Sunday, May 1, 2011

Chapter 141: Pakcik Jaga Dewan Kindi.


Assalamualaikum,


alhamdulillah. senyum banyak kali hari ini. semalam kempunan nak menulis. tapi tak sempat sebab nak exam. terlena cantik je atas buku.

lepas tu keesokan harinya, exam la pula. fulamak, kawan kawan semua markah tinggi. tapi aku markah rendah. takpe. ujian pertama. aku redha. aku teruskan bersenyum.

puncanya satu perkara. bukan pasal pilihanraya. cuma pasal pakcik jaga dewan kindi.

.............

ini kisah semalam, ketika program fiqh medic berlangsung, aku bertugas dekat belakang dewan kindi. tolong tolong sikit buat set up. serta bantu apa yang patut.

tiba tiba ada orang datang dekat aku cakap yang dewan panas. perlu buka aircond.

dalam erti kata lain, minta tolong cakapkan dekat pakcik yang jaga dewan tu untuk bukakkan aircond.

aku lagak cool. aku usaha untuk dapatkan pakcik tu dekat belakang dewan untuk minta beliau buka aircond.

macam biasa, ketuk pintu. bagi salam. tanya apa kabar. kecek sikit dengan arab aku yang terabur untuk minta buka aircond. aku cuba cakap sesantun yang mungkin dengan tatabahasa ammi yang paling terbaik mampu aku buat.

pakcik tu kata tak boleh. sebab dia tak uruskan bahagian suis aircond. ada bahagian pengurusan lain yang uruskan bahagian aircond. so itu luar bidang kuasa dia. aku terus akur. aku tahu pakcik tu tak menipu.

Jujur aku kata, masa aku mula mula cakap dengan dia. aku terdetik dalam hati yang kata, pakcik ni muka macam tak puas hati je. Namun, bila aku tanya pasal aircond tu, dia terus macam baik. lepas tu dia tanya nama aku.

aku tak nak perasan lebih. sebab biasa la tu kadang kadang orang tanya nama. aku macam biasa ja.

...........

program dah mula. aku malas nak kehadapan sebab penat. jadi aku buat kerja sikit dekat belakang. kononnya memantau.

sambil tu, aku datang bilik pakcik tu, buat buat pantau dia pulak. aku cakap,

" pakcik nak apa apa ke? AJK program semua okay ke? kalau ada problem, directly bagitau aku ye pakcik."

bukan nak caring. tapi aku rasa ini tanggungjawab.

tiba tiba pakcik tu cakap,

"jom minum kopi dengan aku"

fikir nak tolak. tapi terasa macam nak belajar cakap bahasa arab pulak. follow je la. aku terima pelawaan pakcik tu dengan hati terbuka.

.............

masuk masuk je. aku duduk. terus minum kopi yang dihidangkan. aku takut pahit. sebab aku tak seberapa sangat kopi arab ni walaupun aku kaki nescafe. namun, pakcik ni berjaya buat rasa konfiden untuk minum kopi dia. first time aku rasa kopi arab sedap.

macam biasa. tanya kabar semua. tanya aku belajar apa. dan etc. aku jawab macam biasa.

dia perkenalkan nama panggilan dia sebagai "abu Muhammad".

kami mula borak borak. dia macam nak cakap something

. so aku terus cucuk dia. aku tanya.

"pakcik, macam mana budak budak melayu dengan kau?"

dia jawab lebih kurang macam ni lah mafhum dia.

"aku rasa akhlak budak melayu tak seberapa nak bagus"

aku senyum. aku faham. sebab aku banyak dengar cerita yang pakcik ni tak ngam denganbudak melayu. macam macam cerita aku dengar. dia ni tu la. dia ni nila. macam macam.

aku teruskan mencucuk. bukan untuk jadi api. tapi nak dengar cerita apa yang sebenarnya telah terjadi.

...........

banyak cerita yang dia cerita kan dekat aku tentang sikap sikap budak melayu yang dia tak seberapa puas hati.

tapi sebelum tu dia sempat puji yang mengatakan dia suka akhlak budak melayu yang berkerja dengan dia 5 6 tahun lepas. dia kerja situ sudah 7 tahun katanya.

namun prestasi budak melayu sejak dua menjak ini, sangat mengecewakan beliau.


antara kes yang beliau ketengahkan. aku tak nak sebut program mana.

kes pertama, ceritanya , apa yang aku faham la. maaf jika salah tafsir.

aku difahamkan bahawa waktu tu macam waktu tengahari tak silap. waktu untuk makan lebih kurang. dia baru aja beli shawarma arabi. dia bawak masuk dekat ofis. dia panggil anak anak dia yang selalu teman dia jaga dewan sepanjang program budak melayu berlangsung.

tak sempat mereka nak menjamah satu keluarga, tiba tiba datang seorang budak melayu, masuk menerjah ofis beliau dalam keadaan cemas, tanpa ketuk dan salam.

dengan gaya yang sangat memerlukan pakcik tu, kononnya ada kecemasan. pakcik tu starting tu dah terkilan kata beliau. tapi beliau layan kan aja budak tu. beliau bangkit meninggalkan anak anak beliau . dua orang rasanya. menuju ke tempat PA system bersama budak melayu yang datang tadi.

katanya, dia tanya budak tu, apa masalahnya? budak tu jawab takda masalah apa apa pun sebenarnya.dia kata, sumpah dia geram gila masa tu.

aku faham barangkali budak tu nak minta pakcik tu usha usha PA system. takut takut ada papa problem ke mungkin. tapi cuma cara budak tu tak kena.

kalau aku jadi pakcik tu pun aku terkilan.

Kes kedua,

pakcik tu kata, aritu ada orang kata nak bayar dia upah. aku lupa istilah dia dalam bahasa arab apa. dia kata. orang tu budak melayu la.

tapi last last, dia kata, budak tu haram tak bagi.

dia kata, dia tak kisah pun kalau budak tu tak bagi. tapi jangan lah nak berjanji kalau tak nak bagi. barangkali dia lupa.

cuma pengajaran, jangan biasakan berjanji sesuatu yang tak pasti. pakcik tu kata dia serius tak kisah kalau budak tu cakap apa apa langsung.

tapi bila keadaan macam ni yang berlaku, dia terkilan. takkan lah dia nak mintak dekat AJK tu. dia pun ada nama untuk dijaga.


settle bab kes. though banyak sebenarnya.

............

bila dia dah cerita banyak banyak. aku terasa macam sebak dalam jiwa. lebih lebih lagi bila dia cerita pasal keluarga dia.

dia kata yang dia sanggup korbankan masa keluarga dia, untuk datang buka dewan untuk budak budak melayu. nak ikutkan program budak melayu bukan sikit. faham faham je la. lagi sayu, dia bawakkan anak anak dia menemani dia untuk jaga dewan. aku sempat kenal dua orang. seorang umur 10 tahun. namanya baha, seorang namanya 'ala. umur 16 tahun. dia ada 2 lagi anak katanya. seorang gadis. seorang jejaka.

itu bukan point. tiba tiba aku teringat yang masa dulu, aku pernah tolong ajk untuk agih agikan makanan secara buffet di luar dewan kindi.ini cerita lama.

tapi aku rsa seingat aku. aku cam budak budak kecik arab yang ada masa aku dan ajk2 lain agihkan makanan untuk ahli.

seingat aku, budak budak tu macam kacau nak paw makanan. mereka semua nampak kelaparan. AJK marah2 depa. tak terkecuali aku. mana kan tidak. takut maknan tak cukup.

seingat aku juga, yang anak pakcik tu macam ada dalam group budak budak kecil tu.

tiba tiba ada seorang budak datang dekat dengankami. terus ambil ayam satu bawak lari. kami istilahkan budak tu 'mencuri' masa tu. ajk marah2 gila2 budak budak tu. tapi budak2 tu buat muka tak innocent. masih duduk dekat tepi. dengan harapan kami bagi makanan. macam kucing aku tengok. masa tu aku rsa simpati juga. tapi nak buat macam mana, aku bukan pengarah. takut ahli pula tak cukup maknan. aku pun teruskantugas aku macam biasa. budak budak tu pun bersurai dengan keadaanagak kelaparan.

jadi, aku masih terbayang cerita lama tu bila tengok anak anak pakcik tu yang sudi teman ayah depa kerja waktu waktu cuti gini.

aku hati sebak sekali lagi. aku rasa serius macam nak nangis . tapi cover cover macho gelak gelak. tak tipu. sebab aku pernah rasai situasi macam ni.

pakcik tu kata yang kadang kadang, dia beli sendiri makanan, shawrma arabee. untuk anak anak dia dan dia. walaupun dia tengok VIP tengah seronok makan dekat belakang dewan ruang tempat makan VIP.

dia faham. yang itu makanan orang melayu. tak sesuai dengan perut arab. mungkin dia pernah rasa. jadi dia tak da la nak banyak bunyi.

tapi aku dapat tangkap point dia yang, sekurang kurangnya, bagi budak budak melayu yang terlibat dengan program tu, hlur hulurkan lah sikit makanan dekat dia dan anak anak dia. walaupun dia tak minta. tapi janganlah bagi makanan yang konfem2 dia tak makan macam cili api.

kita pun tahu perut arab macam mana bukan.

bila survey2. budak budak ni kadang2 ada je jamah pakcik tu makan, bagi shawarma arabee.
aku sendiri pernah diminta untuk belikan pakcik tu shawarma arabee. tapi bila bila fikir balik
shawarma arabee je ke yang paling kita mampu?

pakcik tu takda la komplen apa. cuma aku terfikir. duit sikit bukan main banyak lagi kerajaan bagi. bila nak bagi orang yang bantu kita banyak, kita upah dia shawarma arabee je?

serius rasa kena tukar menu spesel lagi.

lagipun pakcik tu kata, yang dia tak dapat apapa bayaran lebih pun daripada pihak jamiah. dia kerja sebab tanggungjawab dia pun.

walaupun budak melayu banyak kali dah buat taik kat dia, dia kata, bila pihak universti tanya dia macam keadaan melayu, dia cover baik punya. dia maafkan semua budak melayu yang ada buat silap dengan dia. dia jaga nama baik kita.


aku rasa kalau tak, memang tak merasa dewan kindi la alamatnya.


.............

sumpah panjang aku berleter kali ini. tapi takpe. hanya perkongsian.

pada pendapat aku, memang aku tak nafikan yang mostly, pakcik ni selalu emo dengan budak melayu. lebih lebih lagi bila budak melayu buat benda yang dia tak seberapa kenan. ubah segala benda dalam dewan tu ikut mak datuk dia tanpa consult pakcik tu. faktor masa program yang tamat lambat juga mungkin salah satu daripada faktornya.

tambahan lagi dengan sikap budak melayu, sesetngah maksud aku, yang anggap dia tak faham bahasa. yang layan dia macam sampah, marah marah dia. macam gaya kita bayar dia. nak tu la. nak ni la. bila pakcik tu kata tak boleh, sesuka ja nak melenting. bajet bos sangat la teww. geram pula. takpe. cool cool. mungkin pakcik tu ada kurangnya. tapi dia manusia. hormati dia sebagai orang tua. mungkin kita fikir dia arab, sebab tu kita kurang respek dia.

kenapa fikir macam tu? kotornya hati. ish ish ish.

aku rasa, paling kurang, sebenarnya kita kena bijak mencuri hati pakcik ni. serius aku kata, sepanjang program fiqh medic berlangsung, since aku minum kopi dengan dia.

most of the moment, aku pergi belakang dewan. aku jenguk pakcik tu. aku tanya dia. everything okay ke tak? dia kata okay. kalau ada problem dia cakap. tapi semua okay alhamdulillah.

lepas tu, aku usahakan dia sikit maknan. untuk anak2 dia sekali.

bukan nak bangga diri. jujur aku kata, tapi tu la apa yang aku buat. aku rasa seronok sangat bila tengok pakcik tu senyum. lebih lebih lagi bila dia sebut nama aku.

tak faham kenapa.

lastly, program tamat agak lewat. sebab AJK nak kemaskan dewan tadi. aku pun cover ajk kemas dewan tu denganborak borak dengan pakcik tu. pakcik tu cool je . dia ada minta untuk cepat sikit. tapi dengan cara paling baik sekali aku rasa.

aku pernah dengar dia minta cepat dekat budak budak melayu lain masa program lain dalam keadaan marah marah.

aku sangat terkejut. aku fikir fikir balik, ini lah hikmahnya jika kita layan seseorang tu dengan baik. pasti dia akan layan kita sebaik mungkin. dalam erti kata lain, cuba lah untuk pandaikan diri meraikan orang.

aku tak da la mahir mana pun nak meraikan orang. cuma aku cuba yang terbaik. alhamdulillah. apa yang aku nampak. memang berkesan.

pakcik tu cool sangat. aku minta dia kotak untuk simpan cawan pinggan mangkuk semua. walaupun dalam keadaan dia tergesa tergsa, dia sanggup pergi bilik simpanan mikfrofon untuk usahakan aku kotak. aku ingatkan dah takda dah sebab semua kotak macam terisi. tapi tiba tiba dia sanggup kosongkan satu kotak yang terisi untuk aku.

sumpah terharu.

sob sob.

............

benda paling cool aku tahu pasal pakcik ini ialah dia boleh berbahasa inggeris. aku sangat terperanjat. lancar seh. kalah budak jamiah sendiri.

dia faham aku cakap. dia kata dia boleh baca.

dia kata dia pernah belajar engineering sekejap dulu. dekat kolej mana entah.

let's say kalau dah tak boleh cakap arab sangat dengan dia. boleh je cakap inggeris. dun wory.

............

aku harap semua orang yang terlibat dengan dewan kindi dalam masa yang mendatang, tolong ambil cakna pasal kebajikan pakcik ni.

tak kisah lah dewan kindi ke apa. dewan mana2. ke apa ke. orang yang dah bantu kita banyak secara tak langsung. kita kena berusaha untuk jaga kebajikan dia. lebih lebih lagi kita tak bayar sesen pun dekat dia.

bukan apa, orang kata, rancangan jangka masa panjang. jangan sebab kita buat taik. orang lain yang terasa taik kita tu. lebih lebih lagi orang yang akan menyusuli kita pada sesi sesi akan datang.

walaupun aku cakap bahasa arab terabur, tapi aku rasa hati aku dengan hati pakcik tu masih mampu menyentuh antara satu sama lain. rugi kalau siapa yang speaking arab berhabuk. tapi tak manfaatkan sebaik mungkin.

yang baik daripada Allah, yang lemah tu. kekurangan diri aku sendiri.

wallahu'alam.


sekian.

5 comments:

Anonymous said...

aku bukanla orang yg sesuai nk ckp psl pergaulan dgn arab ni, baru brpe bulan je kot, cume org je 'expect' aku mingle lebih sebab aku sorang2 kat JUST ha3.. ok itu bukan point, kawan aku sndri ckp, mcm mne kau boleh kate kau 'rasa cukup' dengan hidup dkt sini (ok mls nk buat ayt love2 :p)..aku pun ckp, kau cube fikir2, dlm toilet kdg2 nampak arab tekankan paip utk kau ambil wudu2, tp lps kau siap, trus blah, arab tu steady je tp..aku tau by default arab jahat ok sorry to say tp mmg itu tanggapan orang..tp itu contoh yg kecil je, korang kate die jahat, tp korang just 'chaw' lepas die tlg tekan paip..aku tak taula aku bertuah ke ape, aku ckp kat bdk2 ni, nk tau cre nak nek teksi free, bile arab nek mase nk g syeikh 5olil, kau follow je, comfirm free.(nada melawak) serius setiap kali diorang byrkan, xknlpun.tp that friend just reply, itu 1 dlm sejuta..clearly by default arabians appear to be 'antagonist'.. ade yg teruk,ade yg baik, ade yg bergantung pd how we behave..kdg2 aku fikir jgk, aku rase aku dah cube baik habisla, tp just because aku request lecturer ckp english, hambik kau sume pulau, setiap kelas duk sorang2, perghh sedih do, tp DIORANG sume ingat, itula kelebihan boleh buat kawan, bas ya3ni bil3aks, ana mish hakeit fi kulli mu7a9'oroh..bas a3'labuha..yareit kunt begdar a7walha.. aku nak juga ade kawan arab byk cam kau dan ulya ha3... (ok dh lari point comment aku)

Unknown said...

bagus jib..
cucuk lagi.
cucuk lagi.

tepianmuara said...

terima kasih jib.

kita pun senang kalau orang redha dengan kita kan. takut nama baik yang melayu dah bina 5-6 tahun dulu musnah di tangan kita.

kakashi said...

Oh ini sangat bagus.

Orang kita dah kurang common sense, sebab banyak duduk depan skrin je kot, tak gaul dgn orang.

Macam, panggil pak cik tu time makan.

Atau, boleh jugak orang kita kejut orang tidur, semata nak tanya 'pensel dekat mana'

Hm

fasya_yummy said...

kesiannye...tambah2 part budak kecik tue..aish...