Wednesday, April 20, 2011

Chapter 138: Bila cinta tak terjawab.


Assalamualaikum,

cinta itu pahit. sebab tu jangan gatal gatal nak merasa cinta apabila bukan pada waktunya.

aku akui aku pernah cuba menagih rasa cinta.

sumpah bajet ayat atas ni. abaikan tolong.

............

itu bukan point nya. aku nak berbicara tentang cinta tak kesampaian. dalam erti kata lain, cinta bertepuk sebelah tangan.

aku faham. betapa payahnya nak hadapi situasi ini. sebab aku pernah ja kadang kadang syok sendiri menggilai seseorang dalam waktu yang sama dia tak da feeling pun dekat aku. bukan selalu. sekali dua ja.

sumpah menghampakan bukan?

lebih lebih lagi kita usaha bukan main hebat lagi tapi balasannya, tak seperti yang kita ingin kan.


sabar ye.
ya
sebenarnya, ada yang lebih baik untuk kita. cuma kita kena bersabar.

jangan berdegil. kita terlalu berdegil nak dengar kata hati. kononnya kata hati kata yang dia itu yang terbaik. tepat pada waktunya. Allah dah ketemukan dengan tulung rusuk kau sendiri.

walhal, itu kata hati. bukan kata ilahi.

kita bukan nya siapa nak boleh terus percaya pada instinct hati kita sendiri . dosa bertimbun.

melainkan kita ni bertahajjud setiap malam. kalau begitulah, hati kita memang suci bersih dan boleh dipercayai.

kan?
............

berdasarkan pengalaman, aku cakap kau. aku tidur pun tak lena seh. mengenangkan apa yang berlaku.

maaflah ye. sangat tak siqoh statement atas ni.

meronta hati aku. dalam doa, aku selalu doakan yang minta untuk jadikan dia milik aku. though it sounds so poyo moyo.

banyak kali la juga. makin aku doa. makin jauh daripada yang aku pinta.

dalam hati aku cakap, pergh. Allah nak uji ni. sikit bukan baik hebat lagi. takpe takpe. aku teruskan berdoa.


tiba tiba, aku rasa macam aku dah give up. bukan aku give up nak berdoa dengan Allah. tapi give up berdoa dengan doa yang aku doakan tu.

aku doa untuk dipertemukan dengan dia.

aku tukar pattern doa aku.

aku doa untuk dipertemukan dengan yang selayaknya. jika dia terbaik untuk aku. kau simpankanlah dia untuk aku. kalau sebaliknya, aku lebih rela mengikut takdir-Mu.

lebih kurang macam tu la ayat aku dalam doa. sejak baca doa tu, hati aku macam cool down sikit. takde nak serabut sangat.

lama lama, aku baru sedar hakikat bahawa bunga memang bukan sekuntum.

...............

aku yang duk menyimpan perasaan lebih daripada 3 tahun ni sepatutnya lagi lah perit nak menahan. tapi aku rasa berkat doa yang doakan tu. hati aku semakin tenteram

aku boleh je hidup macam biasa sekarang ni. tak seberapa nak kisah. walaupun dulu aku cakap kau, mak datuk ai. bajet loyal ke apa. aku pun rasa cam geli je fikir fikirkan balik.

tapi itulah. kita membesar. semakin membesar semakin matang permikiran kita.

aku cuba matangkan diri aku. aku yakinkan diri. kalau ada jodoh, ada lah. kalau tak da, nak buat macam mana kan. buat apa kau nak pening peningkan kepala fikirkan sesuatu yang susah untuk ditentukan. sedangkan jodoh tu memang kerja Allah.

kita hamba. apa je kita boleh buat melainkan berserah bukan?

.............

aku tak seberapa nak gemar untuk bangkitkan kisah lama sebab aku baru ja bukak buku baru.

LOL.

nasihat aku, kalau berkenan tu. kawal kawal lah sedikit perasaan tu. jangan terlalu excited nak terus mencurahkan perasaan. kalau tersalah curah, bukan senang cedok balik.

bagi aku, tak salah untuk meminati seseorang untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi.

minat lah. tapi jangan sampai tergila gila. ada yang lagi penting dalam kehidupan ini untuk dikejar.

bukan?

harap kau tenang dengan seadanya.

.........

katalis, aku tak berminat nak berkenalan dengan kau sekarang supaya tenang jiwa ini untuk menerima segala jenis hakikat.

aku tak berniat untuk buat attachment apa apa lagi. takut lain pula jadinya.


euw.

sekian.

4 comments:

Anonymous said...

when it comes to feelings,yeah,its hard.
its not like,u hurt dis night,n tmrw morning u'll forget anything.
it'll take time.n sometimes,a lifetime.

moga ujian spt ini buat kita makin dekat dgn DIA.
utk DIA uji,sejauh mana kita hargai cinta DIA,lebih dr cinta manusia.

moga sahabat itu sentiasa gagah perkasa menjaga perasaannya. =]

;) said...

Tell the believing men to reduce [some] of their vision and guard their private parts. That is purer for them. Indeed, Allah is Acquainted with what they do.(24:30)

Anonymous said...

ramai kut tertnya2 siapa katalis yg dimaksudkn.hurm

Anonymous said...

kadang kadang kita mmg ditakdirkan utk berjumpa dengan orang yang salah sebelum jumpa dengan orang yang betul , so that u know how to appreciate the right one more than u appreaciate the wrong one before . doa la najib , doa tu pun satu usaha :)