, homework kali ini, yang member aku telah siapkan ni, sedikit sebanyak mengingatkan aku tentang nostalgia tersebut.

bukan senang nak dapat homework dekat JUST ni.

terima kasih hausmet!

...........

seorang mukmin yang berjaya tidak akan terlahir sekiranya 24 jam menghadap game mahupun facebook.

muhsabah diri.


sekian.

No comments: