Monday, May 3, 2010

Chapter 39: Aku serius kecewa habis dengan orang arab.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. baru je tamat OC siang tadi. agak lega la. tapi ada satu paper lagi tinggal. animal health.
OC tadi better la juga dari sebelum ni. jawab tak da matlamat. insyaAllah sumua kheir aja.

aku tetiba rasa panas pulak dengan orang arab kali ni.

........................

Pagi tadi aku bangun agak lambat. bersama hausmate aku. kelas pukul 9.15. tapi hajat nya tak kesampaian. yang sempat kelas 10.15 je.

siap punya la siap. kami siap dalam pukul 9.40. macam perempuan juga la siap. nak nak aku ni. takda la makeup ape pun. cuma kemas blik yang macam tersepah tu.

Hati mula resah, nak naik teksi ke bus. fikir nak amik teksi pergi sheikh khalil ja. namun macm takut tak sempat. terus amik teksi dekat syari' jamiah stret pergi Jamiah.

Tahan teksi. masuk macam biasa. cakap nak pergi Jamiah. kali ni aku tak tanya khabr brader driver tksi tu spertimana yang aku selalu buat. sebab macam malas plak tetiba. so buat bodo ja la.

aku teruskan amik earphone aku. cocok dekat handset. lepas tu dengar lagu. buat mcam biasa. tetiba lak brader driver tu puji handset aku lawa. aku pun angguk2 senyum sambil cakap terima kasih versi bahasa arab. dia tanya harga semua. aku pun jawab la sejujurnya.

jalan punya lah jalan. tetiba kami dah nak sampai dah. gila jugak teksi ni tadi potong bas belah kanan. nak meremang bulu roma aku kejap tadi.

masa berhenti tu, aku tanya beberapa tambang. macam biasa la. takkan tak tanya. kadangkala ada orang kata takyah tanya.terus bagi.

tanya ja. dia cakap 6 JD. gua dah pelik dah. asal pulak 6 JD. lepas tu aku tanya kenapa. dia mencarut ape entah dalam bahasa arab, aku serius tak faham. aku geram gila sangat. aku kata la benda yang basic2 dalam bahasa arab. nak marah lebih2 tatau. aku malas nak bertengkar. memandangkn kelas pun macam dah nak start. aku terus bagi. dia cakap tq. aku buat muke tatau sambil bengis. aku cabut seatbelt aku, kena cermin kereta dia. lepas tu tutup pintu kekuat. kalau nak ikut hati nak ja aku maki habis habisan. nasib baik la Allah tak bagi aku kelebihan cakap arab. kalau tak, tambah dosa aku.

geram gila.

pergi punya pergi. sampai aja kelas. sangat seronok bila tengok tiada orang dalam kelas. lepas tu ada notis pula dekat pintu kata tiada kelas. sangat seronok. betapa indahnya hari ni.

Dugaan betul.


........................

cite seterusnya pula cerita lain, tapi pasal mamat arab jugak.

satu hari, baru baru ni aku baru balik dari masjid. tetiba muncul seorang lelaki yang muka dia sangat innocent.

dia pergi dekat aku dia tanya aku mana asrama permpuan.

aku garu kepala. aku cakap la dekat belankang funduk hijazi. lepas tu dia kata takda.
lepas tu dia explain dengan sendirinya yang dia sedang mencari anak sdara dia. permpuan. nama dia asmaa hasan ali. aku ingat lagi nama tu sebab aku tulis dalam drafts.

mamat tu kata asmaa tu belaja dentist tahun 2.

aku garu kepala. macam mana la aku nak kenal. aku dah start blur blur dah.
nak tolong carikkan asrama. yang aku paling tahu sakan kuning je la. yang sakan2 lain tu. stok2 arab berjubah itam tu je la.

anak sedara dia ni orang palestin. takdanya orang palestin nak dressup jubah hitam.

lepas tu, aku soal soal la dia sikit.

dia cakap dia punya kedai kena amik dengan majlis perbandaran Irbid. aku tatau la dia panggil apa majlis perbandaran dekat sini. tapi yang penting pihak berkuasa la.

katanya dia ada kedai jual jual dekat tepi jalan tu sebelum ni. tapi tiba tiba pula kena rampas sebab kononnya kantoi dia foreigner yang macam tiada permit. lebih kurang camtu la aku faham.

then tetiba dia mintak nak pinjam aku 20 JD. dia kata nak balik palestin malam ni jugak. lusa nanti dia datang balik nak bagi.

pada mula, aku macam malas nak layan. tetiba lak aku macam jadi baik pula nak tolong.

aku macm tak puas hati la pada awal nya. asal pulak dia nak pinjam duit aku? takdala. takkan lah kau tak da duit lansung. aku suro dia keluar kan dompet dia. memang dia takda duit. yang ada rokok ja. kotak rokok.

aku pun buat muka fikir. mamat ni pulak stok merayu habis habisan. sambil guna nama Allah nak bersumpah2. aku teruskan berfikir.

then, aku pasang hajat nak tolong. aku tanak baawak dia datang rumah so aku bawak dia sampai abu mahmood ja. sebab takot takot dia tau rumah aku. mana tau dia nak rompak ke apa.

mase otw nak pergi abu mahmood, dia cerita la dia ada isteri n anak sorang dekat palestin. lepas insyaAllah ramadhan ni dia bakal timang anak permpuan sorang lagi. aku sngat terharu dengar cerita dia. agak sebak la. semakin bertambah semangat aku nak tolong.

pendek cerita, aku amik duit dekat rumah. lepas tu, bagi dekat dia dekat dpan abu mahmood. amount dia malas aku nak cerita. tapi ada la.

dengan hati yang terlalu baik, aku pun bagi duit tu. sambil bagi nasihat 'gunakanlah duit ini dengan hikmahnya'

aku cakap dalam bahasa arab setelah guna google translator sekejap masa nak amik duit dekat rumah masa tu.

dia pun terus macam cium, then lama gak. muka dia macam nak menangis. tp tak nanges. kononnya la.

macam biasa la., dia curahkan aku dengan doa doa dia. then , dia bla. aku pun balik rumah.

balik rumah hati aku terus tak sedap. aku terasa macam aku tertipu. aku cuba bersangka baik dan bersabar tunggu untk hari yang seterusnya. kata mamat tu dia akan datang balik lusa sebab nak bayar balik. nanti dia call aku . memandangkan aku ada bagi no telepon aku pada awal pertemuan kami.

fikir fikir balik, betapa 'baiknya' aku nak tolong orang sebegitu rupa.

hari demi hari, tibalah hari yang dinanti2kan. aku tunggu satu hari. aku tak terima pape panggilan pun. aku dah agak dah. ni semua hanya tipuan semata mata.

aku takdapat buat pape melainkan redha aja. dalam waktu yang sama aku masih bertawakal dekat Allah, kot kot dia nak bagi lambat sikit ke apa.

tapi so far, aku tak dapat pape feedback daripada mamat tu. dan aku serius kecewa dan kesal.

takyah cerita lebih2 la perasaan tu. tapi lu bole fikir sendiri la der


........................

mula mula mcam malu pula nak post cerita ni, tapi tu la. memandangkan aku rasa penting perkongsian semua. aku rasa.. baik aku cerita jala.

aku nasihatkan korang berhati hati la dengan orang arab ni. seriusly sejak kejadian tu. aku punya kepercayaan dekat orang arab memang 80 percent dah ilang. seriusly.

senior penah nasihat dulu pasl jangan caya sangat dorang ni. tapi aku amik tak endah ja.last last dah kena batang idung sendiri. baru nak kesal.

tapi takpe. insyaAllah tak telambat lagi.

.....................

tak baik berdendam. tapi serius aku nak belajar bahasa arab betul2 supaya tak mudah dikencing oleh orang arab suka suka. sumpah aku geram gila.

rasa nak terajang ja mamat tu.

tapi tu la. semua dah berlaku.

Allah memang menguji aku.
sabarje la.

sekian.

10 comments:

wala' said...

kau x pergi syria lagi...kau boleh tengok la nanti macam mana siotnya sebahagian mereka...

muSafir said...

salam..
saya juga serius kecewa dgn sesetengah org arab nih... =(

kisahnya.....................
masa jwb exm sem lepas, ade ke patut 3 org arab nih meniru dengan selambanya, tiru nota n buku teks sebiji-sebijik.. betul2 dpn mata kepala saya......... hajatnya mau juga tiru tapi sy bukan spt mereka, he...

masa dlm kelas bukan main berdebat dgn lecturer itu dan ini, payah nak berhenti, tp time exm, meniru.............

dh la exm tu guna bhs arab gak, tu pun masih nk meniru..

haisy, ada ke patut???????????????

13 said...

arab palestin tu aku jumpe gak malam ko jumpe..
die tny mne sakan pompn palestin...dak dentist...
aku mne tau,aku bukan dak JUST..n awek aku bukan bdak palestin...
last2,aku sroh die pi masjid...sebab kat sne rmai palestin..pi la tny org sne...
die xmintak pon duit kat aku...aku rse die jumpe aku dulu bru jumpe ko..hehe

Anonymous said...

okay kesian gila

aspirin said...

Ya Allah..
apsalla baik sangat.
org arab nie, kbnyknnya,(x semua) klu die dah crite hal2 anak isteri dgn muke kesian, slalunye die buat2. n slalunye, dah bnyk kali org len kena + crite die sma. huhu..

tapi agak kagumlah dgn smngat nk tlg org tu. bgs. keep it up. tp kena lebih cautious kot.

apa2 pun, Allah akn balas kebaikan kite klu kite btul2 niat ikhlas krna Allah even though org yg kite tlg tu mnipu. klu x kat sini, kat akhirat nanti.i.Allah~

so, don't regret the favour tat u gave.

Anonymous said...

mao share jge
psal p.cik taxi tuh.yes.well known d fare s 4 JD.so len kli kate je 'adi arbaa dinar.even dy bg reason ape pn kate 'adi.tegas2.pastu bg n bla.insyaAllah

n bout d title n attitude
it bring very worse perception of arab to worlwide.we re not just represent malaysia here.we re d representative of Islam too.please.biasala.mmg certain mcm tu.tp x smua kn?kte foreigner.of coz akn kne serang kt mne2 je klo x masyi ngn envi kt tmpat tu

mge ada balasn kau d cc Allah tlg org tu.even u shouldnt believe him from d beginning

W M Najib said...

naim, oh really? i heard so.

musafir, tu la pasal. tapi nak buat macam mana kan. cuma kita kena stay on study ja. tak bleh ikot dorang nak tiru tiru. sedeh betul dengar.


13, kau lucky! :)

ano 1, takpe.dugaan tu.

aspirin, nak buat mcam mana. dah terbuat. hehe. tapi memang kena amik pngjaran betuk daripada pnglaman ni.thx 4 da advices n spprt.

ano2, thnx 4 da advices. ya ya. tajuk dia macam menggmbarkan macam tak elok pasal orang arab. tapi itu hakikatnya. namun bukan semua. aku bkan nk burukkan orang arab. atau islam tu sendiri. tapi itu lah hakikatnya. bukan dekat malaysia tak wujud benda camni. tapi tu la hakikatnya apa yang aku face dekat sini. mana mana ada orang macam ni. cuma. inilah hakikatnya. Iman itu memang tak dapat diwarisi. se'Arab' mana orang tu, dia tak semestinya seislamik yng kita sngkakan. bukan aja orang arab. semua orang dekat dunia. inilah hakikatnya, kerana nila setitik rosak susu satu belanga.

"The Jews are being Jews. The Christians are being Christians. The dog is a dog, the cat a cat, the bear a bear. It is only the Muslims who are not being Muslims."
-Hamza Yusuf

Anonymous said...

kena jadi kuat duduk kat luar negara ni. semangat survival kena ada. instinct pon kena tajam. kalau tak nanti selalu kena dengan orang arab susah jugak. 20JD tak banyak, tapi bukan sikit jugak. lainkali kena cautious lebih sikit dari biasa. good luck bro :)

Anonymous said...

sbr la bro!!
adat la 2..
pengalaman mematangkan hdp..x gitu bro??
hehe!!

furqon said...

ahahahaha...aku dah mantap dah lepas pegi syria..bg aku jordan nih pn dah baekk giler bai..