Friday, May 21, 2010

Chapter 46: Medik dan Dentist Bangkit jom!

Assalamualaikum,

erghh, exam nak dekat dah. dalam 2 minggu lagi lebih kurang. 10 hari camtu la. Belajar tak habis cover lagi. cuak pulak diri aku ni.

aku tak target deanlist cuma aku mengharap sangat ada beberapa subjek aku yang mcam kritikal untuk lepas. aku harap tu aja.

aku rasa tak terlalu awal kalau nak gerak awal. study sekarang. walaupun aku bidang pergigian JE kan.

kawan kawan dentist, jom la kita mula study bersama sama!

nak bangkit sorang sorang bapak tak seronok. jom la bangkit ramai ramai.

kita tak bleh harapkan lecturer bagi markah kesian dekat kita.

kita tak mahu dalam kalangan kita ambil make up exam kalau la boleh. tapi kalau nak ambil takda masalah bukan? bergantung pada individu.

budak medic, kau orang punya subjek semua tough tough belaka. kau kena usaha berganda lagi daripada budak dentist. tak yah cerita. semua orang tahu. lain la kalau kau genius.

selalu aku racist malas nak sebut pasal medic. tapi hari ini tergerak pulak hati. setelah aku sedar yang kami datang dulu semua sama sama.

gua tak boleh la berdiri sorang sorang lelama. kadang kadng gua nak ajak member study bersama.namun, member sibuk pula. gua study. tapi study sekejap ja. mungkin kalau ada member mesti lama punya!

kalau boleh, aku tak nak study last minute. sebab nanti kelam kabut. aku harap harap kawan kawan aku pun pasang niat camtu juga. bukan sebab aku terbaik. sebab kita semua terbaik bukan?

aku teringat satu pepatah. "nak seribu daya, tak nak seribu dalih"

jom berdaya tanpa berdalih jom!

sekian.

1 comment:

furqon said...

kau cam rendah diri sgt ni asal?hahahaha

macam la xboleh nk amek medic dlu