Wednesday, May 26, 2010

Chapter 48: mantap betul Jordan dah 64 tahun merdeka!

Assalamualaikum,

serius habis aku dah macam ketandusan idea nak cakap apa. seharian aku tampak macam tiada apa apa kebelakangn ni. atau aku ja yang malas nak menulis.

aku geram gila. dulu pantang ada point. habis la aku punya blog ni jadi tempat luahan. nak ikutkan banyak benda bermain dalam fikiran aku kebelakangan ni. mahu ja 3 4 chapter dah aku penuhi. namun tu la. kemalasan menguasai diri.

aku tak nak hangat hangat tahi ayam !!!!!


............................

Semala hari kemerdekaan Jordan, yang ke 64 tak silap. jamiah cuti. aku mula mula semangat nak pergi jamiah pagi pagi. dah bangun awal dah. dah fikir nak pakai baju apa semua. last last teringat yang lecturer organic chemistry aku ada cakap yang semalam tiada kelas sebab sambutan hari kemerdekaan.

diorang yang merdeka. aku yang rasa mental gila. bukan aku ja. rasanya kebanyakan orang melayu. mana ke tidak. orang merdeka. main mercun ke apa. kalau dekat malaysia. ini tidak. dekat Jordan. orang orang jordan sibuk berarak dengan kereta bersangkutan dengan bendera mereka sambil menekan hon beratus kali.

kalau satu dua kereta tak apa. ni siap dengan kereta family pun sama. Ya Allah sumpah menyirap aku tengok.

tetiba teringat dekat tanah air yang tercinta. walaupun baru nak masuk 53 tahun. tapi sekurang kurangnya tiada lah penyambutan sebeginian rupa yang sangat menyeksa jiwa. pukul 3 4 pagi masih lagi kedengaran hon sambutan yang kononnya memeriahkan. serius gua mental!

bila fikir fikir balik, untuk positifkan balik pemikiran. ini mungkin budaya dorang. nak buat macam mana. tapi kalau dekat malaysia hon hon camtu. memang dah kena maki habis.

tiada point aku tengok kalau hon hon macam tu ja. bukannya rasa puas pon. bagi aku la. tatau bagi diorang.

point ni juga telah buat aku hilang perasaan dekat awek arb. terima kasih lah weh!

........................


tadi aku teman member aku sorang beli tiket balik malaysia bulan 6. wah sumpah agak jeles. tapi apa nak buat. aku dah beli tiket bulan 8 ni. lagipun bulan ni aku ada perancangan lain untuk bulan 6 ni.

lepas tu, aku pergi Royal Jordanian untuk beli tiket member aku tu. aku jumpa seorang budak kecil arab yang berpipi merah. sumpah merah. toksah cakap comel mana la. kalau pipi dah merah naturally.

lepas tu aku duk kacau kacau. dapat la tangkap satu shot gambar. lepas tu makcik yang jaga cashier dekat situ tanya aku dalam bahasa arab.

dekat malaysia takda ke budak seputih macm tu?

mula mula aku tak faham. tapi akhirnya dia translate kan untuk dalm inggeris. terasa noob gila bila dia cakap arab aku tak faham. sob2.

aku balas. ada ja. tapi tak banyak. dalam bahasa arab ammiah sanfur.

sekian

2 comments:

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

org arab. kat mana2 pun sama ek?
ingatkan kat Mesir je main hon2 smpai nak sakit jiwa~ haha.
kat sini almost 24hours jgak la hon2 neh. lagi2 kalau malam jumaat, malam arab kahwin.
pergh.

Najib Daud said...

biasa la tu.
orang arab.
-_-"