Tuesday, April 26, 2011

Chapter 139: Manifesto hati.


Assalamualaikum,


kepala agak tepu. semua dah berselubung dalam selimut. abu bakar sebelah aku tidur atas sofa aku yang empuk lagi sedap ni.

aku masih teruskan berjuang. untuk pathophysiology yang bakal menempa esok hari.

stresss. serius stress. tapi rajin pulak nak update.

aku tak nak cakap hal lain. nak cakap pasal pilihanraya.

...........

Jujur aku kata, presiden PERMAI itu terlalu jauh untuk aku gapai. tak terpasang niat. cuma kadang kadang perasan sikit tu biasalah. namun apakan daya. cuba ku cermin diri ku ini.

malu ahli kalau nak mengaku aku sebagai presiden.

orang nasihat kan aku untuk ambil MMJ kalau aku mendapat undian ramai. dalam jiwa aku senyap. penuh mengeluh. kenapa MMJ pula?

serius aku cakap aku tak seberapa mahir bab bab JUST ni. aku lebih rela jadi bendahari mahupun setiausaha. rasa berminat pulak nak buat hal hal teknikal.

itupun kalau ada orang nak undi lah. kalau takda, nak buat macam mana.

perasan nya.

.........

apabila berbicara pasal kempen pulak. jujur aku kata tak sah kalau aku tak tergelak bila bukak fan page yang kawan kawan aku buat tu.

ribuan kasih kepada yang mengcreate page tu. sangat sangat aku hargai. tak lupa juga yang sudi meng'like'.

tak harap pun orang like banyak.

cuma, bila baca post post yang diberi kadang kadang geli hati pula aku baca. aku faham je mesti ada orang baca. apa kejadahnya page ni. tak serius. nampak sangat calon dia pun tak serius.

takpela. aku malas nak banyak bunyi. kawan kawan dah sudi buatkan. cukup baik dah tu. aku tak kisah pun kalau orang nak buat lawak tu. sebabnya, don't judge a book by it's cover.

style kan ayat tu?

walaupun aku menghalalkan jenaka jenaka yang kawan kawan aku buat dekat page tu, aku tetap memiliki visi aku sendiri. visi ini tak semestinya perlu menjadikan aku sebagai seorang presiden.

cukuplah sekadar menjadi seseorang yang boleh mempengaruhi semua orang untuk bergerak.

bak kata orang, "leadership is action, not position"

..........

orang semua sibuk paksa setiap calon untuk bermanifesto. aku pun tak terkecuali. bagi aku pada mulanya manifesto ini merepek. bagi aku orang yang keluarkan manifesto ialah orang yang gila kuasa. manifesto tu hanya nak tarik undi. nanti bila dah jadi. bukannya laksanakan pun manifesto tu pun.

lama kelamaan. aku berubah angin. aku kata dalam diri aku. manifesto itu penting. untuk orang ramai percayakan pada kita. dalam waktu yang sama, kita kena laksanakan juga apa yang kita manifestokan.

aku tak minat nak bermanifesto apa sangat.

cuma aku nak bervisi.

visi aku ringkas. To be frank, aku ini bukan lah seperti orang lain yang berjiwa besar. mempunya matlamat setanding dengan pemimpin pemimpin dunia. pengetahuan AM yang punya lah mantap. kealiman yang tak perlu disangkal lagi. bila berkata kata, semua orang tunduk segan dengan kehebatannya.

aku bukan macam tu.

takda la nak kata aku takde iman. takda la nak kata aku tak de pengetahuan. takde la nak kata aku tak berjiwa besar. takdala kata aku tak reti nak berkata.

cumanya orang lain tu lebih hebat. takpe. ciptaan Allah. kelebihan masing masing.

visi aku mudah. aku mahukan orang ramai betul betul hayati bahawa "PERMAI untuk semua"

aku difahamkan bahawa PERMAI sekarang sememangnya bukan seperti PERMAI yang dulu.

60 ahli PERMAI 4 5 tahun dahulu tak boleh disamakan dengan 700 ahli PERMAI yang sekarang ni.

apabila ahli bertambah, dalam waktu yang sama, jenis jenis orang juga bertambah.

kalau dulu, semua yang 60 orang tu, okay la. 30 syabab daripada 60 orang tu. kesemuanya senang nak jumpa dekat masjid. tapi sekarang, 350 syabab barangkali, bukan mudah nak jumpa smua dekat masjid. barangkali hanya 30% yang sudi datang ke masjid.

itu hanya analogi. dan mungkin ada realitinya.

sekarang, orang PERMAI macam macam orang. PERMAI ini sepatutnya bermanfaat untuk semua orang. bukan untuk sesetengah golongan sahaja. bukan untuk golongan yang siqoh siqoh sahaja. perlu kita tahu yang ramai sahaja ahli PERMAI yang tak seberapa nak siqoh.

aku tak bercadang untuk menyekularkan PERMAI.

cuma aku rasa tak mustahil kalau PERMAI boleh menghasilkan suasana yang boleh kedua dua golongan ni bercampur mesra dengan baik.

mereka tak minta untuk jadi tak siqoh. ini semua soal hidayah Allah. cuma kadangkala kita perlu belajar meraikan golongan golongan macam ni.

mereka tak ingin pun nak datang Jordan kalau nak ikutkan, tapi ini semua Allah dah tulis dengan cantik sekali.

aku tahu benda ni agak payah. tapi tak mustahil bukan?

sampai bila kita nak mengamalkan sikap memboikot sedangkan keadaan menjadi lebih keruh hari demi hari?

perpecahan berpunca daripada isu ini barangkali.

visi yang aku bawakan ini bukan syok syok sendiri. aku perlukan kerjasama semua orang. aku hanya cuba meluahkan apa yang aku rasa . dan aku yakin mungkin ramai pihak yang memikirkan tentang hal ini, namun agak segan untuk menyuarakan. tak pun aku yang tak perasan.

Jujur aku kata, tidak terlintas sama sekali aku nak menyekularkan PERMAI demi memudahkan golongan yang tak seberapa siqoh ini masuk ke dalam ahli PERMAI yang lain.

Islam, semestinya memudahkan. bukan?

harap semua faham apa yang aku maksud kan dengan 'tak seberapa siqoh' tu.


.......

idola aku,

nabi kita, salahuddin al ayubi, hitler, mahathir, ketua warden aku masa dekat asrama dulu.

harap tak da la kontroversi mana dengan idola idola aku ni ye.



sekian.


4 comments:

nf said...

truly agree MMJ is not urs.(dont misunderstand)
ade pose lain yg lebih mmerlukn kamu

-MMJ x-treasurer 2B-

Aswadsky said...

Najib...I feel the same and want the same thing too, masya Allah, how Allah has planned everything so beautifully. Mungkin now is that time for that change, and permai is ready for it.

even if your not holding MMJ, remember, your still holding an important position, so good luck!

dayang selasih said...

even saya x tahu anda yang mana.and boleh tak saya sokong anda?kalau x boleh,saya nak ckp,MAJUKAN PERMAI !!!

riff rahim said...

"La yukallifullahu nafsan ILLA wus3aha."

People see. people choose. good luck najib. :)