Tuesday, May 3, 2011

Chapter 142: Gusar.


Assalamualaikum,

jiwa jadi gusar semenjak dua menjak ini. sejak aku mula terpilih untuk membarisi kepimpinan, jiwa aku semakin tidak tenang.

banyak perkara yang aku fikirkan. takda la banyak mana. cuma aku takut. bukan takut tak buat kerja.

cuma takut hati ini silap niatnya.

sangat aku takut bila hati mula angkuh dengan jawatan yang aku pegang sekarang.

penyakit hati mula menyerang aku kebelakangan ini.

perit, perit perit. sememang nya agak sukar untuk menafikan kesemuanya.

aku tahu. hati yang salah niatnya. selalu gagal mencapai matlamat sebenar dalam pekerjaan yang dilakukannya.

aku ditaklifkan untuk membawa masyarakat ke redha Allah.

aku pasti tidak akan berjaya melakukan ia sekiranya diri ini masih tercemar dengan kemungkaran.

pedih.


Ya Allah, semoga apa yang aku terima ini bukan sesuatu yang mencampakkan aku ke neraka-Mu.

naudzubillah min zalik.

sekian.

2 comments:

Yang Bertakwa kepada ALLAH said...

Assalamualaikum..
tabahkan diri..
insyaALLAH..
saat ini akhi diuji keimanan diri..
mujahadah dirimu :)
insyaALLAH..
ada jalannya nanti.. :)
wassalam..

Anonymous said...

tajdid niat sokmo la,sedara.
tahniah..

semoga dengan apa yang Allah bagi untuk sementara waktu nie,dapat dimanfaat sebaiknya.

em,bila berada di tampuk pimpinan ni,gunalah kuasa yang sedara ada dengan wisely.''Sebaik2 dari kamu adalah yang bermanfaat''
Permai untuk semua.insya Allah.aku doa semoga berjaya hendaknya.

forever lotusfinder.