Thursday, May 13, 2010

Chapter 41: bukan aku nak bangga buat dosa.

Assalamualaikum,

hari ni aku moody sikit lah. pergi kelas macam tak dapat konsentret. kesian member2 aku. sebab dorang mesti rasa pelik dengn sikap aku tadi. tak mcam selalu. ceria. senyum. buat hambar sedikit. tapi hari ni lain. diam macam biasa cuma bersama dengan muka monyok.


banyak juga dosa aku buat kebelakangan ni. kalau kira kira balik. list list kan balik. banyak banyak. memang cukup kalau nak apply masuk neraka.

aku tak bangga buat dosa. tapi itu la. hakikatnya, aku tak lari daripada dosa. salah siapa? salah aku la der.

aku tanak masuk neraka. tapi masih juga buat dosa. bila perasaan ingkar tu ada dalam hati. semua nak ikut nafsu dan perasaan aja buat.

apa punya jenis manusia lah . astaghfirullah.

..................................

tiap tiap hari bukak facebook, tiap tiap masa lapang bukak facebook.

pantang ada masa lapang. facebook dibukakan untuk tatapan diri. aku dah banyak cerita pasal facebook. masalah tentang buang masa. buat aku tak study la. itu la. ini la.itu semua cerita common la der.

bukak facebook. hajatnya nak tengok perkembangan kawn kawn. apa kawan kawan komen dekat gambar aku. apa kawan kawan komen dekat page aku. entah entah kawan aku tag nama aku ka. kang kalau tak bukak. tak balas. nanti kawan kata apa pula. sombong ke apa. itu lah alasan alasan yang bermain dalam fikiran aku untuk bukak facebook dalam keadaaan agak kerap.

bukak bukak. comment comment. terjumpa page perempuan. bukak page permpun. hajatnya nak tengok siapa la tu. takpu hajatnya nak tengok keadaan dia. ye la lama tak dengar cerita .lama tak dengar khabar.

bukak bukak aja. tengok dia letak gmbar baru. dalam hati bercakap. oh kena tengok ni. gamba gamba baru. just nak tahu ja keadaan dia sekarang. macam mana. hajatnya begitu la dalam hati pada mulanya.

okay dah bukak. eh, ada lagi gambar. klik lagi next. dalam hati cakap. takpe tengok aja gambar. bukan apa pun. bukannya ikhtilat pun kalau tengok gambar. lagipun apa fungsi dia letak gamba kalau aku tak tengok. itu lah alasan alasan yang muncul masa tengah tengok tu.

dah tengok semua gambar. tiba tiba jumpa pula budak mana entah. berkeliaran dekat page orang lain. dia letak gamba macm nak vogue aja. membuat hati macam nak klik page dia bagi nak tahu siapakah pemilik page itu. jadi, kelik la.

klik klik aja. tengok gamba macam tak jelas. hati tiba tiba tergerak nak tengok photos lain kononnya nak dapat confirmation siapa kah gadis itu. so klik la bahagian photos. tiba tiba pula facebook kata tak boleh bukak sebab dia buat private. oh, sedih. takpa batalkan niat. nak add ke tanak. aku tanak add sebab aku tak suka add orang yang tak kenal. tapi tengok gambar nak pulak eh aku ni? pelik pelik. orang kata aku bajet jual mahal. takpe. tak kisah . mmg pun. aku add orang yang aku kenal aja.

sambung cerita, lepas dah tak boleh bukak gambar tu. tekan pulak home. bajetnya nak tengok apa recent posts kawan kawan yang lain. kot kot ada yang letak status hambar ke apa. nak juga komen. paling kurang pun like sudah la. bagi sambutan sedikit. kadang kadang penat orang post status. dah smpai sehari dua takda orang komen. like pun jadi la der.

tiba tiba, bunyak. plop. appear pulak chat box. ada orang nak chatting. dia bagi salam. ikut mood. kalau rajin aku balas. kalau malas. aku biarkan. buat offline. teruk? soryla. hak masing masing. orang nak buat dekat aku. aku tak kisah. sebab aku faham keadaan masing msing.

refresh home. lepas tu tengok, banyak pulak recent post. lepas tu ada gamba baru pula. pantang nampak gamba baru. mesti nak tengok. haish?

dah boring lepas tu. buat pulak status. tulis status pelik pelik. takpun kalau macam tengh baik sikit. aku tulis status yang baik skit. kalau macm kureng skit. aku tlis status entah papa ja. member pun naik pelik.

sekali post status, dengan harapan orang lain respon. macam orang lain juga kan? namun kadang kadang sedih juga takda siapa yang respon. kalau ada yang respon. excted bila tengok fb tulis "anu commented your status".

lepas tu, dah tulis status. sambil tunggu tnggu orang komen. aku bukak home balik. nak tengok perkembangan terbaru lagi. paling senang tengok gamba. nak komen komen ni malas. aku tengok gamba aja la kerja. dengan alasan dalam hati. apa guna dia letak gamba kalau aku tak tengok.

orang kata tengok gamba ni nak cuci mata. memang betul aku setuju. cuci mata kan. yela. mana taknya nak tengok gamba yang awek cun cun ja. awek tak cun tak tengok pula gambar. lumrah manusia lah. nak tengok gamba mamat hnsem hnsem ja. kalau tak hnsem. haprak tak tengok. lumrah manusia lah. semua nak cantik2 dan hnsem2.

cuci mata memang seronok. cuci sekali tak cukup. nak cuci banyak kali. kasi puas la orang kata.

der, cuci mata bukan tengok biru je der. tengok gamba dalam facebook pun boleh jadi juga.

cunnya awek ni. tipu aku tak pernah cakap ayat tu dalam hati aku. kalau orang lain tu. masing masing la. aku tak pasti.

tapi tu la. dalam dalam cuci mata tu, aku tak perasan yang aku kotor kan jiwa sekali dalam waktu yang sama. masa cuci mata memang tak rasa. tapi bila tang nak sembahyang tu. ya Allah. peritnya jiwa.

cuci mata, sambil kotorkan jiwa.

haam bagus sangat la tu. memang menempa nama untuk masuk ke neraka.

......................................

main facebook untuk apa? untuk cuci mata kotorkan jiwa?
najib, sila bangun. kalau nak masuk neraka, sila teruskan tabiat sebgitu rupa.

tapi ada ke orang nak masuk neraka?

memang bodo lah kalau aku plih nak masuk neraka. syurga kan ada?

....................

nak jadi baik bukan senang. banyak dugaan. banyak rintangan. bukan senang nak jadi aku. bukan nak jadi kau. bukan senang nak jadi masing masing. masing masing ada ujian masing masing. kau boleh cakap senang jadi aku. sebab kau bukan aku. aku pun boleh cakap senang jadi kau. sebab aku bukan kau.

consider masing masing ada tahap ujian masing masing mengikut kemampuan masing. toksah nak merungt kata Dia tak adil lah.. tak aci la. banyak songeh kau. diri sendiri masalah nak salah kan yang lain pulak. hish.

.....................
sampai bila nak buat macam ni der. kalau hari hari buat macam ni parah jiwa der.
haish. kalkulate kalkulate balik masa. aku putar putar tabiat yang sama.
WOW banyak masa aku berjaya membazirkan.
bagus? bagus la sangat.
..................

bukan nak bangga buat dosa. tapi itu lah hakikatnya, bila jiwa kotor. buat dosa macam rasa tak da pape. buat baik pun tak rasa papa.

ni cerita aku. bukan cerita orang lain. der oh der.

papa nya duhai diri. kesian oh kesian

kalau mulut cakap astaghfirullah tapi hati tak ada feel mcm insap,gerun ke apa dengan apa yang kita ucapkan tu. agak agak berguna ke x?

sekian




6 comments:

muSafir said...

Nice!!
Peringatan bagi mengingatkan yg lupa
=)

Anonymous said...

sayu bila baca post ni

Anonymous said...

maksiat mata dan hati~

kita cari balik sifat malu tu jom..sekarang saya tak klik dah gambor2 mamat2..takut dalam hati tercakap..hensemnya dia ada janggut!

:)

dan gambar perempuan2 pun takmo tengok dah kecuali kawan2..taku termengumpat dalam hati: apesal gedik sangat dia ni?


jadi biarlah gambarnya tak berkomen~

dan marilah awek2 sekalian, kita privatekan semua gambar kalau ada..sebab tak tahu syaitan boleh datang dari arah mana..jangan kita jadi sumber fitnah atas bumi


(suka blog awak jugak..tapi saya malu nak bagitahu saya siapa!sekian)

Anonymous said...

shah rukh kahn like this!!


tngok kat notification tu..
shah rukh khan like your post!!


haha!!!
sovi klu agk hmbar..mmg hamabr pon..
hehe!!


KOMENg

Berd said...

aku ingat nak komen post kau. tapi dah baca hambar si anon ni tak terjadi komen aku.

W M Najib said...

musafir, tanggup jawab bersama. :)
anonymous, sebab aku tulis dalam keadaan sayu.
anonymous, bagus bagus. cadangan mantap. insyaAllah sy cuba. takpe. takpayah perkenalkn diri pun takpe. it's better rasanya.
anonymous, hambar juga ye.
berd, abes yg kau komen tu ape?
huhu