Tuesday, April 19, 2011

Chapter 137: penjelasan II .


Assalamualaikum,


aku ingin memberi penjelasan sekali lagi. aku tak suka di cop sebagai emo. tak pasal pasal marah marah dalam blog. meluahkan perasaan tak tentu pasal.

aku juga tak mahu dicop sebagai tidak matang kerana tak reti nak luahkan perasaan dengan betul.

aku cakap atas dasar apa yang aku lihat dan aku rasa. aku sekadar cuba memberi diri sendiri hak kebebasan untuk bersuara.

aku minta maaf kepada pihak yang terasa. kalau terasa serta tak suka. aku nasihatkan untuk tinggalkan laman luahan ini.

..........

serius aku cakap. since aku tahu ada orang buat reply tentang post aku yang lepas. aku serius cuak. sebab tak rancang untuk jadi pengetahuan orang ramai pasal isu ni. serta aku tak dalah nak perbesarkan sangat masalah ini. yang mungkin tak semua pihak memahaminya.

setiap kali aku jalan. aku jumpa batch lain. lebih lebih senior. aku lebih suka diamkan diri. takda la nak bajet dia baca blog aku pasal isu tu. tapi kalau kot kot dia baca ka. kalau dia tanya. aku malas nak bagi huraian panjang. nasib baik lah setakat ni semua macam takda pape. sama ada tak tahu. tak pun. buat buat tak tahu.

tak kurang juga, pasti ada yang kata aku macam budak sekolah serta tidak matang. asyik nak emo je.

terus terang aku cakap. blog ni bukan blog emo. kalau kau baca ia sebagai emo. itu kau yang bermsalah. hampir genap setahun aku menulis . aku banyak bercerita tentang kehidupan.

bila aku tak puas hati, aku akan cakap dekat sini. tak bermakna aku nak kata aku bagus. aku sekadar mahu diri sendiri ambil pengajaran. dalam waktu yang sama, orang lain pun mendapat faedahnya.

kalau ada lah.

halaman ini umpama diari kehidupan aku sendiri. selagi mana aku boleh berkongsi, aku kongsi.

barangkali kau boleh judge aku melalui penulisan aku.

............

sebenarnya, aku yakin tak semua pihak yang terlibat dalam isu lepas. sesetengah pihak sahaja yang terlibat. yang sedikt sebanyak telah mencucuk aku untuk berperasaan sebentar.

aku bersuara atas dasar aku nak orang faham perasaan aku.

tidak terlintas untuk menghasut mana mana pihak. aku tak nak salahkan pihak kepimpinan berkaitan isu ni.

terserah kepada kau untuk menilai ia bagaimana.

...........

jujur aku kata, aku tak rancang untuk naik memimpin tahun depan. apatah lagi niatkan aku nak berkempen untuk memancing undi. aku bermanifesto supaya orang ramai kalau boleh undi orang lain yang lebih bagus.

orang yang emo macam aku ni, tak seberapa nak elok kalau dijadikan pemimpin.

tak kisah lah apa jawatan pun. aku harap aku dapat lebih diam sesi yang mendatang.

dengan ini, tiada banyak pertikaian yang perlu dihadapi lagi.


sekian.





No comments: