Saturday, April 16, 2011

Chapter 133: isu kahwin awal.


Assalamualaikum,

kawan aku ada buat post pasal baitul muslim. dia macam komplen yang budak budak zaman sekarang kepala otak asik fikir nak kahwin ja. belajar tak habis. dah sibuk sibuk nak kahwin.

kata beliau. daripada fikir nak kahwin tu. lebih baik la bina diri dahulu. bina keimanan. bina kekuatan. baiki diri. dan segalanya lah.

aku tersenyum baca post ni sebab aku pernah berfikiran macam tu. tapi sejak dua menjak ni aku berfikiran pada sudut yang berlainan pula.

.........

memang tak dinafikan kita kena lengkapkan diri sebelum nak langkah ke bahtera perkahwinan. soal kahwin bukan soal mudah.

tapi kadangkala kita tak boleh main sesuka hati je cakap dalam hal ini. maksud nya kalau seseorang tu menyatakan hasrat nak kahwin. kita terus cop dia sebagai gatal.

tak semestinya.

daripada dia buat maksiat tak tentu arah. baik dia kahwin cepat kan?

tapi kahwin tu bukan soal batin semata mata. banyak lagi benda perlu dititikberatkan.

..........

aku tak kata aku nak kahwin dalam waktu terdekat ni. cuma aku rasa kalau ada orang yang nak kahwin awal tu, kalau ada duit. ada kemampuan. family bagi green light. mertua bagi greenlight. segalanya green light. jangan lewat lewatkan. kahwin ja.

kalau kau baca chapter chapter aku yang lepas, aku sangat menentang idea kahwin awal ni.

tapi lately, sebaliknya pula berlaku.

manusia berubah. :)

..........

aku rancang nak kahwin 5 tahun daripada sekarang. insyaAllah.

lusa exam head and neck anatomy.

sekian.

2 comments:

Anonymous said...

ada org tanya,
kenapa bila berckp psl bayt muslim pd waktu masih belajar, ramai yg mngelak. ramai yg menentang. ramai yg segan2.

ada org jawab,
sebab ramai yg bermain gurau2 bila berckp psl bayt muslim. tak serius. sebab itu jadi segan. sebab itu ramai mengelak. padahal, preparation utk itu perlu bermula sejak kecil.

"pendidikan anak2 itu bermula 20thn sebelum kelahirannya." -imam al ghazali-

hah. 20 thn sebelum? mksdny, sebelum nikah kan? preparation utk bait muslim itu bermula dgn pengislahan diri/individu muslim. bayt muslim itu septtny mnjd target jgka pendek. kerana jgka pnjg adalah daulah islamiyah. kalau x diletakkan target, maka utk mncapai individu muslim itu sndiri bsr kemugkinn masih terumbang ambing.

wallahu a3lam. moga yg menulis melakukan ap yg ditulis.

my 2 cents.

fasya_yummy said...

saya pon da sedia tuk kawen even umur bru 19 n still study kt u..hahha..asalkn si laki tu de masa depan..insyALLAH..klo jdoh da smpi ..kahwin awal bukan sebb nafsu but tkot ley mnjerumus ke arah yg x sihat...x bez r couple2 nie..rse cam trgantung jew..thats only my opinion..sekian.